Yang Cantik Itu Gadis, Yang Manis Itu Mukminah Solehah

Saturday, 13 August 2011

Balik Yang Pertama untuk Puasa Tahun 1432

Balik kali ni best cuma diganggu dengan satu mood yang menyedihkan sahaja ketika nak balik. Aq dah dapat result trial. Memang teruk..Astaghfirullah... Sepatutnya aq bersyukur.. Apalah aq ni. sebenarnya tak la teruk mana, tapi terukla jugak. 5A4B..Sebenarnya baru dapat 8 subjek, tapi aq sure, KH aq B. InsyaAllah la... Tapi aq berdoa sangat agar tak dapat C. Amin...
  Kat rumah,.... best la jugak. Aq sengaja tak bawak kerja sekolah sebab aq tau, kenal sangat dengan diri aq ni. Aq tak mampu buatnya kerja2 tu kat rumah. Lebih baik aq ikut cakap Ustazah Radziah. Balik, luangkan masa untuk mak abah n adik beradik je. Kasi relax otak. Nama pun cuti, memang padanla.
  Aq baru je habiskan novel aq chapter yang ke 7. Pergh,... ssampai tertidur aq menyiapkannya. Actually, yang aq tulis tangan dah samapai chapter 30... Dah klimax lakalau diikutkan. Rasanya ada lagi 12-18 chapter lagi kot... Entahlah... Malas sangat rasanya aq nak copy karya aq tu kat blog ni. Nak kena tukar2 ayatla ape la... Adoyai... Tapi aq sedar aq tak boleh active sangat mengarang la sekarang ni... Nanti kemana pulak perginya study aq...
  Aq dah suruh Najwa tolonh daftarkan aq jadi fesi pusat At-Taqwa. Untuk lepas PMR nanti, aq rancang nak kerja jadi fesi pusat tu. Mak ngan abah pun bagi...Kiranya ok la... Aaq tak kisa pasal bayaran. Kalau diorang tak bagi bayaran pun tak apa. Asalkan aq tak buang masa kat rumah. Alih2, boleh tambah ilmu. Haih, trial pun rasa macam nak pecah otak aq dibuatnya, inikan pulak PMR nanti... Haih... Berserah pada-Nya sajelah lepas usaha dan ikhtiar nanti. Aq cuma boleh usaha dan buat, tapi Allah menentukan segalanya.
  Aq dah tutup account2 social iweb aq yang mendatangkan lagha dan masalah dalam hidup aq. CNG, FB, Twitter, Skype, Hi5 ke hape ke, semua dah buang. Aq just ada blog dgn email. Yela, buat ape la banyak2? Bertambah sosial nanti, parah pulak jadinya hidup aq ni. Lebih baik jangan cari pasal. Elok2 dapat bezakan hak dengan batil, nanti jadi biol pulak disebabkan social web yang tak bepaedah tu...
  Tadi aq jumpa Munirah kat Tesco. Dia ada adik baru. Makin cantik kawan aq sorang tu. Cuma aku tengok style dia dah lain. Tapi tak la banyak sangat. Bila dia pegang pipi aq tadi, tiba2 je terinagt masa aq, ain,dia ngan tiqa best friend dulu. Aq pun tertanya-tanya, kenapa hubungan kitorang putus macam tu je lepas masuk sekolah menengah? Aq tiba2 rindu pulak nak balik ke sekolah rendah di mana aq ada kawan2 yang rapat, baik dan paham diri aq. Kat sekolah menengah ni semuanya lain. Tak ada langsung yang boleh diiktiraf sebagai kawan rapat mahupun baik, inikan pula sahabat. Kalau kawan yang berkongsi-kongsi cerita tu memang banyak, tapi, tetap tak boleh rapat. Kadang2 aq rasa sunyi semacam je. Haisy,,, kalau cakap pasal kawan ni, 3 hari tiga malam pun tak habis.....
  Seterusnya,.... selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di atas muka bumi Allah ni. Maafkan saya, perkataan muslimin dan muslimat tu rasanya tak berapa sesuai la...Selamat berpuasa dan beribadah kepada semua mukminin dan mukminat di atas muka bumi Allah ni... Sebab apa akq tukar? yela, cuba tengok sekarang, umat islam ramai. Memang berjuta-juta manusia yang berstatus Islam kat dunia ni, tapi, yang tunduh dan patuh pada-Nya cuma sedikit sahaja bilangannya. Tadi aq tengok berita kat tv, memang hot sangat bila tengok ada MUSLIMAH... saya ulangi, MUSLIMAHatau dengan kata nama lainnya perempuan yang berstatuskan Islam sebagai agamanya, menjalankan aktiviti melacur diri pada syahru mubarak ni.... Tengok, betapa kurang ajarnya mereka pada agama Allah yang suci ni. Dah la padda bulan yang suci... Haih,.. semoga Allah bukakan hati mereka untuk bertaubat seperti mana Allah buka pintu hati Syam Kamikaze... Kenapa aq sebut pasal Syam Kamikaze pulak ni? Sebenarnya tadi Kak Ya ada beli satu majalah ni. Cover pagenya Syam. Pastu dia ceritalah macam mana dia dapat hidayah dari Allah. Terharu sangat dengar cerita dia. Semoga aq pun mendapat hiddayah macam dia. Tapi, kalau tak usaha, pasti takkan dapat, kan? Bak pepatah Arab, man zaro'a, hasoda.
  Ya Allah, kuatkanlah hati umat2 Islam di atas dunia ni Ya Allah. Bimbinglah kami agar tidak terleka dan hanyut dalam mengharungi ujian di pentas sementara ini. Kuatkanlah semangat dan keimanan kami untuk terus menjalankan tugas sebagai 'abiid-Mu, Ya Allah... Peliharalah kami daripada kemaksiatan, daripada azab di dunia, di kubur kelak serta di akhirat dan neraka, Ya Ar-Rahman Rahimin.