Arifa berjalan sendiri tanpa arah tuju di pusat membeli-belah itu. Air mata yang tadinya tidak henti-henti mengalir kini telah pun kering tanpa kesan.
Wajahnya yang manis kini hambar dan lesu sahaja. Iffat sekali lagi mencabar kesabarannya. Terimbau peristiwa ketika majlis pelancaran tender baru bersama Datuk Sri Paduka Rahmath.
"Awak memang bagus, Arifa.Tak sangka saya proposal awak untuk projek kat Kanada tu diterima. Memang dahsyat la awak, Arifa. Syarikat yang terima proposal awak tu antara syarikat yang top five kat dunia, kan?" Datuk Sri Paduka Rahmath tidak sudah-sudah memuji Arifa.
Soalan datuk itu dijawab dengan anggukan. Arifa hanya mampu tersenyum tanpa sepatah kata.
"Wow, banyak sangat pujian yang kau dapat. Do you think that you look so great now? Are you proud that so many people around you are praising your greatness? Sebenarnya diorang semua tak tahu siapa diri kau yang sebenarnya. Perempuan yang menumpang kesenangan hidup orang lain. Perempuan yang sanggup jual tubuh demi menjawat jawatan B.O.D di syarikat terkemuka dunia ni. For me, you're too disgusting, Nur Arifa Safiyyah." Ucapan Iffat sungguh sinis dan berbisa. Walaupun sekadar berbisik, tetapi ianya tetap memalukan pada Arifa. Terasa seperti mahu terjelepuk di situ dan meraung semahu-mahunya. Namun, mujur dia masih memikirkan maruah dirinya dan IZ Holdings serta C.E.O.nya.
Iffat, apa yang engkau mahu dariku? Tidak cukupkah penyeksaan yang engkau berikan padaku selama ini? Tidak puas lagikah engkau meragut kebahagian dan kesenangan daripada hidupku? Apa yang sebenarnya engkau mahukan? Apa?!! Persoalan itu hanya terluah di dalam hati Arifa sahaja. Dia tiada keberanian untuk melafazkannya. Air hangat mulai membasahi pipinya.
"Ingat sikit asal-usul kau, perempuan perasan terhormat. Perempuan macam kau ni layaknya duduk kat rumah aku tu sebagai pencuci tandas sahaja. Tapi aku pun masih tertanya-tanya, kanapa kau yang macam muka cleaner ni yang dipilih sebagai cucu menantunya? Tak sudah dengan tu, kenapa mesti aku yang dipilih sebagai cucu yang kena kahwin dengan perempuan sial tak tahu malu macam kau ni? Kenapa tak pilih Taufiq je? Sampai sekarang aku masih tak boleh terima yang aku dah bernikah dengan perepuan yang jual badan macam kau ni. Tak ubah macam pelacur, tau tak?" Makin galak Iffat menyakitkan hati Arifa. Baginya, melihat perempuan itu mengangis bagaikan hadiah yang sangat bermakna dalam hidupnya.
Pelacur? Makin banyak air mata Arifa mendengar penghinaan Iffat terhadapnya. Dia sudah tidak tertahan lagi. Mata Iffat dipandang dengan sangat tajam.
"Awak nak ap..." Kata-kata Arifa segera dipintas oleh Iffat. Ayatnya dibiarkan tergantung.
"Dah, I'm not interested to hear you! Kau jangan bagi malu aku, ya. Baik kesat air mata kau sekarang! Kalau mama dan papa nampak nanti, apa yang aku nak jawab? Kalau nak 'hujan' sekali pun, bukan sini tempat yang sesuai." Sambung Iffat lagi.
Benar tekaan Iffat. Dato' Adzhar dan Datin Sarah semakin menghampiri mereka. Dengan pantas, Iffat menyeka air mata Arifa di pipi putih gebu itu dengan lembut dan penuh kasih sayang.
"Tak mau nangis lagi, sayang... Hari ni hari bahagia sayang. Abang tak nak sayang buat muka sedih macam ni." Sungguh romantis pujukan Iffat. Meski pun begitu, Arifa tahu bahawa itu cuma lakonan semata-mata.
"Ehemm... Amboi, romantik tak kena tempat, nampak. Kenapa tak masuk ofis Iffat dulu, kalau ya pun?" Datin Sarah seronok mengusik anak dan menantunya.
"Ishk awak ni, Yah... Biar la budak-budak ni. Biar semua orang tahu yang mereka ni bahagia." Dato' Adzhar membela tindakan Iffat dan Arifa. Hatinya senang melihat kebahagiaan itu.
"Kenapa Arie menangis? Hari ni kan hari gembira buat Arie? Your proposal was accepted, right? Kenapa perlu mengangis lagi?" Datin Sarah cuba memujuk Arifa.
"Dia bukannya apa, ma. Terharu sangat... sayang pergi basuh muka dulu. Jangan nangis lagi, malu orang tengok. Nanti tak pasal-pasal orang ingat abang dera sayang pulak." Lakonan yang dicipta oleh Iffat berjalan dengan lancar.
Plastik, penipu, pendusta. Memang kau dera aku pun! Aku benci kau, Mr. Mafia!!! jerit Arifa dalam hati. Cepat-cepat Arifa meninggalkan Iffat dan mertuanya dan menuju ke tandas. Usai membersihkan mukanya, Arifa keluar dari bangunan IZ Holdings itu. Dia sudah tidak tahan lagi memandang wajah Iffat.
Arifa melabuhkan punggungnya ke kerusi rehat itu. Mamoirnya terhadap kejadian tadi sungguh menyakitkan hati. Bukan itu sahaja, malah merentungkan juga segenap jasad yang dimiliki.
Arifa membuka penutup botol air mineral jenama Spritzer yang dibelinya tadi. Tidak semena-mena, botol itu terjatuh daripada pegangan tangannya.
"Allah...," perkataan agung itu terpacul daripada bibirnya. Pantas botol air mineral itu dicapai di lantai Mid Valley itu.
Belum sempat Arifa mencapai botol air tersebut, sudah ada tangan lain yang menolong untuk mengambilkan botol air mineral itu. Arifa mengangkat wajahnya, memandang hamba ALAH yang telah membantunya.
"Cikgu Hanif...?" Arifa kaku. Cikgu Hanif kini berada di hadapannya.
"Arifa Safiyyah...awak, saya dah lama tak jumpa awak." Hanif juga bagaikan masih lagi terpempan dengan situasi ini. Dia juga tidak menyangka akan bertemu dengan bekas anak muridnya di pusat membeli-belah itu.
"Awak... kenapa awak pucat? Awak tak sihat ke?," wajah Arifa yang hampir tiga tahun lebih tidak ditatap itu dipandang, prihatin. Baginya, Arifa semakin cantik walaupun wajahnya kelihatan tidak bermaya ketika ini.
"Saya okey. Biasa la,cuaca sekarang kan tak menentu. Tak sedap badan sikit sejak kebelakangan ni. Tapi sebenarnya tak ada apa-apa. Dah biasa dengan situasi ni." Dalih Arifa. bibir mungilnya mempamerkan senyuman manis bergula.
"Cikgu macam mana sekarang? Mengajar kat mana?" Arifa melanjutkan perbualan mereka. Sengaja mengubah topik perbualan.
"Saya dah tak mengajar. Ayah saya hantar saya study bisnes di Brazil lepas buat practical di sekolah awak. Sambung belajar lagi ke?" Kini giliran Hanif pula yang bertanya.
"Saya dah bekerja. Kerja di syarikat saudara terdekat je," Arifa tidak mahu mengaku bahawa dia bekerja dengan suaminya. Takut-takut Iffat akan memarahinya kerana lelaki itu tidak pernah mengaku sebagai suaminya di hadapan umum.
Iffat tidak tahu kuasa apa yang mendorong hatinya untuk mengekori Arifa sejak di IZ Holdings lagi. Dalam diam, terdetik juga rasa simpati kepada isterinya itu.
Botol air mineral yang dipegang oleh Arifa jatuh ke lantai. Rasa bersalah terhadap kejadian tadi mulai menular dalam hati Iffat. Wajah Arifa yang lesu tidak bermaya itu dipandang dengan hati yang kesal. Dia mulai mengatur langkah untuk keluar dari tempat persembunyiannya untuk membantu wanita itu. Namun, langkahnya terhenti tatkala melihat kelibat seorang lelaki yang prihatin membantu Arifa. Lengannya disilangkan, matanya hanya memerhati tingkah Arifa dan lelaki tersebut.
Panas, terbakar, rentung hati Iffat apabila melihat kemesraan Arifa melayan lelaki berkemeja hitam itu. Arifa kenal lelaki itu? Apa hubungannya dengan Arifa? Kenapa mereka boleh bersembang seperti telah lama terpisah? Mungkin itu teman lekaki Arifa. Sangkal Iffat. Dengan kemarahan yang menggunung, Iffat melangkah meninggalkan tempat itu.
"Iffat,kau nak marah buat apa? Kau bukannya ada apa-apa dengan perempuan perasa terhormat tu pun. Dia cuma isteri kau di atas kertas sahaja. Buang dia daripada fikiran kau. Buang, buang, buang...!!!" Iffat menghentakkan tanggannnya ke stereng kereta dengan kuat. Sakit tangannya akibat hentakan tersebut, tetapi sakit lagi hatinya saat ini.
"Arie, Iffat tahu ke Arie datang sini?" Puan Faridah duduk di sofa menghadap anak tunggalnya itu. Tangannya sibuk mengait benang untuk dijadikan sapu tangan.
"Tak tahu, kot."
"Hey, ada pulak 'kot' kat belakang ayat tu.Tak minta izin dia dulu ke, datang rumah ummi ni?" Pandangan Puan Faridah kini melotot ke arah Arifa. Arifa pula hanya menjuihkan bibir.
"Kenapa keluar rumah tanpa izin suami? Berdosa, nak. Tak elok buat macam tu. Bukan ummi tak suka Arie datang sini, ummi suka sangat. Tapi, suami Arie sekarang ni lebih menjadi keutamaan. Apa-apa perkara pun kena bagi tahu dia," tazkirah yang disampaikan oleh Puan Faridah sedikit sebanyak menyentuh naluri Arifa sebagai seorang isteri. Tapi, umminya itu tidak tahu, pergolakkan yang melanda rumah tangganya yang tiada noktah. Kalau Puan Faridah berada di tempatnya sekarang, sudah tentu perkara yang sama juga akan dilakukan.
"Pergi call Iffat, cakap Arie ada kat rumah ummi sekarang." Arahan yang diberikan oleh Puan Faridah amat difahami oleh Arifa. Namun, seinci pun dia tidak berganjak.
"Ala... kejap la, ummi. Kejap lagi Arie call la dia. Lagi pun, sekarang ni mesti dia sibuk. Kejap lagi, ya...?" Arifa memaniskan mukanya, berharap agar Puan Faridah termakan bodek.
"Assalamualaikum, eh, anak babah pun ada kat sini jugak?" Encik Farid datang dari arah pintu menuju ke ruang tamu. Beg plastik merah di tangannya diletakkan di atas meja makan.
"Haah.. babah dari mana? Dalam plastik tu apa?" Arifa sekadar berbahasa-basi dengan bapanya. Tangan babahnya diraih dan disalam penuh hormat.
"Babah dari kedai. Babah beli mee goreng mamak kesukaan ummi kat Abdul Rahim Corner tu. Arie bila sampai? Iffat mana?" Soalan Encik Farid hanya dibalas dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat oleh Arifa. Sesekali Arifa memandang umminya yang leka mengait benang itu.
"Arie datang sorang-sorang, bang. Iffat pun tak tahu dia datang sini." Hint yang berikan oleh Puan Faridah itu serta-merta mematikan senyuman palsu Arifa itu. Matanya mencerlung memandang Puan Faridah.
"Ummi ni, suka pecah temelang, tau...." Muncung sedepanya sudah kelihatan. Encik Farid sedaya upaya menyembunyikan senyumannya melihat perlakuan Arifa.
Arifa sedar akan ketiadaan seseorang di rumah itu. Lantas matanya beralih ke arah Encik Farid. "Babah, Mak cik Lida mana?"
"Kat kampung. Opah demam panas. Arie dah lama tak balik kampung, kan? Bila nak melawat opah? Kesian dia, rindu sangat cucu dia yang sorang ni." Kata-kata Encik Farid membuatkan Arifa termenung panjang.
Balik rumah opah? Boleh ke? Mr. Mafia tu benarkan ke? Soalan itu menerpa fikiran Arifa. Susah hati juga dia kalau Iffat menolak cadangannya itu.
Produa Kelisa berwarna silver milik Arifa memasuki perkarangan rumah agam milik keluarga mertuanya pada jam 9.43 malam. Sudah tentu Iffat sudah pulang dari kerjanya, fikir Arifa. Kakinya terus melangkah ke bilik tanpa menjenguk ke ruang ruang makan terlebih dahulu. Dia pasti keluarga itu pasti baru habis makan dan sedang berborak di ruangan itu.
Arifa menolak daun pintu kamarnya yang dikongsi bersama Iffat. Penat. Tubuhnya direbahkan ke katil yang 'dihadiahkan' Iffat untuknya. Enak sungguh jika dapat tidur dalam kepenatan seperti ini. Perlahan-lahan matanya yang telah kuyu tertutup rapat, melayan lena.
"Mana kau pergi tadi?" Iffat masuk ke kamar itu dengan soalan yang ditutur keras sekali. Langsung, Arifa terjaga daripada lelapnya.
"Woii! Pekak ke? Aku tanya kau ni, mana kau pergi tadi?" Lengan tangan Arifa direntap kasar. Matanya menikam anak mata milik Arifa. Kepala Arifa ditunjal kuat.
"Sakit la... Saya dari rumah ummi..." Arifa menggagahkan dirinya untuk menjawab soalan Iffat. Suaranya tersekat-sekat, menahan sakit cengkaman tangan Iffat di lengannya.
"Kau jangan nak bohong aku, la. Aku tahu apa yang kau buat kat belakang aku. Tadi kau jumpa lelaki lain kat Mid Valley, kan? Jawab!!!" Suara Iffat sudah tidak terkawal lagi. Cengkamannya pada lengan Arifa dikuatkan lagi.
"Tadi saya terserempak dengan bekas guru saya di Mid Valley. Lepas tu saya pergi rumah ummi dan babah. Saya minta maaf sebab tak bagi tahu awak... " Air hangat telah pun mengalir dari tubir mata Arifa. Namun, masih tiada sendu tangisnya yang kedengaran.
"Memang perempuan tak guna. Masih lagi nak tipu aku, ya? Bekas guru apanya kalau dah pandang kau macam kekasih?" Iffat masih lagi tidak mahu mengalah.
Papp!!! Tapak tangan Iffat telah pun hinggap tepat ke pipi kiri Arifa. Pedih seluru kawasan itu. Cecair merah mulai mengalir dari tubir bibirnya. Arifa memegang pipi kirinya. Matanya tidak berani memandang Iffat.
"Haih, tak tahu diuntung betul la kau ni! Hidup cuma nak menumpang kekayaan orang je! Kalau tak disebabkan wasiat atuk aku tu, tak layaknya kau nak duduk jadi ma'am besar macam sekarang kat rumah ni. Tu pun masih lagi nak berlagak bagus. Kat depan mama dan papa punya la baik, tapi sebenarnya kau tu hipokrik, tahu tak? Kat belakang diorang, belakang aku, kau main dengan jantan lain. Damn!" Iffat bagaikan sudah dirasuk hantu. Kemarahannya memuncak. Kini leher Arifa pula yang menjadi mangsa. Leher wanita 19 tahun itu dicekik kuat.
Arifa sudah meronta-ronta agar dilepaskan. Setelah bibirnya kelihatan kebiruan, barulah Iffat melepaskan cengkaman di leher Arifa.
"Awak nikah dengan saya disebabkan harta, Iffat. Awak tak pernah percayakan saya sebab langsung tiada perasaan kasih awak untuk saya. Semua yang saya buat salah di mata awak." Dalam nada yang tersekat-sekat, Arifa masih lagi meneruskan bicaranya. Lehernya disentuh. Terasa sangat sakit di kawasan itu.
"Memang pun! Kalau tak disebabkan harta atuk, aku tak pernah terfikir nak pandang kau pun. Apatah lagi nikah dengan kau, jauh sekali.
"Awak... sampai hati awak buat saya macam ni, Iffat. Kalau awak kahwin dengan saya hanya kerana nak mendera perasaan saya, saya minta awak ceraikan saya. Tolong.... lepaskan saya, Iffat," pinta Arifa. Suaranya lirih. Hatinya hancur berkecai kala ini.
"Sekali lagi kau minta apa yang kau cakap tadi, aku bakar kau hidup-hidup! Ingat, jangan pernah minta aku lepaskan kau. Faham?!!" cengkaman di lengan Arifa telah dilepaskan. Kakinya melangkah ke pintu. Iffat meninggalkan Arifa sendirian di bilik itu.
Berderai tangisan Arifa setelah Iffat hilang di sebalik daun pintu. Sendunya kedengaran sungguh memilukan sekali. "Kenapa awak buat saya macam ni, Iffat? Apa salah saya pada awak? Siapa diri awak yang sebenarnya?"
"Makan lagi, Arie... Pucat semacam je mama tengok kamu," Datin Sarah menghulurkan mangkuk berisi nasi goreng kepada Arifa. Kesian dia melihat keadaan menantunya itu. Sakit ke? Kalau ya, kenapa Iffat tidak membawanya ke klinik.
"Tak apa la mama. Arie kenyang." Arifa memberikan senyuman kepada mertuanya. Hambar. Untuk mengukir senyuman pun sungguh susah baginya ketika ini. Renungan Iffat yang tajam di sebelahnya seperti memberi amaran supaya tidak membuka mulut di hadapan kelurganya.
"Mama, papa, esok Taufiq dah nak pindah Melaka. Penat la berulang-alik dari Melaka ke KL hari-hari." Taufiq memulakan perbualan mereka pada pagi itu. Mama dan papanya dipandang sekilas.
"Ehmm... bagus juga tu. Kesian juga papa tengok Taufiq hari-hari penat drive ke Melaka." Dato' Adzhar bersetuju. Sesudu nasi goreng masuk ke dalam mulutnya.
"Tapi lepas ni Taufiq kena selalu balik, tau. Tiap-tiap minggu kena balik." Datin Sarah menyampuk. Wajah tampan anak sulungnya dipandang sayang.
"Hari ni kamu kerja ke, Iffat?" Soalan Dato' Adzhar diajukan kepada anak kedua mereka.
Iffat mengangguk, menggunakan bahasa badan untuk menjawab soalan papanya.
"Tak payah kerja. Bawak Arie pergi klinik. Nampak macam teruk je dia ni. Kamu tak jaga kebajikan dia, ke?" Datin Sarah memandang Iffat. Mukanya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap lelaki itu.
"Haah, bawak pergi klinik. Mana la tahu, kot-kot mengandung ke, berita gembira tu." Mak Munah yang menghantar jag berisi air kopi tersenyum-senyum memberikan pendapat.
Iffat yang baru sahaja meneguk air milonya tersedak mendengar kata-kata Mak Munah. Mengandung? Tak mungkin! Sentuh pun tak pernah, apa lagi mengandung. Desis hati Iffat.
Arifa seperti baru terjaga dari tidur. Matanya membuntang memandang ke arah Iffat. Lawak apa yang Mak Munah cipta pagi-pagi ni? Tak lawak langsung la, Mak Munah! Arifa menjerit di dalam hatinya.
Datin Sarah mengangguk setuju. Terpamer kegembiraan di wajahnya. "Betul jugak tu. Nanti mama call anak kawan mama. Dia doktor. Mama suruh dia datang je la."
"Mama, belum tentu lagi Arifa mengandung. Tu cuma telahan saje. Sebenarnya Arifa keracunan makanan semalam. Tu yang pucat muka dia hari ni." Iffat bersuara. Dia tidak mahu mama dan papanya menyimpan angan-angan palsu untuk menimang cucu. Perkara tersebut tidak akan berlaku!
Taufiq hanya tersenyum tawar. Tidak tahulah mengapa hatinya tidak senang dengan gurauan Mak Munah pada pagi ini. Wajah Arifa yang mulai kemerahan dipandang. Secebis rasa yang tidak diketahui singgah di benaknya.
Wajah Dato' Adzhar dan Datin Sarah hampa. Baru sahaja mereka berangan-angan untuk menimang cucu, tetapi semuanya musnah setelah Iffat mengatakan bahawa Arifa cuma keracunan makanan.
Malam itu, Arifa duduk sendirian di taman rumah agam itu. Taman itu agak terpencil sedikit, sesuai untuk mencari privasi. Bayu yang bertiup pada malam itu sungguh mendinginkan. Arifa hanya berpeluk tubuh, menahan kesejukan.
"Hoii, buat apa sorang-sorang kat sini?" Taufiq menunjal bahu Arifa. Sengaja mahu mengejutkan wanita yang sedang mengelamun itu.
Memang terkejut. Arifa hampir melatah. Pantas dia berpaling, melihat gerangan yang menunjal bahunya dengan berani. Antara dua manusia, kalau tak Iffat, Taufiq.
Taufiq rupanya. Arifa mendengus perlahan. Matanya mencerlung memandang ke arah lelaki itu. Kemudian pandangannya dialihkan ke hadapan semula.
"Sorry la kalau marah...," Taufiq memandang adik iparnya. Cuba menarik perhatian wanita itu untuk berkata-kata.
"Saya bukannya apa, saya cuma tak suka kalau yang bukan mahram main usik-usik saya macam tadi. Mungkin lepas ni awak akan chop saya kurang ajar. Tapi, itu la hakikatnya, saya tak suka disentuh sesuka hati." Lancar dan jelas Arifa menyatakan prinsipnya. Taufiq tidak dipandang walau sekilas.
"Buat apa dalam gelap ni sorang-sorang?"
"Mana ada gelap. Lampu terang-benderang tu apa?" Arifa memulangkan paku buah keras kepada Taufiq.
Ya la tu... Taufiq mengiyakan sahaja kata-kata adik iparnya. Kalau tak, berbalah pulak nanti.
Arifa menuju je sebuah pasu kecil di taman itu. Matanya tidak lepas-lepas memandang sepohon pokok berbunga ungu-pink di situ.
"Itu pokok bonsai." Suara Taufiq sekadar mendatar.
"Tahu!" Jawab Arifa sepatah. Macam la dia bodoh sangat tidak mengenali pokok itu. Taufiq tidak dihiraukan lagi. Kini dia ralit menyentuh pohon berbunga kecil itu.
"Cantik, tak?"
"Cantik..." Arifa teruja. Soalan Taufiq dijawab tetapi wajah lelaki itu langsung tidak dipandang.
"Mesti la cantik. Macam orang yang jaganya...," Taufiq membangga diri.
Taufiq menghampiri Arifa yang sedang mencangkung berhampiran dengan pokok bonsai itu. Dia turut mencangkung. Wajah Arifa dipandang lama.
"Bibir tu, Iffat buat ke?" Terpacul soalan yang tidak diingini oleh Arifa daripada mulut Taufiq. Pantas jemari runcing miliknya meraba kawasan bibirnya itu.
"Pagi tadi kamu tempek lip balm kat situ, memang la kurang jelas. Tapi sekarang, nampak sangat luka kat bibir tu." Taufiq seperti dapat membaca perkara yang terlintas di fikiran adik iparnya saat itu. Arifa hanya tertunduk. Kini dia berjalan menuju ke kerusi batu yang disediakan di taman itu.
"Jatuh kat toilet, semalam. Tu yang luka..." Alasan. Arifa tidak mahu kelakuan Iffat terhadapnya semalam diketahui oleh Taufiq.
Lantak kau la, Arifa. Tipu la aku, tapi aku takkan tertipu. Taufiq hanya berkata dalam hati.
"Kau pernah couple sebelum kahwin dengan Iffat?" Soalan Taufiq sungguh keterlaluan. Itu kan hak peribadi, kenapa nak masuk campur pula? Tapi lantak la, bukannya dia pernah pun.
"Apsal buat muka macam beruk tak cukup oksigen je? Orang tanya tu, jawab la," Taufiq hanya bersahaja.
"Tak!" Tegas Arifa bersuara.
"Baik la ni?" Taufiq seperti memerlinya pula ketika ini.
Arifa cuma menjungkitkan bahu, tiada komen tentang soalan itu.
"Dulu aku pernah ada couple. Kami putus sehari sebelum kau nikah dengan Iffat. Rupa-rupanya dia minta putus hari tu sebab esoknya dia nak nikah dengan orang lain. Dia pakai tudung, sama macam kau. Cantik, macam kau jugak," kali ini wajah Taufiq tampak serius. Wajah Arifa dipandang dalam-dalam. Terasa seperti air dingin mengalir ke kepalanya tatkala melihat Arifa.
Arifa malu apabila dipuji begitu oleh Taufiq. Mukanya menghadap rumput di tanah. Tidak mahu dan tidak sanggup memandang Taufiq.
Taufiq meneruskan ceritanya. "Suatu hari, ada orang aniaya dia. Orang tu letak surat dalam beg aku. Bila aku nak keluarkan assignment aku dari beg, aku ternampak surat tu. Lepas habis kelas, kawan-kawan yang kamceng dengan aku baca isi surat tu kuat-kuat di hadapan kelas. Ada orang luahkan perasaannya pada aku kat kertas tu. Tup-tup, sender surat tersebut ialah perempuan tu. Dia sekeras-kerasnya menafikan bahawa dia yang hantar surat tu. Aku ingat lagi, sampai menangis dia menafikan benda tu tapi tak siapa percayakan dia. Sejak hari tu, semua orang bencikan dia, kutuk dia tak tahu malu. Tapi entah kenapa, aku percayakan dia. Mulai hari tu, hati aku terpaut pada dia." Panjang lebar Taufiq bercerita. Matanya memandang kepekatan malam walaupun kenyataannya hari sudah pun dini hari.
"Dah angau, memang la percaya." Arifa berkata, berani.
Taufiq hanya tersenyum mendengar usikan Arifa. " Seminggu lepas kejadian tu, lepas kelas Mrs. Lynn, aku buat pengunguman lamar dia jadi girlfriend aku kat depan kelas. Semua orang terkejut, especially perempuan tu la. Mula-mula memang kena tolak. Tapi lama-lama dia terima jugak."
Patut la pun. Adik borek, abang rintik. Kasanova bertaraf antarabangsa diorang ni. Arifa sekadar bermonolog dalam hati.
"Saya masuk bilik dulu, ya. Dah pukul 2 pagi ni. Awak tak tidur ke? Esok nak pindah..."
Taufiq hanya menggeleng. Langkah Arifa ke pintu dihantar dengan anak mata.
Arifa Safiyyah, kutunggu dirimu tanpa status isteri kepada Iffat kelak....