Yang Cantik Itu Gadis, Yang Manis Itu Mukminah Solehah

BAB 2

Arifa duduk di bus stop sambil mendengar iPod Nanonya   sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba datang seorang tua menghampirinya dalam keadaan termengah-mengah.
  "Cu, tolong atuk. Beg atuk kena ragut. Tolonglah atuk dapatkan beg itu, cu..." Rayu orang tua tersebut. Dari raut wajahnya, jelas menunjukkan bahawa Arifa akan menolongnya.
  "Woi... Jangan lari.,," Arifa  mengejar peragut tersebut. Cepat-cepat dia menarik baju peragut itu apabila jarak antara mereka semakin dekat. Dengan kudrat perempuannya, beg di tangan peragut tersebut dirampas sekuat hati.
  Peragut itu memeluk beg di tangannya dengan sekuat hati menyebabkan Arifa sukar untuk merampas beg itu semula. Idea bernas bermain di minda Arifa pada saat itu.Dengan sekuat hati Arifa menggigit bahu peragut itu.
  Zapp!! Tiba-tiba sebilah pisau yang tajam mencalari pergelangan kakinya. Sungguh sakit dirasakan. Namun begitu Arifa menguatkan hatinya agar tidak tumpas dengan si peragut kurang ajar itu. Dengan pantas Arifa menyiku bahagian sulit peragut tersebut.
  "Arrrggghhh...." Jerit lelaki peragut itu bergema kuat. Arifa mengambil kesempatan emas itu untuk merampas kembali beg berkeaan. Peragut itu terus melarikan diri setelah Arifa mendapatkan beg yang diragut dari tangan kirinya.
  "Atuk ... Ini atuk punya beg. Maaflah, saya tarik beg itu kuat sgt sampai terputus talinya." Arifa menyerahkan semula beg tangan lelaki tua di hadapannya kini.
  "Tidak mengapa. Asalkan isi dalamnya selamat. Ya ALLAH.... Berdarah kaki kamu, cu. Semoga ALLAH merahmatimu kerana sanggup cedera demi menolong orang dalam kesusahan. Jom atuk bawakan ke hospital, ya?"
 "Tak payahlah atuk. Sikit saje ni. Esok baik la. Eh, bas dah datang. Saya minta diri dulu, ya.Ada urusan lain pulak kat rumah. Bye, jaga diri baik-baik ya atuk.Assalamualaikum." Pesan Arifa sebelum naik ke bas untuk menuju ke destinasi sebenar, rumah.


  "Arie, kenapa kaki tu?" Puan Faridah muncul dari arah ruang tamu. Arifa yang sedang meletakkan antiseptic terkejut mendengar suara ibunya di muka pintu.
  "Ummi rupanya, terkejut Arie. Kaki ni tadi kena pisau. Sikit je tapi tak tahu la kenapa sampai sekarang darahnya tak berhenti lagi." Arifa leka merawat kakinya sementara mulut masih lagimenjawab pertanyaan ibunya.
  Puan Faridah menghenyakkan punggungnya ke katil. Luka pada pegelangan kaki Aarifa dipandang. "Eh, dalam luka ni. Kita pergi klinik la. Risau pulak ummi tengok. Banyak sangat darah yang keluar ni. Muka Arie pun dah pucat semacam je. Lepas babah balik dari masjid nanti kita pergi klinik, ya?"
   "Okey," Arifa hanya melemparkan senyuman hambar kepada ibunya. Sakit yang ditanggung saat ini hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.