Yang Cantik Itu Gadis, Yang Manis Itu Mukminah Solehah

BAB 3

  "Yo, chot.... Malam ini Shery ada buat party, kan? Kau mestilah datang, kan?" Aslah menampar lembut bahu kawannya dari belakang.
  " Woii.. mana attitude kau sebagai orang warganegara Malaysia? Mana ada orang Melayu sapa orang guna cara ini. Haih...Rosak bangsa betul la kau ni." Iffat menepis tangan Aslah di bahunya.
  "Yo,... Relax la Muhammad Iffat Zaquan Dato' Adzhar Kairuddin, anak usahawan terkenal kat dunia dari Malaysia. Ha,..macam mana, kau pergi ke tak?" Aslah mengutarakan soalan yang sudah terbantut tadi.
  "Entah la, aku rasa boring la dengan Shery. Aku ada date la malam ni dengan Maria. Kalau Shery tanya pasal aku, kau cakap aku gastrik. Sakit perut sampai tak boleh jalan even seinci pun, tau?" Iffat mengenyitkan sebelah matanya ke arah Aslah.
  "Iffat, Iffat,... minah saleh lagi. Tak sedar-sedar lagi ke playboy sorang ni?  Ingat sikit, kau datang  sini nak belajar la. Bukan nak pergi tackle semua awek cun kat Harvard ni. Aku rasa Shery pun lagi okey daripada si Maria tu. Shery is a Malaysian. Kau tengok si Maria, ada dia tahu adat istiadat Melayu semua tu? Weh, tuhan bagi akal untuk berfikir, mata untuk melihat. Akal untuk menilai baik buruk. Plus, kalau kau kahwin dengan dia, susah nanti. Cuba kau fikir baik-baik." Syarah Aslah tidak sudah. Iffat tunjuk muka bosan mendengar kata Aslah, kawan baiknya sejak di sekolah menengah lagi.
  "Okey, sekarang aku nak tanya kau, pakaian orang Melayu mesti tutup benda yang patut. Am i right?" Soal Iffat, menguji Aslah.  Aslah mengangguk bersetuju dengan kata-kata Iffat.
  "Masalahnya, Shery tu tutup ke apa yang patut? Dada pun terbuka 90 darjah,..Itu ke namanya orang Melayu? Dia dah tak ada ciri-ciri orang Melayu. Sama je spesis dengan Maria. Lagipun tak salah kan, main tukar-tukar? Nanti bila aku dah jemu aku kasi kau pakai pulak, okey?" Tawaran Iffat disertai mimik muka nakal oleh Iffat.
  "Kau ni kan, tak ingat halal haram ke? Baru 2 tahun duduk kat negara orang dah mula tunjuk belang. Istighfar banyak-banyak. Buat solat sunat taubat sekali. Dah la Iffat, lepas kau insaf baru cari aku balik. Aku chou dulu." Aslah meninggaalkan Iffat sendirian namun tangan Iffat terlebih dahulu mencapai lengan Aslah.
  "Weh, fikir lain. Aku maksudkan kalau aku dah jemu dengan Maria tu, nanti kau pulak ambil dia sebagai couple kau. Kau nak berfikiran kuning pun agak-agak la. Kau ingat aku ni cetek agama sangat ke? Aku masih tahu halal haram la Aslah oii..." Kata Iffat. Aslah menghela nafas lega.


"Semalam kenapa you tak datang?" Shery menghalang jalan Iffat. Soalan yang telah disangka oleh Iffat lahir dari bibir nipis milik Shery.
  "Semalam I tak sihat la. Aslah tak bagi tahu you ke kenapa I tak dapat datang?"
  "Ada, tapi I tak percaya. You nampak sihat je hari ni. Iffat,sampai hati you tak datang birthday party I..." Rajuk Shery kedengaran manja dan boleh mencairkan hati mana-mana lelaki yang mendengarnya, kecuali Iffat. Rasa meluat semakin membuak di dalam hati.
  "Shery, you janganlah macam ni. Semalam I betul-betul sakit la. Okey, kalau I attend you punya birthday party, tiba-tiba I jatuh sakit, pengsan. Kebetulan pulak kalau I pengsan kat tempat yang jauh  dari orang. Lepas tu, time tu juga you cari I. Bila you nampak I pengsan, you bawa I ke hospital. Kat hospital pula doktor sahkan I mati, you suka la macam tu? Itu ke tanda kasih sayang you pada I?" Tanya Iffat, tegas dalam nada merajuk.
  "Iffat, I tak ada niat langsung nak you mati cepat. I cintakan you, sayang. Tak apalah kalau macam tu. You rehat la dulu. Tak pasal-pasal you mati sebelum I kahwin dengan you pulak. Errmmm, sakit lagi ke  sayang?" Soal Shery, prihatin dengan keadaan Iffat.
  "Adalah kebah sikit. Shery, I ada class dengan Mrs. Katherine la. I chou dulu, ya. Bye, see you later." Iffat segera meninggalkan Shery yang masih belum puas menemuinya.


"So, tak bolehlah kau lari lagi lepas ni? Arie, kenapa dengan kau ni? Kau sanggup tolong seorang lelaki tua yang entah siapa-siapa, sampai cedera, plus tak boleh olahraga... Ni kau cakap tak ada apa? Apa kena dengan kau, Arie? Otak jangan letak kat kepala lutut la." Marah sungguh Sofira tatkala mendengar Arifa bercerita mengenai kejadian di bus stop kelmarin.
  "Dah la tu... Lagipun bukannya lelaki itu yang  kelar kaki aku ni. Peragut tu yang kelar. Ah, tak ada apa-apa la. Olahraga bagi aku just benda remeh-temeh." Arifa masih tidak menyalahkan lelaki tua yang dijumpai di bus stop dua hari lepas meskipun Sofira dan Sofrina masih mengungkit tentang hal itu.
  "Remeh-temeh? Arifa Safiyyah, bukan kau ke dulu yang bercita-cita nak jadi macam Ruqayya al-Ghasari? Weh,... wake up.. mana impian kau tu?"  Sofrina pula bangun, tidak berpuas hati dengan pernyataan Arifa.
  "It just a dream. A stupid dream. Benda tu semua aku cakap masa aku tak matang lagi. Sekarang aku dah dapat berfikir dengan matang la. Aku tak perlu angan-angan bodoh tu lagi.Dah la tu,... korang tak payah sambung ceramah lagi. Aku nak pergi surau." Arifa bangun dari duduk dan berjalan menuju ke surau sekolah yang terletak berhampiran situ.
  "Aku tak tau pula kalau dah umur 17 tahun tak dapat nilai baik buruk. Baru bulan lepas dia cakap nak jadi atlet bertudung  bila besar nanti, sekarang kata sebaliknya pula. Impian bodoh la, apa la.. Apa kes dengan kawan baik kau tu Fira?" Sofrina sudah berserabut otak memikirkan Arifa.
  "Mana aku tahu. Aku rasa dia tengah pura-pura macam tak ada apa yang berlaku. Aku tahu, mesti dia sedih gila sekarang ni. Dia tabah, tak suka mengada-ngada, tu la sebabnya dia tak nak tunjuk kat kita. Haih... sian betul Arifa."  Sofira menghantar Arifa ke surau dengan anak matanya.


"Ya ALLAH ya tuhanku, jika ini takdir-Mu, aku sebagai hamba yang lemah hanya mampu redha. Ya ALLAH, aku tahu KAU tidak akan mengujiku dengan sia-sia. Aku bermohon di tempat sujudku ini agar ENGKAU menguatkan hatiku dalam segala ujian yang mendatang..." Khusyuk Arifa bermunajat kepada Yang Maha Esa selepas menunaikan solat sunat dhuha.
   Tanpa disedari, sepasang mata leka memerhatikannya dari jauh."Sungguh suci hatimu, Arifa Safiyyah." Hanif terdengar rintihan Arifa kepada Sang Pencipta semasa dia membaca Al-Quran di sebalik langsir pemisah musolla lelaki dan perempuan.
  "Hiaih,... Arifa, kalaulah kau tahu betapa dalamnya cintaku, ... Semoga kau diciptakan untukku." Hanif bermonolog sendirian. Beberapa minit kemudian dia menyusun langkah menuju ke bilik guru.


"Seperti mana yang kamu semua sedia maklum, hari ini merupakan last day saya menjalani practicle kat sekolah ni. Esok saya akan balik ke kampung halaman. Saya minta maaf atas apa yang saya lakukan jika ada mengguris hati kamu semua. Doakan saya dapat posting cepat, ya. Saya doakan agar kamu semua dapat result yang best dalam SPM tahun ni. Insya-ALLAH." Hanif menyampaikan kata-kata terakhirnya di dalam kelas 5 as-Salam. Perlahan-lahan dia mendekati meja Arifa dan meninggalkan kertas kecil di dalam pencil case gadis itu tanpa disedari oleh sesiapa.


"Apa halnya pulak dia ni? Haih... ini yang aku tak suka ni,"  Arifa sudah tidak senang duduk mengenangkan nota yang ditinggalkan oleh Cikgu Hanif untuknya.
  "Kenapa ni? Ada apa-apa ke? Apa kes macam cacing kepanasan je aku tengok? Ceritalah sikit." Sofrina muncul dari arah belakang Arifa.
  "Entahlah,.. cikgu practicle tu nak face to face dengan aku. Adoiyai..runsing aku dibuatnya." Luah Arifa sambil membuat muka bengang .
  "Wow..peluang yang bagus. Apa kata kau accept je Cikgu Hensem tu. Habis cerita. Tak ada la kau pening kepala memikirkan dia lagi."
  "Ha... port ngumpat aku la tu."sergah Sofira yang tiba-tiba muncul.
 "Arifa, yang kau ni macam beruk tak cukup oxygen ni kenapa? Tak pasal-pasal Cikgu Hanif buat CPR kat kau nanti, kahwin free la jawabnya."
  "Amboi Fira, mulut kau tu jaga sikit. Ada yang kena makan kasut karang." Arifa sudah menanggalkan kasut sekolah PVCnya lalu menunjukkan kepada Sofira.
  "Relax la, der. Main-main je." Sofira mengangkat kedua-dua belah tangannya seperti penjahat yang menyerah diri
  "Fira, aku dapat nota daripada Cikgu Hanif yang 'hensem' tu.Dia nak jumpa aku kat taman cendawan." Arifa memulakan ceritanya kepada Sofira. Sengaja dia menekan kuat perkataan hensem untuk Cikgu Hanif.
  "Kau ada affair dengan dia ke? Korang nak dating kat taman cendawan?! Korang couple ke?!" Tersentak Sofira mendengar cerita Arifa.
  "Agak-agak la cik Sofira oii..Kau merepek meraban kata aku couple dengan dia ni apa kes? Tak jadi makan kasut, tapak kaki pulak kau minta, ya?" Bengang Arifa dengan Sofira yang dari tadi berfikiran bercanggah dengan maksudnya.
  "Kau ni Fira, muka aku ni macam muka kaki couple ke? First love aku masih selamat la." Ujar Arifa lagi.
  "Sebenarnya macam ni, waktu lepas budak-budak lelaki salam dengan dia kat lab physic tadi,aku dah berkemas nak balik kelas. Tiba-tiba pulak ternampak memo pad ni kat pencil case aku. Kat memo pad tu tertulis 'sye ade bnde pntg nk gtau awk. jmpe kat tmn cndawn. i hope u will be there at 10. sye hrp sgt2 awk dtg.' Aduh..!"Arifa membacakan nota yang ditinggalkan oleh Cikgu Hanif kepada Sofira dan Sofrina. Dagunya ditongkatkan dengan telapak tangan, memikirkan Cikgu Hanif yang mendapat gelaran penyibuk di hati Arifa.
   "Eleh,.. itu je pun. Pergi je la Arifa.Bukannya dia tulis pasal rombongan meminang ke apa ke. Kau just go dan dengar je apa yang nak dia cakap. Kalau dia nak minta kau jadi girlfriend dia, kau tolak je la. Senang, kan?" Sofrina menyampuk, memberi pandangan. Arifa mengangguk bersetuju.
  "Ya ALLAH weh,.. lagi 5 minit pukul 10. Aku pergi dulu tau. Bye." Arifa bergerak ke taman cendawan untuk menemui  Cikgu Hanif.


"Ermm..Ada apa cikgu nak jumpa saya?" Arifa memecah kesunyian yang menyapa mereka hampir 15 minit di taman cendawan itu.
  "Arifa, awak tahu kan yang saya suka awak? Apa yang budak-budak kat sini gosipkan pasal saya dengan awak, saya berharap sangat supaya perkara itu menjadi realiti. Saya nak hubungan kita lebih daripada cikgu dengan anak murid. Not as my student, but as my lover"
  "Saya minta maaf banyak-banyak, cikgu. Saya tak ada apa-apa perasaan pun pada mana-mana lelaki sekarang." Arifa melabuhkan punggungnya pada kerusi yang disediakan di taman cendawan itu.
  Bulat mata Hanif tatkala ayat itu terpacul daripada bibir merah bak delima milik Arifa.Hampir pengsan dia mendengar pengakuan berani mati oleh Arifa.
  "Saya bukan lesbian! Maksud saya, saya masih tak terfikir untuk bercinta dengan mana-mana lelaki. Saya pegang kata pepatah bahawa cinta tak perlu dicari, sebaliknya cinta akan hadir sendiri nanti. Saya harap cikgu faham maksud saya." Arifa hanya menundukkan wajah, tidak berani untuk memandang Cikgu Hanif.
  Hanif menghela nafas lega mendengar penerangan Arifa. Namun begitu, hatinya sedikit robek dengan penolakan Arifa terhadap cintanya. Ya, Arifa ialah perempuan pertama yang menolak cintanya.Sebelum ini, tidak pernah dia menyatakan cinta kepada mana-mana perempuan selain Arifa. Sekarang baru dia rasa bagaimana sakit yang dirasa oleh perempuan-perempuan yang pernah mencuba menagih cintanya dahulu. Baru Hanif merasa sakitnya apabila cinta ditolak.