"Apa?! Kau dah nak kahwin? Kau jangan main-main dengan kami, Arie. Mentang-mentang la kau tu cantik, kau ingat kau boleh tipu kami." Bagaikan tidak percaya Sofrina mendengar berita daripada sahabat karibnya. Sofira yang sedang sedap menyedut air minuman tersedak mendengar kata-kata Arifa.
"Ya ALLAH, kalau aku tipu sekalipun, aku dapat apa? Selama ni pernah ke aku tipu korang pasal benda-benda besar macam ni? Never, right?" Soal Arifa kembali. Dia tahu, jika dia berada di tempat rakannya sekalipun, memang sukar baginya untuk mempercayai.
"Kau kahwin sebab ada orang datang meminang ke atau kau sendiri dah rancang dengan lelaki tu?" Sofira tertarik untuk mengetahui perihal rakannya dengan lebih dalam.
Arifa membetulkan duduknya. Dia kemudiannya menceritakan segalanya kepada dua orang pendengar setianya sejak sekolah rendah lagi.
"Kesian aku dengar cerita kau, Arie. So, macam mana hubungan kau dengan parents kau?" Wajah Sofrina lebih serius berbanding tadi.
"Macam tu je la.Tak kan aku nak buat mogok pulak. Tak pasal-pasal jadi anak derhaka. Memang pada awalnya aku berkurung dalam bilik. Tak lama lepas tu aku rasa sebersalah pulak. Kalau ini dapat membahagiakan ummi, babah dan Mak cik Lida, aku redha je la. Aku yakin, ada hikmah di sebalik dugaan ini." Arifa mengeluarkan tisu daripada beg tangannya. Disua tisu tersebut ke kelopak matanya yang kian digenangi air.
"Sabar, Arie. Kau memang anak yang solehah. Aku tabik pada kau. Aku akan berusaha untuk jadikan kau sebagai ikon aku." Sofrina memeluk tubuh Arifa. Kepala Arifa dibelai lembut.
"Tak payah la sedih-sedih. Jom la kita shopping. Aku dah lama tak datang mall ni. Kau tahu Arie, aku boring betul jalan dengan Rina lepas kau pergi Mesir dulu. Bila kau dah balik ni, seronok sakan la aku nak shopping. Jom la. Lap air mata kau ni. Apalah kau ni Arie, saja nak jadi badut time ni. Dah la tu. Merah dah hidung kau tu." Pujuk Sofira. Arifa tersenyum hambar mendengar gurauan Sofira. Kakinya melangkah mengikut pimpinan Sofira dan Sofrina. Arifa bersyukur punya kawan yang memahami dan penyayang seperti Sofrina dan Sofira.
Hari ini merupakan hari yang sibuk buat Iffat. Pagi tadi dia melawat IZ Holdings dan menyelesaikan beberapa tugasan di sana. Kemudian Iffat ke KLIA, mengambil Aslah yang akan menjadi pengapit pada hari perkahwinannya yang bakal menjelang seminggu lagi. Setelah itu dia menuju pula ke Pavilion untuk menjenguk persiapan hantarannya. Agenda terakhir yang perlu dilakukan oleh Iffat hari ini adalah menjemput Arifa ke butik pakaian pengantin. Itu pun atas suruhan dan paksaan mamanya. Kalau tidak, jangan harap la dia nak berbuat sedemikian.
Geramnya Arifa. Sudah dua jam lebih dia menunggu Iffat yang berjanji ingin membawanya ke butik pengantin.
"Ni yang aku tak gemar ni. Kalau dua puluh minit aku tunggu dia, tahan lagi. Ni dah dekat tiga jam dah. Penat badan je tunggu dia ni. Entah-entah dia lupa yang dia dah janji dengan aku. Ish mafia sekor ni... Harapkan pagar, pagar langgar dek lori." Dengus hati Arifa geram. Ah, tak boleh jadi ni. Dia mesti segera ke sana. Telefon bimbitnya dicapai lalu menaip mesej untuk Iffat. Sejurus kemudian, Arifa menghidupkan enjin kereta Kelisa berwarna silver miliknya dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah.
Sesampai di sana, Arifa melihat Iffat sedang menunggunya dengan wajah yang tenang. Tidak pernah Arifa melihat wajahnya begitu sebelum ini.
"Assalamualaikum perempuan perasan terhormat. Awal kau sampai." Iffat yang dari tadi perasan dipandang oleh Arifa bangun dari tempat duduknya dan menegur gadis itu. Perkatan 'terhormat' dikuatkan sedikit.
Wah... ini melampau! Aku tak kutuk dia pun. Apsal nak cari gaduh pulak? Berdesing telinga Arifa mendengar panggilan yang dituturkan oleh Iffat kepadanya.
"Awak ni kenapa? Cari gaduh pulak tengah-tengah hari bahang macam ni." Arifa memberanikan diri menentang Iffat.
"Suka hati akulah. Aku punya mulut. Aku tak paham betul dengan kau ni. Takkan tak tahu nak tunggu aku seminit dua? Aku baru lambat sikit dah merajuk nak naik kereta sendiri. Kau ingat aku nak sangat ke bagi kau tumpang kereta aku tu? Bla la..." Iffat meninggikan suara kepada Arifa tanpa mempedulikan pandangan pekerja butik itu yang asyik memandangnya dan Arifa.
Seminit dua? Kepala lutut kau! Jerit Arifa kuat di dalam hati.
"In your dream awak la seminit dua. Saya penat tunggu awak dekat tiga jam, bila datang sini kena tengking pulak dengan awak. You are too much, Iffat Zaquan!" Balas Arifa tidak puas hati.
Alamak, ya ke? Hish, buat malu aku je. Gerutu Iffat dalam hati.
"Kau tu memang selalu nak menang, kan? Padan muka kau la. Siapa suruh tunggu aku? For your information Miss Arifa a.k.a perempuan perasan terhomat, aku banyak urusan hari ni. Mama yang beria suruh aku datang jemput kau. Aku tak teringin pun." Sekali lagi Iffat membakar hati Arifa dengan memanggilnya dengan sindiran 'terhormat' itu
"Sampai bila awak nak panggil saya macam tu?! Bila awak nak lucutkan panggilan 'keramat' tu?" Arifa tidak puas hati.
"Forever and ever! Satisfied?" Mata Iffat menikam anak mata Arifa.
Kurang asam!!!Arifa mengalihkan pandangan matanya ke arah lain.
Haha... seronok aku tengok kau kalah, perasan terhormat. Kau tengok nasib kau bila dah jadi bini aku nanti. Memang menyesal kau kahwin dengan aku.! Iffat tersenyum jahat.
"Encik Iffat, cik Arifa, rasanya kita dah boleh mula ambil ukuran baju, kan?" Seorang pekerja perempuan memberanikan diri mencelah perbualan antara Iffat dan Arifa. Cuak juga dia, manalah tahu, tak pasal-pasal kena pelempang sebijik sebab mengganggu mereka bergaduh.
"Boleh. Elok sangat-sangat pun kita ambil ukuran tu sekarang sebab saya dah tak sabar nak pergi daripada tengok mafia kat depan mata ni." Sinis kedengaran suara Arifa.
Iffat sudah membulatkan matanya. Berani sungguh Arifa mengatanya depan-depan. Selama hari ini, belum pernah dia berjumpa dengan perempuan yang membenci dirinya. Selalunya, mereka yang akan terhegeh-hegeh mendekati Iffat, tapi tidak pula Arifa. Tercabar Iffat memikirkan soal itu.
"Encik, sebenarnya pekerja saya tengah break time ni. Saya minta tolong sangat-sangat pada encik, bantu saya ambil ukuran pakaian pengantin perempuan." Pinta perempun yang menjaga butik itu dalam keadaan takut.
"Apa? Habis, yang tengok kami tadi mana?" Arifa hairan. Bukankah tadi ramai pekerja butik itu. Tidak mungkin semuanya keluar berehat.
"Saya baru nak panggil tadi. Tiba-tiba tengok bahagian hadapan dah kosong. Saya minta maaf cik." Kata perempuan itu lagi. Wajahnya benar-benar menunjukkan kekesalannya.
"Tak apa. Saya akan tolong. Lagi pun, tak lama lagi kan kami akan kahwin, kan sayang?" Iffat menekan perkataan 'sayang' itu. Sengaja mahu memerli Arifa.
Sakit hati Arifa mendengar ayat Iffat. Haih, kalaulah dia boleh menyentuh Iffat sekarang, sudah pasti lelaki itu diganyang semahunya. Jika sesekali berjumpa pun mereka kerap bergaduh, inikan pula menjadi suami isteri yang pastinya setiap hari berjumpa. Arifa tidak dapat membayangkan keadaan rumah tangganya nanti.
"Can we start now?"
"Sure." jawab Iffat sepatah. Arifa terpaksa akur. Iffat pula menunjukkan riak nakal. Menyampah Arifa melihat wajah Iffat itu.
"Yes honey, kenapa nak jumpa I tiba-tiba ni?" Taufiq mengambil tempat di hadapan Marissa yang sudah menunggunya di Chin's Cafe hampir lima belas minit.
"Please la Fiq, I dah tak tahan dengan you. Biar I buat luahan perasaan sebelum I nyatakan tujuan I jumpa you hari ni." Marissa memulakan bicaranya.
"Kenapa ni, Riss?" Taufiq mula menangkap sesuatu yang kurang enak daripada ayat Marissa.
"Terus terang I cakap, sebenarnya I rasa macam terpinggir daripada hidup you. Yes, I admit, kerjaya you sebagai F1 racer menyebabkan jadual you padat. Tapi I pun tak tahu kenapa payah sangat hati I nak terima kenyataan tentang itu." Luah Marissa tenang. Matanya tidak langsung memandang wajah Taufiq yang kian berubah dek kata-katanya sebentar tadi.
"Riss, kenapa ni? Riss, I mengaku, I yang salah. Tapi..."
"Let's put a full stop to our relationship..." Laju Marissa memotong ayat Taufiq.
Taufiq tergamam. Dia tidak menyangka Marissa akan berkata sedemikian.
"Riss, you jangan buat I macam ni. Please Riss.. Plus, sekarang I dah tak jadi F1 racer lagi dah. Sekarang I uruskan TH Holdings. Riss, please give me a chance." Rayu Taufiq.
Air mata yang mulai membasahi pipi Marissa, pantas diseka. Dia harus kuat demi kebahagiaan semua orang. Marissa mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya dan menyerahkan kepada Taufiq.
"Ambil ni, Fiq. Lepas you baca kad ni, I'm sure, you tak akan teragak-agak untuk meninggalkan I."
Taufiq menyambut sampul surat yang dihulurkan oleh Marissa. Bagai hendak gugur jantungnya membaca isi kandung kad yang terdapat dalam sampul surat tersebut.
"I akan kahwin. I hope, you sudi datang majlis perkahwinan I nanti. I pergi dulu." Marissa bangun untuk meniggalkan tempat itu dengan segera, tidak mahu empangan air matanya pecah di hadapan Taufiq.
"Thanks Riss. Tapi I tak sure la I boleh datang ke tak, sebab hari perkahwinan you sama hari dengan hari pernikahan adik I. Apa-apa pun, thanks a lot sebab pernah bagi I cinta, Riss. Bye, assalamualaikum, pengantin baru." Perlian yang dihadiahkan oleh Taufiq amat berat untuk Marissa terima. Matanya menghantar Taufiq yang terlebih dahulu meninggalkan kawasan kafe itu. Marissa menggenggam tangannya lalu diletakkan di dada.
"Aku mesti kuat."
Keluarnya Taufiq daripada Chin's Cafe pada hari itu bermakna keluarlah perkataan cinta daripada kamus hidupnya.
Selamat tinggal cinta. Ucap Taufiq dalam hati. Hujan yang membasahi bumi bagaikan menangisi nasibnya. Ya ALLAH, kuatkan hati hamba-Mu saat ini. Doa Taufiq dalam hati.
"Ummi, ada nampak phone Arie, tak?" Arifa bagaikan cacing kepanasan mencari telefon bimbitnya yang hilang sejak beberapa hari yang lalu. Tidak pula dia teringat di mana dia meletakkan telefon bimbit itu.
"Ummi tak tahu. Cuba tanya Mak cik Lida. Mungkin dia kemas rumah, ada terjumpa kot." Cadang Puan Faridah yang sibuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum.
"Kolot betul perempuan ni. Tak habis-habis mesej dengan perempuan je. Nak kata tak ada peminat, mustahil. Yang pondan pun jadi maskulin balik tengok dia tu." Iffat baring di katilnya sambil menelaah telefon bimbit Arifa yang tertinggal di butik pengantin beberapa hari lepas.
Tiba-tiba lagu My Baby You kedengaran daripada tetelon bimbit touch screen berkenaan menandakan mesej masuk.
Salam.. Tgh bwt pe 2? Sye gnggu awk ke mlm2 cam ni?
Lain macam je ... Siapa yang berani sangat hantar mesej pada perempuan perasan terhormat ni? Desis hati Iffat.
Salam... x la. Awk x gnggu pon. Ni sapa, erk? Apsal nama awk x mention kat phone sye ni?
Hahaha.. Awk mungkin da x lupa sye, tp sye sntiasa remember awk. Smpai mati pon nama Nur Arifa Safiyyah akn tpahat kat hati sye ni.
Sah. Penghantar mesej ini pencinta setia Arifa. Tapi, siapa dia? Mengapa terlalu dalam cintanya kepada gadis itu?Adakah lelaki ini cinta pertama Arifa? Mungkinkah mereka putuskan hubungan kerana pernikahannya dengan Arifa yang bakal menjelang esok? Pelbagai soalan bersarang di benak Iffat kala ini.
Awk sapa? Manalah tau kot2 sye knl awk
Hanif. Muhd Hanif Tan Sri Malek. Ingt sye lg?
Lelaki rupanya. Dada Iffat panas menahan rasa tidak selasa yang tiba-tiba menular dalam jiwanya.
Owh... awk rupanya. Mstilah sye ingt. X kanlah sye bley lupa awk plax. Awk da kawin ke?
Kawin? Awk ni x suda2 dgn kawin. Sye da jnji pd diri sye yg sye x kan kawin dgn org selain awk. Awk... da bpunya ke?
X. Sye pun x kan kawin selain dgn Hanif.
Arifa! btl ke? Awk x main2, kan?
No. Just wanna have a joke with you
Awk still cam dulu nmpk gayanya. X penah nk bkelakuan matang.
Awk study kat Mesir ari 2 amacam? Awk da blk Msia ke belum ni?
Da. Sye kat ouse parents skarang ni. Mesir...? Best ... sgt2 best.
Yela.. Klu da cantik 2, msti byk kena ngurat. 2 la yg best 2?
Merepek la awk ni.
Arifa, awk x rasa pelik ke dgn pggilan awk kat sye?
Apa? knapa? Apa yg len nye?
Entah-entah budak tu panggil Hanif ni abang, tak? Kurang asam. Patutlah susah sangat nak cair pada aku. Dah berpunya, ya? Setia la konon tu. Eleh, skema la pulak.
X de apa-apa la. Just forget it. Arifa, causin sye dtg ouse la. Ok, nnti msg lg, yerk. Salam.
Da... salam.
Malam itu Iffat tidak tenang untuk melelapkan matanya memikirkan lelaki bernama Hanif, teman lelaki Arifa. Hatinya berkecamuk. Perasaannya juga bercampur-aduk. Marahkah dia? Entahlah. Iffat sendiri tidak pasti.