Yang Cantik Itu Gadis, Yang Manis Itu Mukminah Solehah

BAB 4

3 Tahun Kemudian...


"Ha? Kenapa Iffat kena ada pulak?Ala mama, Iffat hantar wakil je dengarkan wasiat atuk tu je la, ek?"Iffat tidak puas hati. Dia perlu menghadiri majlis  pembacaan wasiat datuknya tetapi dia masih belum puas berseronok di US.
  "Iffat, jangan nak mengada-ngada, ya. Mama tak kira, mama tak akan pujuk papa untuk mengecualikan Iffat dalam majlis tu nanti. Full stop!" Tegas Datin Sarah. Kalau dengan anak terunanya yang seorang ini dia tidak boleh beri muka. Lama sangat nak tinggal di US, padahal pengajiannya telah setengah tahun tamat.
  "Kalau Iff balik Malaysia pun, apa yang Iffat boleh buat? Daripada duduk menganggur kat sana, lebih baik berseronok kat sini."
  "Banyaklah Iffat punya berseronok. Mama tak kira, Iffat wajib balik. Plus, Iffat boleh kerja dengan papa. Belajar cara menguruskan syarikat pulak. Bukannya duduk menganggur kat sini." Datin Sarah tetap dengan keputusannya.
  Iffat mengalah. Nampaknya tidak ada peluang la dia untuk memujuk mamanya ."Yela... Iffat balik nanti. Okey la mama, Iffat ada date dengan Britney. Nanti kita borak lagi,ya."
  "Haih anak mama yang seorang ni,.. Bila la Iffat nak berubah? Mama harap sangat Iffat kahwin terus dengan budak Melayu bila balik Malaysia nanti. Tak habis-habis dengan perangai playboy Iffat tu. Okey la Iffat, jangan ingat Iffat je ada date, mama pun dah ada janji temu dengan papa kat taman  bunga. Bye." Datin Sarah tersenyum ketika membicarakan tentang keromantikannya bersama suami yang masih utuh sehingga sekarang.
  "Cewah mama oii.. Dah tua-tua pun romentik lagi.. Okey la, jangan lupa kirimkan salam Iffat pada papa dengan Taufiq, ya. Okey, assalamualaikum."


"Ummi, nanti ummi dengan babah jemput Arie kat KLIA je la. Tak payah jemput Arie kat Mesir ni. Bazir duit je. Lagipun kesian ummi dengan babah, penat-penat je datang Mesir just nak bawa Arie balik. Tak berbaloi la."Arifa berbica lembut dengan dengan Puan Faridah, ibunya yang tersayang.
  "Betul ke Arie boleh jaga diri ni? Ingat sikit Nur Arifa Safiyyah oii,.. awak tu perempuan, keselamatan perlu lebih sikit." Puan Faridah  risau akan keselamatan anak daranya.
  "Sodiquni (percayakan saya), ya ummi. Arie boleh jaga diri. I will be fine." Pujukkan Arifa menambahkan keyakinan Puan Faridah bahawa Arifa boleh kembali ke Malaysia dengan selamat.
  "Okey, tapi walau apa pun, jaga keselamatan."Ulang Puan Faridah lagi, mengingatkan Arifa.
  "Ya,...Ummi tak perlu bimbang."
  "Okey la Arie, ummi nak sediakan sarapan untuk babah."
  "Bestnya... Okey la ummi, Arie pun nak tidur ni. Esok ada perjumpaan dengan kholah Mariam. Bye, assalamualaikum ummi."
  "Waalaikumussalam. Tidur yang nyenyak,  ya sayang." Pesan Puan Faridah sebelum mematikan talian.


Sofira dan Sofrina terjingkit-jingkit untuk melihat kelibat Arifa di balai ketibaan.
  "Arifa Safiyyah..." Sofrina melambaikan tangannya ke arah Arifa yang baru keluar daripada balai ketibaan. Arifa membalas lambaian kawannya yang amat dirindui itu.
  "Arie, tak sangkanya aku! Kau sihat?" Soal Sofrina sambil memeluk sahabat karibnya yang telah tiga tahun meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah.
  "Alhamdulillah... Aku sihat. Wah...makin cantik anak dara dua orang ni. Amacam, dah kahwin ke korang ni?" Tanya Arifa selamba.
  "Hey, kau merepek apa? Kita semua kan baru 20 tahun. Lagipun aku tak ada calon. Tapi tak tahu la pulak aku kalau Fira..." Sofira memandang Sofrina dengan pandangan yang nakal.
  "Woii.. tolong sikit, ye. Couple tak pernah wujud dalam hidup aku tau. Aku masih ingat janji kita dulu. Tak akan bercinta sebelum kahwin. Kan best macam tu,..sama seperti dalam novel. Aduh.. romentiknya." Sofira dan Arifa ketawa mendengar kata-kata Sofrina yang tak sudah-sudah dengan novel. Mereka berdua pun minat juga novel tapi tidaklah terpengaruh teruk macam Sofrina.


"Ummi..." Arifa berjalan pantas mendapatkan ummi dan babahnya yang baru tiba di KLIA untuk menyambut kepulangannya.
  "Arifa anak ummi..." Puan Faridah mendakap anaknya dengan penuh kasih. Rindunya kepada Arifa tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sudah tiga tahun Arifa meninggalkannya demi berjihad  menuntut ilmu.
  "Aii... rindu ummi sorang je ke? Babah tak?" Encik Farid bersuara, berpura-pura merajuk dengan Arifa.
  "Yelah.. Babah pun sekali." Arifa menyalami tangan Encik Farid lalu dipeluk babahnya itu.
  "Hmm.. Makin cantik anak babah ni sekarang.Tak ada ke lelaki Arab yang offer nak jadi menantu babah? Best juga kalau ada menantu luar negara." Usik Encik Farid. Arifa hanya menjeling manja mendengar kata-kata babahnya itu.
  "Babah, Arie pergi Mesir tu bukannya nak cari laki, Arie pergi sana nak belajar la... Tak sempat tengok mamat hensem pun kat sana." Balas Arifa dengan senyuman bangga.
  "Ah, kalau dapat orang Arab ummi terus reject dia. Arie ni, cari la orang Melayu. Baru padan dengan anak ummi ni. Kalau Arie kahwin dengan orang luar negara, nanti tak pasal-pasal pulak Arie kena jadi imigran negara lain. Kalau tiga tahun pun ummi dah rasa rindu, ini kan pula selama-lamanya. No way, sayang." Puan Faridah berkata dengan tegas.
  "Ida, apa ni... Kami gurau je la. Ambil serius sangat la isteri abang ni. Eh, Rina dengan Fira mana? Budak-budak tu dah sampai dulu, kan?"
  "Entahlah diorang ni.Tadi dah sampai. Katanya nak pergi tandas, tak tahu la kenapa lama sangat." Mata Arifa melilau mencari kelibat dua orang rakannya.
  "Eh, mak cik, pak cik. Lama dah ke sampai?" Sofrina berbahasa-basi dengan ibu bapa Arifa.
  "Tak adalah lama sangat. 10 minit lepas sampai kat sini. Kamu berdua ni tak ada kelas ke?" Encik Farid bertanya semula kepada mereka berdua.
  "Kebetulan, memang kami berdua tak ada kelas. Haih... rindunya pada anak mak cik sorang ni," kata Sofira. Tunjalan di bahu Arifa disengajakan.
  "Ummi dengan babah tunggu kat sini kejap tau.Arie nak ambil luggage." Puan Faridah dan Encik Farid mengangguk.


Dush..!! " Adoi.." Arifa memegang bahunya. Sakit pula berlanggar dengan gergasi hutan mana entah.
  "Woi, buta ke?" Suara seorang lelaki menyapa Arifa  dengan kasar.
  "Sorry encik... Saya tak ternampak tadi. Maaf." Arifa bangun dari terjatuh dan melihat lelaki yang telah dia langgar sebentar tadi.
  Dalam keadaan Arifa yang masih belum menyeimbangkan badannya, seorang perempuan warga asing berbadan besar telah melanggarnya dan menyebabkan Arifa ingin tersungkur sekali lagi. Iffat dengan pantasnya menarik lengan Arifa untuk menyelamatkan perempuan itu.
  "Syukran jazilan 'ala masa'adatika (terima kasih di atas pertolongan anda)" Arifa cepat-cepat menyentap kembali tangannya daripada pegangan Iffat.
 "What? Sorry, pordon. Repeat again." Iffat dengan gaya machonya menarik balik lengan Arifa sambil mendekatkan wajahnya dengan Arifa.
  Haaahahaha... serang!! Lawa juga perempuan ni.. Ambil kau.Tatap la muka aku yang hensem ni. Selamat datang ke jerat cinta Iffat Zaquan. Iffat hanya bermonolog. Senyuman manis dihadiahkan kepada gadis manis  kecil molek di hadapannya.
  "Let my arm free, please. You have no right to hold my arm at will!!" Sekali lagi Arifa menyentap semula lengannya dan terus meninggalkan Iffat yang terkejut dengan situasi itu.
   Ha? Dia ni binatang ke manusia? Selama ini aku tak pernah gagal! Kurang asam punya perempuan. Jatuh imej aku depan umum. Berani betul dia tengking aku kat tempat orang ramai ni. Nampak sangat aku yang terhegeh-hegeh pada dia. Memang betul-betul menjatuhkan maruah aku.You definitely get a reply, perempuan perasan terhormat!
   Krekk... Arifa terasa bagaikan  memijak sesuatu yang pastinya bukan lantai KLIA itu. Segera dia memandang ke bawah untuk melihat benda yang terpijak olehnya.
  "Mana pulak sunglasses aku ni?" Iffat melihat sekeliling mencari kaca mata gelapnya.
  "Hoii perempuan!!! Ni dah melampau tahap gaban nampaknya. Sedap hati kau je pijak sunglasses aku. Tak padan dengan perempuan, suka-suka je pijak barang aku!" Iffat menempelak Arifa yang masih memandang kaca mata gelap Iffat yang sudah menjadi serpihan di lantai.
  "Hei perempuan, kau dengar ke tak aku cakap ni? Buat bodoh je dari tadi. Kau memang nak aku main kasar dengan kau ke?" Tudung yang dipakai oleh Arifa ditarik kuat oleh Iffat di hujung tudung itu. Arifa menahan tudung itu daripada menampakkan rambutnya dengan telapak tangan. Sudahlah malu dilihat orang, sakit pula. Menambah geram di hati Arifa. Mereka kelihatan seperti abang adik yang sedang bergaduh pada pandangan orang yang lalu di sekitar situ.
   Arifa memijak kaki Iffat. Iffat mengaduh kesakitan. Arifa mengambil kesempatan itu untuk melepaskan dirinya daripada Iffat.
   "Yang awak  letak merata-rata tu, kenapa? Awak yang salah, nak menyalahkan saya pulak. Amboi, awak ingat awak tu cukup bagus ke?" Berani Arifa menuturkan katanya.
  Iffat sudah panas hati dengan kata-kata Arifa."Kau ni perempuan, dah la langgar aku, cari pasal pulak tu. Aku tak kira, minta maaf sekarang juga kat aku!" Arah Iffat tegas. Malu dia diperlakukan sebegitu di hadapan orang oleh Arifa. Dalam hayatnya tidak pernah ada satu manusia pun berani melawannya selain perempuan yang berada di hadapannya sekarang.
   Maza? Yuridu an a'taziru min hu? (apa? dia mahu aku minta maaf daripada dia?) Monolog Arifa sendirian.
  "Kenapa pula saya mesti minta maaf daripada si mafia pembuli perempuan macam awak? Saya masih waras untuk tidak melakukan suruhan mafia macam awak ni." Balas Arifa. Jika Iffat fikir dia boleh menyuruh Arifa mengikut telunjuknya seperti perempuan lain, dia silap. Tidak pernah sekali pun Arifa akan menuruti perintah lelaki yang tidak dikenali. Tambah-tambah yang kurang ajar macam Iffat.
  "Hey, beruntung la kau dilahirkan sebagai seorang perempuan,.. kalau kau lelaki, dah lama hancur kepala kau aku kerjakan, tau! Muncul kat depan mata aku cuma nak menyakitkan hati je, pigidahhh...!" Iffat mengarahkan jari telunjuknya tepat ke wajah Arifa yang berkulit putih kemerah-merahan itu.
  Arifa terasa seperti ada seseorang mencuit bahunya daripada arah belakang. Arifa menoleh untuk melihat gerangan yang berada di belakangnya. Sofira dan Sofrina rupanya.
  "Arie, aku dengar kau gaduh dengan mamat depan ni. Apa masalah dia?" Bisik Sofira ke telinga Arifa.
  "Entahlah Fira. Aku rasa dia tak sihat, kot. Kau dengan Rina pergi dulu, biar aku 'langsaikan hutang' mafia sorang ni." Arifa sudah merangka rencana dalam otaknya. Jangan ingat manusia di hadapannya lelaki, dia sebagai perempuan  boleh diperlakukan sesuka hati. Nur Arifa Safiyyah bukan orang yang macam itu, okey!
  "Woi, kau dengar ke tak aku cakap tadi?" Jerit Iffat.
  "Saya ada nama.!"
  "So, ada aku kisah, ke? Aku punya suka la nak panggil kau apa.!"
  "Back to the topic, awak nak saya minta maaf pada awak?"
  "Plus melutut sekali.!" Tambah Iffat. Kini dia merasakan kemenangan berpihak kepadanya. Senyuman jahat terpamer di wajah Iffat.
  Ah, ni dah melampau banyak dah ni. Suka hati dia je suruh aku main melutut-melutut kat depan dia. Kau ingat kau tu siapa, mafia tak sedar diri. Dengus hati Arifa bengang.
  "Minta maaf banyak la encik. Saya rasa buang masa saya saje nak minta maaf pada awak atas sebab-sebab yang tak relevan. Minta diri, assalamualaikum." Kaki Arifa pantas melangkah meninggalkan Iffat.
  Arifa tersenyum nakal. Jangan haraplah aku nak jadi mak turut kepada arahan kau. Kini, ketahuilah Nur Arifa Safiyyah yang sebenarnya.
  "Shit!!! Jaga kau, perempuan.Tak apa, kali ni kau lari la, lepas buat aku malu kat airport ni, tapi jangan ingat aku akan bertimbang rasa untuk memaafkan kau! Kau muncul sekali lagi kat depan mata aku, memang mati kau aku kerjakan!" Jerit Iffat sambil menghantar Arifa dengan anak matanya. Amarahnya memuncak melihat Arifa berlalu meninggalkan situ.