"Betul ke? Ya ALLAH,... tak sangkanya aku. So, kau redha je la dia buat kau macam tu?" Sofrina tidak menyangka hubungan Arifa dan Iffat yang disangka bahagia, rupa-rupanya keruh dan dingin. Sofira yang sedang menyedut minumannya hampir tersedak mendengar cerita Arifa. Tak sangka!
"Betul la. Lagi pun apa je yang aku boleh buat? Dia suami. Kuasa sepenuhnya ada pada tangannya. Aku ni macam kuli tak bergaji je pada dia. Korang terkejut dengarnya, tapi hidup aku ni lagi terkejut dengan budaya yang Iffat bawa." Luah Arifa. Bukannya dia mahu membuka rahsia rumah tangganya, tapi dia hampir gila untuk menghadapi perkara ini seorang diri.
"Ini kes serius. Kau kena ajar sikit dia tu, Arie. Sampai bila dia nak layan kau setaraf dengan orang-orang gaji dia kat rumah besar tu? Kau tunjuk sikit hak seorang isteri pada dia." Sofira menggenggam lembut tangan sahabatnya. Ingin saja dia meniupkan semangat dan ketabahan pada hati Arifa.
"Seperti yang aku cakap tadi, aku just isteri dia. Bukan siapa-siapa. Mana boleh lawan cakap suami. Berdosa hukumnya."
"Memang la macam tu. Tapi tak salahkan kalau kau ajar suami kau tu pasal hak isterinya? Cuba kau fikir, wajar ke seorang suami pijak bahu isterinya sebab tak dapat siapkan makanan supper dia sebelum dia habis mandi? Patut ke seorang suami pulas tangan isterinya sebab lupa nak letak creamer dalam kopinya? Hoi, ini kes dera namanya. Kalau diikutkan, kau boleh tuntut cerai, tau tak?" Sofira sudah tidak mampu menahan amarahnya. Ingin saja Iffat dikarate.
"Hish, jauh sangat tu, Fira. Aku masih waras untuk memikirkan akibatnya. Ummi dengan babah aku confirm kecewa sangat. Tak pernah ada istilah cerai dalam keluarga aku mahupun keluarga mertua aku. Tapi, kadang-kadang dia tu tak la strict mana. Suka jugak main-main. Menyampah aku."
"Pulak dah. Kejap macam gini, lepas tu macam gitu pulak. Tak faham la aku, Arie." Sofrina sudah mengerut kening memikirkan masalah Arifa.
"Entahlah. Kadang-kadang aku pun tak faham dengan Iffat tu. Mood dia macam monsun. Kejap macam ni, nanti macam lain pulak. Tak pe la, tak payah fikir pasal dia tu. Jom la tengok kasut baru." Arifa menarik tangan Sofrina dan Sofira, mengajak kawan-kawannya
Aslah hanya membuntuti Iffat dan Lisa dari belakang. Sakit juga hatinya apabila Lisa cuba membuat cubaan memeluk lengan Iffat. Iffat pulak tak habis-habis menolak lembut 'kekasih seposen'nya itu.
"Sayang! I lupa nak tanya you something la." Lisa tiba-tiba berhenti. Matanya bulat memandang Iffat.
Iffat memandang Lisa, bertanya soalan apa yang bersarang di fikiran Lisa.
"Kenapa you nikah tak bagi tahu I? Sampai hati you! I tahu berita ni pun daripada mulut Danny. You kata you suka I, tapi you nikah dengan orang lain. Apa ni, cakap tak serupa bikin la. Geram I!" Lisa memukul lengan Iffat beberapa kali. Demam dua hari dia apabila berita itu sampai ke pengetahuannya.
"Relax la, Lisa. I bukannya tak nak bagi tahu. Masalahnya benda tu pun berlaku so sudden. The marriage was handled by my grandpa. When I attended the reading of the will, I just found out that I was forced to marry the woman to get my grandpa inharitance. Lisa belive me, you remain in my heart." Iffat mengangkat tapak tangan kirinya seolah-olah bersumpah. Tapi, sejujurnya, dia cuma menganggap Lisa sebagai kawan saja.
Aslah yang sejak tadi menjadi pemerhati lakonan Iffat sudah mula membuat muka bosan. Kesian pula dia pada Arifa kerana terpaksa berkahwin dengan copper crocodile terhandal dunia ni. Kalau Datin Sarah tahu la apa yang Iffat buat sekarang ni, alamatnya balik ni kena rembat dek penyapu la Iffat.
"Okey, macam betul je bunyinya. Tapi, kalau you tipu I, siap you. I cium you sampai you lemas. Dah la tu sayang, jom temankan I beli dress. Lusa birthday Jasmine. Kenalah pakai cantik-cantik. BFF I." Lentuk suaranya sengaja dimanjakan. Mukanya dimaniskan untuk cik abang buah hatinya itu.
"Jasmine yang mana satu pulak ni? You ada kawan nama Jasmine ke?"
"Haih... Cik Wan Melur bt. Cik Wan Kekwa. Ingat?" Lisa sudah menarik muka.
"oooo... I see, nama baru pulak." Iffat tergelak kecil.
Aslah sudah menekan-nekan perutnya agar ketawanya tidak terletus. Ooo, perempuan keluarga bunga tu. Desis hati Aslah. Teringat semasa di Harvard dulu. Dia dan Iffat selalu mengusik budak itu.
"Okey, jom." Iffat menurut.
Dush... Adoi... Tak nampak orang ke, cik kak oii? Sofrina mendengus dalam hati. Perempuan yang melanggarnya dipandang. Bengang.
"Hoii, buta ke?!! Lain kali jalan tu tengok depan. Ni tak, mata melilau macam tak pernah datang mall. Bengangnya! Rosakkan mood aku nak shopping je budak ni!" Matanya mencerlung memandang Sofrina. Riak kebencian terpamer di wajah bengis Lisa.
"Kenapa ni Lisa? Kecoh sangat ni kenapa? Malu la orang tengok." Iffat menenangkan Lisa. Segan juga dia kerana orang yang lalu-lalang asyik memerhatikan mereka.
"Diorang ni, sayang. Langgar-langgar bahu I pulak. Sakit tau. Habis merah bahu I ni. Kalau kena penyakit kulit macam mana? Diorang bukannya kaya mana pun nak tanggung kos perubatan I." Lisa merengek manja. Dalam hati, meluat juga Iffat dengan sikap Lisa.
Getik, menyampah, gedik. Sofira sudah menyumpah seranah perempuan yang melanggar Sofrina dalam hati. Kalau ini bukan tempat umum, sudah lama mulut perempuan itu dilumur dengan cili blanded. Biar sedap sikit mulut tu.
Macam kenal je suara tu. Iffat ke? Alamak..... Tak boleh jadi ni. Kalau dia nampak aku, mesti dia kerjakan aku depan girlfriend cukup-cukup. Tutup muka! Arifa memalingkan mukanya ke arah lain. Tidak mahu Iffat tahu kehadirannya di situ.
"Sorry la cik. Saya tak sengaja. Minta maaf." Sofrina mengalah. Tak mahu memanjangkan cerita. Mukanya sedaya upaya menunjukkan keikhlasan.
"Nyet..nyet... Menyampah aku!" Lisa mengherot-herotkan mulutnya. Tidak menerima maaf yang diucapkan Sofrina walau sekelumit jua.
"Lisa, sudah la tu. Dia dah minta maaf, kan. Maafkan je la dia." Iffat memujuk Lisa lagi. Eh, dua orang perempuan ni, macam kenal je. Siapa diorang ni? Ingat, Iffat... ingat siapa diorang ni. Iffat mengerah otaknya. Perempuan di hadapannya seperti dikenali.
"Laki kau dengan perempuan lain, Arie. Kau nak biarkan je, ke?" Sofira sedikit berbisik kepada Arifa yang memalingkan mukanya ke arah kedai buku di pusat beli belah itu.
"Aku tahu. Tu la pasal tak berani pandang situ."
"Hoi betina, aku nak korang melutut kat aku, minta maaf depan semua orang." Arahan yang diberikan oleh Lisa cukup jelas dan sangat difahami oleh mereka semua.
"First kau langgar adik aku. Second, kau malukan kitorang depan orang ramai. Third, kau suruh kitorang melutut minta maaf pulak. Kau ingat kami ni apa? Jangan harap! Kami tak kan melutut depan perempuan yang tak tahu malu macam kau." Ujar Sofira. Riak wajahnya selamba. Nada suara juga masih lagi terkawal.
"Tak tahu malu? Apa yang kau cakap ni?"
"Kau berkepit dengan suami kawan aku. Memang tak malu la namanya." Sofira menarik tangan Arifa, kuat. Badan Arifa terdorong ke depan. Kini matanya dengan mata Iffat bersabung.
Patut la macam kenal. Kawan dia rupanya. Hey perempuan perasan terhormat, kat sini kau shopping, ya. Keluar rumah tak bagi tahu aku. Siap kau! Memang nak kena. Iffat bermonolog sendiri.
Arifa sudah tidak keruan. Matanya tidak sanggup lagi bertarung dengan mata Iffat. Habis lah aku balik ni.... Desis hatinya.
"Sayang, so, ini isteri you? Bertudung litup rupanya dia. Hey perempuan, kau dengar sini. Pasang telinga tu. Iffat is mine. Walau apa sekalipun yang terjadi, aku akan tetap akan kahwin dengan Iffat kelak. Kau jangan perasan boyfriend aku ni nak terhegeh-hegeh kat kau. In your dream la kalau terjadi pun." Tangan Lisa kuat merentap tangan Arifa.
Arifa tidak memberi apa-apa responds.Pandangannya pada Lisa kosong.
"Lepaskan tangan kawan aku." Sofira sudah semakin hilang sabar. Tangan Lisa ditepis kuat. Teman wanita Iffat ni nampaknya sudah naik lemak. Main kasar pulak.
"Cik, kalau cik nak Iffat, saya on je. Saya tak teringin pun nak rampas kebahagiaan sesiapa termasuklah cik." Selamba saja Arifa menuturkan ayatnya. Sudah tidak kuasa dia melayan perempuan seperti Lisa.
"Tambahan, saya memang tak ada feeling sebesar zarah sekali pun pada teman lelaki cik ni." Arifa menyambung ayatnya. Matanya memandang Iffat.
Kredibiliti, keegoan serta kelakian Iffat semakin tercabar mendengar tutur kata Arifa. Perempuan itu memang telah mengundang amarahnya.
"Kau dengar sini, aku pun tak pernah terasa teringin pun nak kan kau. Entah ubat guna-guna apa la yang kau bagi pada arwah atuk aku sampai sanggup mensyaratkan aku kahwin dengan kau baru dapat harta pusaka dia. Perempuan murahan macam kau ni cuma hidup untuk duit je. Sanggup buat apa saje demi nak dapatkan kemewahan dunia. Bertudung konon. Kalau kau bertudung cuma nak ambil hati family aku, lebih baik tak payah. Ini la budak-budak zaman sekarang, pergunakan agama untuk kepentingan peribadi. Lebih baik kau cabut je tudung atas kepala kau tu. Kau tu...."
Pangg... Satu penampar hinggap di pipi kiri Iffat. Badannya terdorong sedikit ke tepi. Pedih. Sangat kuat tamparan itu.
"Saya boleh terima kalau awak sakiti tubuh saya dengan arahan-arahan yang awak minta saya laksanakan. Tapi saya memang tak boleh terima kalau awak memperlekehkan maruah saya. Kalau ikutkan hati, saya memang tak nak kahwin dengan awak. Tapi saya tak nak jadi anak derhaka. Saya ikut jugak cakap ummi dan babah supaya kahwin dengan awak. Kalau mereka tahu saya diperlakukan macam ni, mesti mereka menyesal sebab menikahkan saya dengan awak." Air mata Arifa sudah berlinangan membasahi pipi. Arifa sudah tidak sanggup lagi untuk berada di situ. Dia berpaling dan beredar dari situ.
"Lelaki dayus." Sofira memandang Iffat dengan pandangan yang tajam. Dia dan Sofrina menuruti jejak langkah Arifa, meninggalkan situ.
"Iffat, temankan I ....."
"Kau pergi la sendiri! Semua salah kau. Lepas ni, jangan calling atau muncul depan aku dah." Iffat memintas ayat Lisa. Wajahnya sunguh marah tatkala itu. Dia melangkah meninggalkan Lisa sambil diikuti oleh Aslah di belakangnya.
"Awal kau balik." Suara perlian daripada Iffat mengiringi Arifa masuk ke kamarnya yang dikongsi bersama lelaki itu.
"Sorry. Tadi kereta pancit kat tepi jalan." Jawab Arifa tanpa memandang Iffat walau sekilas. Badannya yang keletihan direbahkan di atas tilam empuk yang 'dihadiahkan' oleh Iffat untuknya sempena hari perkahwinan mereka.
"Woii, padatnya jawapan. Apsal kau nak keluar tak bagi tahu aku? Ingat sikit, apa-apa pun yang kau nak buat, minta keizinan aku dulu." Tempelak Iffat. Punggungnya dilabuhkan ke sofa.
Arifa terus duduk di atas katilnya. Wajahnya yang lesu dek kepenatan cuba mempamerkan ekspresi selamba.
"Saya dah call. Tapi awak tak angkat. Saya ada pesan pada secretary awak tadi, suruh sampaikan pada awak."
"Apsal tak call number yang lain?"
"Saya lupa.."
"Memang la lupa. Aku ni macam tak pernah wujud je dalam otak kau. Actually, kalau kau tak pernah ingat aku ni suami kau, aku pun tak pernah ingat yang kau ni wife aku. Aku tak akan pernah nak mengaku pun kat depan umum yang kau isteri aku. Kau kan, sebernarnya spesis yang tak kenang budi. Orang dah kutip buat bini pun langsung tak pernah nak berterima kasih. Lupa daratan!" Arifa rasa terhina. Kutip jadi bini, lupa daratan. Perkataan itu berlegar-legar di kepalanya saat ini.
Hati Iffat sedikit terusik apabila wajah Arifa sudah berubah kemerah-merahan menahan tangis. Kejam sangat ke dia menuturkan kata-kata sedemikian.
Ishk.. budak macam perempuan perasan terhormat ni bukannya boleh kesian pun. Nanti pijak kepala pulak. Iffat tetap mengeraskan hatinya.
Iffat keluar dari bilik itu dan menghempas pintu. Hatinya tidak tenteram dan berbelah bagi terhadap Arifa.
Arifa tersentak.Tangisannya berderai di situ. "Ya ALLAH, kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Sesungguhnya aku hanya insan lemah yang hanya mampu mengadu nasib kepada-Mu." Rintih Arifa dalam sendunya yang perlahan.
Bahan untuk membuat cup cake telah disediakan. Arifa menemaninya membeli barang-barang tersebut. Iffat ke Istanbul kerana ada urusan perniagaan di sana.
"Eh, aising tak payah beli ke? Nanti kalau tak jadi macam mana?" Taufiq memandang Arifa. Barang di atas meja disusun.
"Ada. Saya beli tadi. Dalam kereta, kot. Nanti kejap, biar saya pergi ambil." Arifa terus ke kereta BMW M6 Convertible milik abang iparnya. Taufiq membelek-belek barang yang telah dibeli di Tesco tadi.
"Taufiq nak buat apa ni?" Mak Munah menegur Taufiq. Orang tua lebih setengah abad itu telah dua puluh tahun bekerja di rumah Dato' Adzhar sebagai orang gajian.
"Owh, Mak Munah rupanya. Terkejut saya. Taufiq tengah nak belajar buat cup cake daripada Arifa. Mak Munah dari mana ni?"
"Mak Munah baru je balik daripada rumah sebelah. Suryati, orang gaji rumah sebelah ni sakit. Tu yang pergi ziarah sekejap. Taufiq buat cup cake untuk apa? Kenapa tak beli je?"
"Kawan Taufiq nak sambut birthday. Dia dah lama duduk kat overseas. Kebetulan pulak dia balik sini esok. Alih-alih boleh sambut hari jadi dia sekali yang tinggal dua hari lagi. Saje la Taufiq nak buat sendiri, dia kawan baik Taufiq masa belajar kat Dickinson dulu." Taufiq tersenyum memandang wajah tua itu.
"Perempuan ke lelaki?"
"Perempuan." Jawab Taufiq sepatah.
"Alhamdulillah. Tak lama lagi bertambah menantu dalam rumah ni. Bila lagi, Taufiq?" Sempat lagi Mak Munah berseloroh. Keningnya diangkat, menanti jawapan daripada Taufiq.
"Ishk... jauh sangat tu."
"Benda baik mana boleh ditangguh-tangguhkan, Fiq." Ujar Mak Munah. Matanya menjeling Taufiq.
"Ye la tu... Tapi Taufiq dengan dia just kawan rapat. Tak ada apa-apa yang serius pun." Taufiq tetap menafikan sangkaan Mak Munah terhadap sahabatnya itu.
"Mula-mula memang la tak serius, lama-lama, Tuhan je yang tahu gelodak hati Taufiq. Fiq, ada apa-apa yang perlu Mak Munah tolong ke? Kalau tak ada, Mak Munah nak seterika baju-baju." Perempuan itu sempat lagi menawarkan pertolongan meski pun tugasannya masih banyak yang perlu diselesaikan.
"Tak apa la, Mak Munah. Taufiq sure Arifa boleh uruskan semuanya." Mak Munah meminta diri ke iron room setelah Taufiq menolak tawarannya dengan lembut.
"Abang Taufiq, dah boleh mula buat sekarang? Kalau start lambat, habis lambat pulak nanti." Arifa muncul dari arah kanannya sambil menjinjing beberapa plastik pasar raya Tesco.
"Let's start." Taufiq mengangkat kening. Senyuman dipamerkan. Lesung pipitnya yang dalam dan cantik kelihatan di pipi kirinya. Arifa membalas senyuman itu.
"Arifa, Iffat tak call kamu ke?" Dato' Adzhar memandang menantunya. Suasana di meja makan ketika itu sungguh sepi tanpa sepatah kata.
"Aa.. Iffat? Ada. Dia call Arifa pagi tadi." Hati Arifa tidak keruan. Bersalah rasanya dia menipu orang tua itu.
Taufiq bagaikan dapat membaca air muka Arifa. Dia pasti Arifa sedang menipu. Dia tersenyum sinis.
"Pukul berapa dia telefon?" Datin Sarah menyampuk.
Fikiran Arifa ligat memikirkan jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan mertuanya. "8.00 pagi tadi."
"Ya ke? pukul lapan tadi bukan ke kau pergi jogging kat luar? Phone kau tertinggal kat atas meja telefon, kan?" Soalan Taufiq bagaikan anak panah yang dilepaskan dari busur. Sengaja mahu dirinya terkantoi dengan mertuanya.
Jawab la kalau berani. Hahaha... Merah padam muka kau. Ingatkan hebat sangat la lakonan kau dengan Iffat. Hampeh.
"Betul ke Iffat ada call kamu, Arifa?" Soalan Dato' Adzhar sekali lagi membuatkan jantungnya berhenti mengepam darah ke segenap tubuhnya. Hari ini tamat la riwayat penipuannya. Taufiq... tak guna betul. Marah Arifa dalam hati sambil menjeling tajam ke arah Taufiq.
Riak Taufiq selamba. Sesekali dia menghadiahkan senyuman kambing untuk adik iparnya yang kelihatan sungguh marah dengan tingkahnya. Tapi, dia peduli apa? Hentam sajalah!
"Sebenarnya..."
"Sebenarnya Iffat call handphone Taufiq. Masa tu kebetulan kami jogging kat tempat yang sama. Bila Taufiq ternampak Arifa, terus Taufiq hulurkan handphone tu pada Arifa." Taufiq memintas ayat Arifa.
Arifa terkedu. Wow, lagi dahsyat pelakon lelaki terbaik di hadapannya ini. Pandai juga si Taufiq ni nak cover line. Arifa menghela nafas lega.
"Ya ke? So, selama Iffat kat sana, dia tak pernah la call kamu secara personally?" Sangkal Datin Sarah lagi.
"Sim card Arie rosak. So, dia tak tahu nombor Arie yang baru." Jawab Arifa, cuba berlagak tenang. Mata ibu mertuanya dipandang dengan penuh yakin.
Dato Adzhar dan Datin Sarah hanya mengangguk tanda mengerti. Mereka meneruskan menjamu selera di meja makan itu.
Usai makan, Datin Sarah dan Dato' Adzhar meninggalkan meja makan. Kini hanya Arifa dan Taufiq sahaja di meja itu.
"Wow, dahsyat adik ipar aku yang seorang ni... Nanti boleh ajar jugak tau? Nak belakon macam adik jugak, boleh tak? Ajar la..." Sengaja Taufiq memanjakan suaranya. Matanya dikedipkan beberapa kali, merayu agar Arifa sudi.
Sindiran yang Taufiq berikan sungguh menyakitkan. Apa sebenarnya lelaki ini mahu daripadanya? Kalau cuma nak menyakitkan hati, baik tak payah. Hatinya sudah cukup sakit dengan Iffat. Tak usahlah Taufiq menambahnya lagi.
"Saya tak tahu la apa yang awak tak puas hati dengan saya, Taufiq. Saya pun manusia biasa. Senang terasa, sakit hati. Kenapa awak suka buat saya macam tu? Saya tahu awak tak suka saya jadi adik ipar awak. Nanti saya cakap pada Iffat, supaya cepat-cepat saya diceraikan. Masa tu, awak railah kejayaan awak." Arifa sudah bangun dan meninggalkan meja itu. Hatinya remuk, berkecamuk. Nampaknya ada dua orang yang cuba menyingkirkannya daripada rumah itu.
Tak apa, aku bukannya nak sangat duduk kat sini. Kalau tak sebab wasiat tu, aku tak akan kahwin dengan Iffat dan aku tak kan duduk kat rumah berada ni. Sabar, Arifa. Sabar... Arifa cuba memujuk hatinya yang lara kala itu.
"La... terasa ke? Orang nak main-main je. Kenapa dia ambil serius sangat? Haih... susah betul la perempuan ni." Taufiq menyumbat sesudu mee goreng ke dalam mulutnya. Sungguh dia tidak menyangka gurauannya mengundang kemarahan Arifa. Ya, dia bukannya Iffat, copper crocodile yang tahu selok-belok pasal hati perempuan. Dia cuma Taufiq Hayyan, pelumba kereta formula satu yang terkenal di serata dunia.