Arifa terjaga dari tidur. Jam di meja katilnya dikerling. 6.10 pagi. Dia memandang Iffat. Lelaki itu masih lagi diulit mimpi. Liatnya dia untuk bangun membersihkan diri seraya menunaikan solat subuh. Namun dipaksa juga badannya agar tidak terlewat ke ofis hari ini.
Iffat terjaga dari tidurnya. Jam di pergelangan tangannya menunjukkan tepat 6.30 pagi. Katil Arifa sudah kosong. Pasti perempuan itu sedang mandi, fikirnya.
Tiba-tiba, pintu bilik air dikuak dari dalam. Arifa yang sedang berkemban dipandang dengan mata yang membuntang.
Arifa terlupa untuk membawa baju ke bilik air. Selalunya dia akan menyalin pakaian di dalam bilik air sebelum keluar. Takkan dia mahu menukar pakaian di hadapan Iffat, kot. Sekali pun dia tak ingin!
Tatkala wajahnya diangkat, berderu darahnya melihat Iffat yang tunak memandangnya. Arifa terjerit kecil, terperanjat. Namun,cepat-cepat dia menutup pintu bilik air semula.
Iffat menelan liur. Free sahaja dia melihat show awal-awal pagi macam ni. Bibirnya mengukir senyuman nakal.
Gedebuk.... "Adoii...dah jatuh,kena timpa tangga pulak." Sudah la malu sebab Iffat nampak dia berpakaian sedemikian. Kini, kepalanya pula berdenyut akibat terhantuk di dinding bilk air. Malangnya nasib...
Iffat tersentak. Bunyi yang kuat dari arah bilik air mendorongnya untuk melangkah ke situ. Terkejut Iffat apabila melihat Arifa yang sedang tersungkur di tepi dinding sambil tangannya menggosok-gosok kepala. Bibirnya mengukir senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.
Iffat?!!! Apa sengih-sengih? Alamak, malunya aku! Dia dah nampak badan aku! Arifa hanya merintih dalam hati. Matanya dipejam seerat-eratnya. Mukanya pula dipalingkan ke arah dinding, malu!
"Nak malu apa? Kita kan husband and wife? Lebih daripada ini pun aku boleh nampak, tau." Kata-kata Iffat bagaikan halilintar yang membelah bumi pada pendengaran Arifa.
Iffat menghulurkan tangan, ingin membantu Arifa untuk bangun. Arifa pelik, kenapa pula dengan Iffat pagi ini? Betul ke lelaki itu ingin membantunya? Tangan Arifa teragak-agak menyambut tangan Iffat. Dia juga ragu-ragu dengan pertolongan yang dihulurkan oleh suaminya itu.
Iffat cuma tersenyum penuh maksud. Rancangan jahat spontan yang bertamu di otaknya kini membuatkan dia tersenyum untuk menahan tawa daripada meletus.
Apabila tangan Arifa menyentuh tangannya, cepat-cepat Iffat menarik tangannya semula. Belum sempat Arifa menyeimbangkan diri, sekali lagi badannya terhempas ke lantai bilik air itu.
Lagi sekali, 'debuk'...Terasa sakit di seluruh punggungnya. Arifa memandang Iffat dengan pandangan tajam, marah! Sakit sungguh seluruh badannya awal pagi ini. Semuanya sebab Iffat! Iffat! Iffat! Mr. Mafia!!!
"Sorry, sebenarnya aku nak tolong, tapi tak tahu la kenapa tangan aku licin semacam pulak. Semalam botol sabun berjalan-jalan kat tangan aku, kot. Sorry, ya?" Iffat segera meninggalkan situ. Gelak tawanya yang bergema dalam bilik itu membuatkan darah Arifa menggelegak.
"Sabar je la..." Gumam Arifa, perlahan.
Iffat terlebih dahulu singgah di rumah mertuanya sebelum ke ofis. Semalam ibu mertuanya menyatakan bahawa purse Arifa tertinggal di rumahnya. Iffat juga dimaklumkan bahawa Arifa ada bertandang ke rumah itu beberapa hari lepas. Tahulah dia bahawa Arifa tidak menipu mengatakan bahawa dia ke rumah ibu mertuanya tempoh hari.
"Assalamualaikum..." salam suci itu dilafazkan oleh Iffat. Beberapa minit kemudian, Puan Khalidah muncul di hadapan pintu.
"Iffat rupanya. Masuklah." Puan Khalidah memaniskan muka. Menantu abangnya dijemput masuk ke dalam rumah. Iffat membalas dengan senyuman.
"Ummi dengan babah mana, Mak cik Lida?"
"Ummi dengan babah pergi pasar. Iffat datang sini sebab nak ambil purse Arie, kan?" Duga Puan Khalidah.
Iffat mengangguk, membenarkan kata perempuan awal 40-an itu. "Ummi yang bagi tahu purse Arie kat sini. Arie pun ada cakap kat Iffat yang purse dia hilang. Cadangnya, dia nak ajak Iffat pergi jabatan pendaftaran esok, nak buat kad pengenalan baru," dalih yang direka oleh Iffat dipercayai seratus peratus oleh Puan Khalidah. Sebenarnya Iffat terdengar Arifa mengajak Sofira ke jabatan pendaftaran semalam, ketika sedang berbual di telefon.
"Purse Arie ada dalam bilik dia. Iffat tunggu sini sekejap, Mak cik Lida ambilkan purse tu."
"Eh, tak payah la mak cik. Iffat ambil sendiri." Iffat menolak pertolongan yang ingin dihulurkan oleh Puan Khalidah dengan lembut. Beberapa saat kemudian, langkahnya diatur menuju ke dalam bilik itu.
Iffat mengambil purse hitam bereben hijau pucuk pisang di atas meja solek. Sebelum dia melangkah meninggalkan bilik itu, matanya tertancap ke arah sebuah album, berdekatan meja study.
Perasaan bersalah tiba-tiba menyerbu dirinya. Gambar-gambar Arifa bersama kawan sekolahnya membuatkan hatinya berkecamuk, pelbagai rasa.
Kalau aku tak nikah dengan dia, mesti hubungan dia dengan kawan-kawan dia macam kat dalam gambar ni, masih rapat. Mesti dia boleh capai cita-citanya untuk jadi olahragawati dunia. Dan... mesti dia bahagia dengan lelaki yang dia cintai. Arifa Safiyyah, kenapa la atuk wasiatkan aku kahwin dengan kau? Kesian kau. Simpati Iffat pada Arifa mulai bertunas. Terasa seperti semua beban yang ditanggung oleh Arifa sekarang berpunca daripada keluarganya.
Album tersebut diletakkan semula di dalam rak, berdekatan meja study. Duk.. Sebuah buku jatuh dari rak. Lantas, tangan kasar Iffat mencapai buku yang telah terjatuh ke lantai itu. Buku berwarna hijau pucuk pisang itu diselak kulitnya.
"Rahsiaku, kehidupanku dan tentang diriku..." Sebaris ayat pada muka surat pertama buku itu dibaca oleh Iffat. Menarik... Gumam Iffat dalam hati.
Tiba-tiba telefon bimbit Iffat menjerit, minta dijawab panggilan yang masuk. Tertera perkataan 'office' di skrin telefon bimbitnya. Punat hijau pada skrin telefon bimbit jenama Germin Asus itu ditekan.
"Okey, Suria. I will get to the office within 20 minutes." Panggilan itu dimatikan. Jam Rolex ditangannya dipandang sekilas. Iffat mengeluh perlahan. Kakinya terus melangkah menuju ke pintu. Buku milik Arifa di tangannya dibawa bersama.
"Suria, suruh Arifa masuk bilik saya sekarang." Talian dimatikan setelah Iffat mengeluarakan arahannya tanpa sempat Suria mengucapkan sepatah kata.
Pintu ofis Iffat dikuak dari luar. Aslah dengan selamba masuk sambil matanya ralit memandang skrin iPad di tangannya.
"Lah, berapa kali aku nak cakap? Don't you know to knock the door first before entering my room? Main terjah je! Salam pun tak ada." Iffat tidak puas hati. Wajah sahabatnya dipandang dengan dahi dan kening yang berkerut.
"Sorry la, bro. Okey, assalamualaikum." Aslah hanya melemparkan senyuman kepada Iffat.
"Apa hal ni? Ada urgent case, ke?"
"Tak ada la. Aku just nak tanya je, kenapa masuk lambat hari ni?" Aslah menghenyakkan punggungnya ke kerusi di hadapan meja Iffat. Matanya kini tertumpu kepada lelaki di hadapannya itu.
"Saje fly..." Iffat hanya tersenyum jahat.
"Aik, bos pun nak fly?"
"Tak ada la. Aku singgah kedai jup, tadi." Dalih Iffat. Aslah mengangguk, percaya dengan kata-kata Iffat.
Buku hijau di atas meja Iffat menarik perhatian Aslah. Tangan kanannya pantas mencapai buku itu. "Buku apa ni, Iffat?"
Iffat memandang ke arah Aslah yang sedang membelek-belek diari kepunyaan Arifa yang diambil dari rumah mertuanya. Cepat-cepat dia menyambar kembali buku itu dari tangan Aslah.
"Sorry,man. Yang ni tak boleh. Secret besar, der..."
"Besar ke?"
"Besar sangat."
"Besar macam mana?"
"Besar macam matahari."
"Wah, besar tu. Apsal ni Iffat? Ada apa-apa ke yang kau sorakkan kat aku? Dari pagi tadi aku tengok kau tersenyum meleret je. " Aslah cuba mengorek rahsia daripada Iffat. Tangannya memeluk tubuh.
Iffat teringat peristiwa pagi tadi. Wow, seksi! Pantas Iffat menggeleng. Senyumannya cuba disembunyikan.
"Hal rumah tangga sikit. Kau tak payah tahu."
"Kau buli dia lagi ke?" Duga Aslah. Hatinya tidak senang dengan kelakuan Iffat terhadap Arifa.
"Ish, mana ada. Kau ingat aku ni sentiasa kejam ke? Ada la sebab lain." Iffat tidak lagi menyembunyikan senyum manisnya. Tangannya galak menconteng sehelai kertas dengan sebatang pen. Berbunga rasa hati saat ini.
"Kau suka dia la tu. Betul tak? Eleh, mengaku je la. Dah tua bangka pun perangai macam budak kecik." Aslah berusaha lagi. Dia yakin, pasti perkara indah yang telah berlaku di antara pasangan muda itu.
"Kurang ajar kau, Lah. Aku yang 23 tahun ni kau panggil tua bangka? Mana ada aku suka perempuan perasan terhormat tu. Bertambah benci lagi, ada la. Meluap-luap, tau tak." Iffat kembali serius. Wajahnya tidak lagi seperti tadi, orang mabuk angau.
"Pulak. Kenapa ni? Apa yang dia dah buat kat kau? Ce cerita sikit." Aslah pun dah naik pening dengan Iffat. Sekejap mood dia macam ni, lepas tu macam tu pulak. Apa kena la dengan si Mafia ni? Eh, Mafia? Aku pun dah terikut Arifa jugak ke? Aslah menyentuh bibirnya.
"Kat Mid Valley hari tu, aku nampak...." Iffat tidak meneruskan kata-katanya. Dibiarkan tergantung begitu. Aku nampak dia bukan main mesra lagi dengan seorang lelaki. Siap tolong ambilkan botol air, pulak tu. Kata-katanya hanya terluah dalam hati saja. Dia tidak mahu Aslah menuduhnya jealous pulak bila dia cerita nanti.
Aslah masih tertunggu-tunggu mendengar cerita Iffat. Kenapa berhenti sekerat jalan pulak mamat ni? Desis hatinya.
"Woi, cepat la sambung..."
Iffat rasa, lebih baik cerita peristiwa yang lain saja. Tak nak terkantoi dengan Aslah yang dia mengekori Arifa dalam senyap.
"Sejak aku nampak dia bersembang dengan Luqman Zarith. Tak sudah dengan tu, malam sebelum aku nikah dengan dia, seorang lelaki nama Muhd Hanif Tan Sri Malek bagi dia mesej. Kebetulan, phone dia tertinggal kat butik, so aku bawak balik. Nampak sangat yang budak Hanif tu admire Arifa. Memang perempuan tak boleh pakai, benci aku! Antinya pada Nur Arifa Safiyyah tu!" Iffat sudah bangun dan berdiri di hadapan tingkap kaca dalam bilik ofis itu. Matanya tidak memandang Aslah walau sekilas pun.
"La... kenapa tak tanya dia dulu?"
"Buat apa tanya? Buat sakit hati je."
"Kenapa nak sakit hati? Bukan kau benci dia, ke?" Aslah trick Iffat.
Alamak, silap cakap pulak. Aku cakap tadi dengan nada cemburu ke? Aku? Cemburu ke? Iffat cuma bermonolog dalam hati.
Aslah sudah tersenyum sendiri. Senjata makan tuan. Padan muka kau Iffat.
"Aku... aku... Eeii, lantak aku la. Kau jangan fikir aku jealous,ek. Sekelumit jua perasaan pun aku
tak ada untuk dia." Iffat menafikan sangkalan Aslah. Wajahnya yang putih bersih tanpa jerawat itu mulai merah padam. Kini Iffat duduk di kerusi yang bertentangan dengan Aslah.
Ketawa Aslah sudah meletus. Tak sangka wajah Iffat berubah sampai begitu sekali. Sah! Memang sah la budak ni tak mengaku jealous.
"Haih, apsal la kawan aku ni lampi sangat? Dah sah-sah kau tu jealous la. Muka pun dah merah, cuak semacam je aku tengok. Ceh, Mr. Mafia dah jatuh cinta. Hello satu dunia, copper crocodile dah jatuh cinta!" Aslah menjerit dalam bilik ofis Iffat. Iffat cepat-cepat tutup mulut Aslah. Bimbang kalau perkara yang tak betul ini didengari oleh pekerjanya.
"Kenapa tutup mulut aku?"
"Kalau kau jerit macam orang gila tak cukup makan ni, tak pasal-pasal satu IZ Holdings ni tahu sangkaan kau yang tak masuk akal ni. Gila!" Iffat memandang Aslah dengan pandangan yang sangat tajam. Dia tak suka soal hati dan perasaannya dibuat main-main macam ni.
"Eh, lupa ke Iffat? Bilik ni kedap suara, kan?" Sekali lagi Aslah meletuskan tawanya. Sakit perut melihat muka Iffat yang sudah tak keruan tu, lawak.
Iffat sudah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Aslah ni memang la... Kalau tak kawan, harus malam ni jugak sampai di alam barzakh rasanya.
"Nonsense, Lah." Suara Iffat sudah kembali tenang.
"It make sense, bro. Okey, kau nafikan la sekarang.Tapi aku nak tengok, sampai bila kau nak nafikan. I will test you, bro. I will!" Aslah sudah tersenyum meraikan kemenangannya yang bakal hampir. Wajah Iffat tidak lagi di pandangan matanya.
Tuk..Tuk..Tuk... Pintu bilik ofis diketuk dari luar. Setelah mendapat kebenaran daripada Iffat, pintu itu dikuak dari luar.
"Encik Iffat nak jumpa saya ke?" Arifa muncul bersama dua buah fail hitam di tangannya. Cuak juga dia kerana terlambat masuk ke bilik ofis Iffat.
Aslah sudah tersenyum kambing memandang Iffat. Kini tangannya mengusap dagu sambil mata tunak memandang Arifa dan Iffat silih berganti.
"Kenapa lambat masuk? Aku rasa aku dah lama bagi arahan pada Suria, suruh kau masuk ofis aku ni." Suara Iffat masih lagi terkawal. Pandangannya kini tertumpu kepada Arifa saja, tak hirau langsung Aslah yang sudah tersengih persis kerang busuk itu.
Dah agak dah. Haih, orang lambat lima belas minit je. Tu pun nak marah sangat. Pigidahhh... Arifa cuma berkata dalam hati. Wajah Iffat sikit pun dia tak lalu nak pandang. Peristiwa memalukan pagi tadi pun masih lekat di ingatannya. Lagi bertambah malu untuk memandang Iffat.
"Saya baru balik dari ZH Holdings. Sampai-sampai sini, Suria kata Encik Iffat dah lama panggil saya." Dikuatkan juga dirinya untuk berkata-kata. Arifa menggenggam tangan kanannya dengan tangan kiri, berharap agar sentiasa ada kekuatan untuk menjawab soalan Iffat.
"Hujung baju tu, kenapa?" Kini perhatian Iffat di hujung lengan baju kurung yang dipakai Arifa.
Arifa segera memandang lengan baju kurung moden yang dipakainya. Ada kesan tompokan merah di situ." Ermm... tu kena darah." Arifa teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Iffat.
Iffat sudah membesarkan matanya memandang Arifa. Darah? Tak kan la darah tuuu..., kot. Iffat masih lagi memandang Arifa, minta jawapan.
"Ni darah orang lain. Tadi masa kat ZH Holdings ada orang accident. So, saya tolong la. Tak perasan pulak darah melekat kat baju." Cepat-cepat Arifa membetulkan kesalahtafsiran Iffat.
"Accident? Kau tak apa-apa ke? Luka? Cedera?" Cemas Iffat tatkala mendengar cerita Arifa. Badan, tangan, kaki, semua Iffat tengok bagi memastikan Arifa tidak apa-apa.
Aslah yang tadi hanya memerhati pasangan ini sekali lagi ketawa besar. Mata Arifa dan Iffat tertancap kepada Aslah dengan pandangan pelik.
"Saya tak apa-apa. Bukan saya yang accident. Kan saya cakap ada orang accident. Bukan saya orang tu." Sekali lagi Arifa menjelaskan kepada Iffat.
Kau jealous kan? Nampak sangat. Control la sikit, Iffat. Aslah hanya menggerak-gerakkan mulut, bercakap dengan Iffat tanpa suara. Iffat dapat menangkap perkara yang disampaikan oleh Aslah. Pantas tangannya mencapai fail di atas meja lalu mencampakkannya ke arah Aslah.
Arifa buntu. Kenapa pulak la dengan dua sahabat ni? Buang tebiat ke dua orang manusia ni? Keningnya sedikit berkedut memikirkan Aslah dan Iffat.
"Okey la Puan Arifa, Iffat, minta diri dulu. Takut mengganggu korang pulak, kan? Okey, have a nice day, friends." Aslah meninggalkan mereka berdua. Arifa masih lagi terpinga-pinga sementara Iffat sudah tak senang duduk. Memang nak makan kasut jugak Aslah ni. Dengusan kasar dilepaskan.
"Macam mana kat ZH Holdings tadi? Diorang ada cakap apa-apa ke kita nak cancelkan project?" Kini mereka beralih pula kepada urusan kerja.
"First, memang diorang bangkang tapi lepas bentangkan permasalahan pada akan datang, diorang setuju. So, project yang kita batalkan dengan diorang dah settle. Dokumen-dokumen penting pun dah settle. Tapi pihak mereka nak kita minta maaf secara terbuka. Mereka nak kita buat sidang media." Jelas Arifa. Fail di tangannya diserahkan kepada Iffat.
"So, kau nak buat ke?"
"Tak la. Saya cakap la yang masalah tu semuanya berpunca daripada pihak diorang. Lama jugak berdebat, akhirnya diorang akur jugak."
"Good job." Puji Iffat. Senyumannya yang terhias di bibir menambahkan kehensemannya. Baru kali ini dia memberikan Arifa senyuman yang ikhlas.
Haih, puji aku? Selama ni tak pernah pulak dia nak memuji aku. Kena perli, marah, tengking tu ada la. Tak sihat ke? Ala siannya dia, nanti mak belikan ubat, ya... Arifa sudah galak mengutuk Iffat dalam hati. Bibirnya juga mengukir senyuman, tapi bukan senyuman biasa, senyuman yang sarat dengan makna.
"Eh, sebelum saya terlupa. This is your purse. Tertinggal kat rumah ummi. Ummi ada call abang pagi tadi, suruh bagikan pada awak." Lancar saja Iffat menuturkan ayatnya. Purse di tangannya dihulurkan kepada Arifa.
What?!! Aku salah dengar ke dia yang tersasul tu? Abang? Awak? Bila masa pulak ni? Sah, memang mafia ni dah tak betul. Otak kurang skru... Mata Arifa sudah bulat membesar. Bagai tidak percaya mendengar panggilan yang digunakan oleh Iffat tadi. Purse di tangan Iffat disambut lambat-lambat.
Kenapa pulak la budak ni? Nampak hantu ke kat muka aku? Yang dia buat muka batak tu apsal? Eh, aku ada silap cakap ke tadi? Aku cuma cakap, ummi ada call abang pagi tadi, suruh bagi pada awak. Eh jup, abang? Eh, aku sebut ke tadi? Peluh dingin mulai membasahi segenap tubuh Iffat. Mukanya tebal sepuluh inci mengenangkan kesilapan teknikal yang tak sengaja terprogram di bibirnya. Malu. Merah mukanya bagaikan disimbah dengan Nippon Odourless Paint je.
"Kalau tak ada apa-apa nak cakap, you may leave." Iffat sudah memusingkan kerusinya membelakangkan Arifa. Kepalanya diketuk beberapa kali dengan sebatang pen. Matanya dipejam kuat-kuat agar malu tadi segera hilang.
Arifa hanya mengangguk. Matanya tidak lagi memandang Iffat. Cepat-cepat dia beredar meninggalkan bilik ofis Iffat. Jantungnya seperti menendang-nendang dada. Semakin dia teringatkan kata-kata Iffat sebentar tadi, semakin kuat pula tendengan jantungnya itu.
"Huhh, dengan aku sekali yang jadi gila nanti. Mr Mafia ni kena jumpa pakar gamaknya, baru betul sikit otak dia, mulut dia." Arifa bercakap sendirian. Rakan-rakan sepejabatnya memandang Arifa dengan padangan pelik. Pelbagai soalan mulai berlegar dalam fikiran. Perempuan ni betul ke tak? Cakap sorang-sorang... Sakit ke?
Tak sampai seminit Arifa melabuhkan punggungnya di atas kerusi, Iffat muncul di hadapannya. Arifa terkejut. Mafia ni lagi. Kenapa dengan dia hari ni? Hati Arifa mula tak dapat tenteram mengenangkan Iffat.
"Pasal hari tu, aku minta maaf. Aku cakap kau pergi keluar dengan jantan lain, tapi kau pergi rumah ummi rupanya. Sorry. The purse has proved the words of you," tanpa sempat Arifa membalas, Iffat sudah membelakangkannya dan melangkah meninggalkan ruangan itu.
"Unbelievable. He cannot be predicted. Unbelievable!" Arifa sudah kehilangan kata-kata untuk bersuara lagi. Matanya lama tidak berkelip. Pandangannya hanya kepada pintu, bagaikan ternampak bayang Iffat di situ.
Arifa sampai di rumah mertuanya tepat jam 6.00 petang. Hari ini merupakan hari yang sangat meletihkan buatnya. Banyak perkara yang perlu diselesaikan di syarikat sebelum jam menunjukkan 5.00 petang. Usai menyelesaikan tugasan, dia menunaikan solat Asar dan terus memandu ke rumah.
Datin Sarah dan Dato' Adzhar sibuk bersembang di ruang tamu. Kecoh jugak gelak tawa mereka. Seperti sedang berbual mengenai berita yang sangat mengembirakan.
"Assalamualaikum, ma, pa." Arifa yang melalui ruang tamu untuk ke biliknya sempat bertebur mertuanya. Tangan dihulurkan kepada Datin Sarah dan Dato' Adzhar untuk bersalaman. Walaupun penat, Arifa tetap mempamerkan wajah yang manis kepada mertuanya itu.
"Arie, kawan mama baru balik dari mengerjakan umrah. Dia ada belikan mama jubah. Untuk Arie pulak, dia bagi yang special punya. Dia bagi ini." Datin Sarah mengambil sebuah bungkusan di atas meja lalu menyerahkan kepada Arifa.
Arifa menyambut bungkusan tersebut dan terus membukanya dengan lembut. Terkejut Arifa bila melihat isi bungkusan itu. Akar apa pulak ni? Nak suruh aku tanam pokok ke? Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman. Arifa memandang Datin Sarah untuk mendapatkan penjelasan.
"Ni akar pokok tamar. Ni petua tradisional, kalau nak senang mengandung." Ujar Datin Sarah. Senyumannya tak putus-putus. Dato' Adzhar pun begitu.
Iffat melangkah ke ruang tamu dengan briefcasenya di tangan. Necktie berwarna kelabu satin di lehernya dilonggarkan.
"Iffat, mari la sini. Tengok la apa yang Datin Mimi hadiahkan untuk kamu berdua." Datin Sarah memanggil Iffat yang baru pulang dari pejabat. Mukanya sungguh berseri memandang wajah anak bongsunya.
Iffat melangkah dengan malas ke arah mamanya. Arifa yang sedang duduk bersimpuh di hadapan mamanya dipandang sekilas.
"Yes, mama. What's up?" Iffat hanya tersenyum hambar. Penat, baru pulang dari tempat kerja.
"Datin Mimi, kawan baik mama tu belikan Arifa akar tamar masa kat Mekah. Akar ni khasiatnya untuk senang mengandung. Bagi rahim Arie ni kuat." Mendengar kata-kata Datin Sarah, Iffat bagaikan baru tersedar dari tidur. Apa pula yang merasuk mamanya kini? Mengandung? It's crazy idea, does not make sense!
"Mama, kami kan baru kahwin dua bulan lebih. Mengandung? Jauh sangat tu mama..."Iffat cuba mengelak. Wajah Datin Sarah dipandang dengan harapan agar mamanya tidak terlalu tergesa-gesa memikirkan soal itu.
"Dua bulan ke, berbulan-bulan ke, kalau dah rezeki, mengandung jugak. Ada je orang baru sebulan menikah dah pregnant dua minggu. Apa yang jauhnya?" Bidas Datin Sarah.
Arifa hanya tertunduk, tidak berkata walau sepatah pun. Sebenarnya ingin saja dia menjerit menyatakan bahawa dia tidak mungkin akan mengandungkan zuriat Iffat. Iffat? Hai, sentu pun tak pernah, inikan zuriat. Memang mengarut!
"Dah, jangan nak banyak songeh pulak. Dengar sini baik-baik, betul-betul. Setiap malam, sebelum tidur, Iffat rendamkan akar ni dalam air masak suam, lepas tu bagi Arie minum air tu. Jangan miss walau sehari pun, ingat!"
Arifa dan Iffat menghela nafas berat. Nampaknya Datin Sarah memang teringin nak menimang cucu secepat mungkin. Mereka berpandangan sebentar sebelum kedua-duanya melarikan pandangan ke arah lain. Agak lama mereka berbual di ruang tamu, akhirnya Iffat meminta diri ke bilik dan disusuli dengan Arifa selang beberapa saat kemudian.
"Haih... Nampak gayanya mama menaruh harapan tinggi, nak cucu daripada kita," Iffat mengeluh panjang. Matanya memandang televisyen tetapi hati dan fikirannya melayanga entah jauh ke mana.
"Tapi itu tak akan berlaku, kan? Rumitnya, kesian mama." Arifa yang sedang membaca novel di atas katilnya menyampuk. Sejak kebelakangan ni, berani pula dia menuturkan kata di hadapan Iffat.
Iffat hanya terdiam tanpa kata. Keinginan mama memang sukar untuk dipenuhi. Tangannya mencapai remote control dan menekan butang off. Bantal di kepalanya diambil dan diletak di atas muka. Runsing plus tension...