"Iffat Zaquan... Kenapa kaki awak ni? Langgar apa tadi? Tu la, mama selalu pesan, jalan tu tengok depan. Tengok, dah lebam." Datin Sarah menekan kuat kaki anak terunanya yang kebiruan akibat melepaskan geram kepada Arifa di KLIA tadi dengan menendang tiang konkrit.
"Aduhh.... Mama, sakit lah.." Adu Iffat.Terjerit dia apabila kakinya yang lebam ditekan oleh mamanya.
"Padan muka!"
"Bukan Iffat yang salah. Entah macam manalah ada kucing hutan sesat kat KLIA tu. Nampak macam jinak, kenyataannya, bahaya nak mampus." Perumpamaan Iffat untuk Arifa langsung tidak dapat dikesan oleh Datin Sarah. Pada fikiran Datin Sarah, memang kucing hutan yang menyerang anaknya di KLIA tadi.
"Yo bro,... Apa khabar orang US? Sihat ke?" Taufiq tiba-tiba muncul di hadapan pintu. Dia mengatur langkah masuk ke dalam bilik adik lelaki kesayangannya.
"Seperti yang kau lihat. Kau apa khabar duduk kat Malaysia ni? Aku dengar cerita kau dapat pegang syarikat papa kat Melaka tu, betul ke?" Tanya Iffat. Tangannya dihulurkan kepada Taufiq yang berada di hadapannya kini.
Taufiq menyambut huluran tangan Iffat. "Haah. Papa la yang beria suruh aku balik Malaysia, uruskan TH Holdings. Kalau ikutkan hati, aku nak stay kat Paris, teruskan contract dengan Red Bull Team." Ujar Taufiq. Kerjayanya selama ini sebagai pelumba kereta formula satu amat membawa keseronokan kepada jiwa mudanya.
"Ha... Jangan nak mengada-ngada, ya Taufiq. Kalau kamu teruskan kerjaya kamu sebagai F1 racer tu pun, apa yang kamu dapat akhirnya? Lebih baik kamu tumpukan pada syarikat. Bukan sahaja kamu yang mendapat untung, papa dengan mama sekali dapat nama." Kata Dato' Adzhar Khairuddin yang berada di hadapan pintu bilik anak terunanya yang bongsu.
"Betul cakap papa kamu tu. Sama je dua orang anak mama ni. Seorang tak sudah-sudah dengan lumba kereta, yang seorang lagi tak pernah puas dengan berfoya-foya sampai tak ingat rumah kat Malaysia ni. Haih,.. bila la korang ni nak sedar sikit? Perangai mengalahkan budak-budak." Keluh Datin Sarah, penat dengan sikap anak-anaknya.
"Alahai mama, kan kitorang muda lagi. Inilah masanya untuk bersuka puas-puas." Bidas Iffat. Taufiq mengangguk nakal, membenarkan kata-kata adik yang seotak dengannya.
"Jagalah... korang kahwin nanti, dapat tanggungjawab berat, mama gelak je dari jauh." Kata-kata Datin Sarah disambut dengan tawa besar oleh Dato' Adzhar.
"Hai Iffat, apa kena lebam kaki tu?" Dato' Adzhar baru perasan kesan biru di kaki anaknya.
"Iffat kata dia kena serang dengan kucing hutan sesat kat KLIA tadi." Balas Datin Sarah bagi pihak Iffat.
"Pelik, kat KLIA pun ada kucing hutan sesat? Hmmm... bahaya betul kucing tu. Dah kena tangkap dengan Jabatan Hidupan Liar ke binatang tu?" Soal Dato' Adzhar lagi.
"Tak papa. Binatang tu masih bebas berkeliaran di merata tempat tanpa dikesan." Jawab Iffat penuh kiasan.
Taufiq bagaikan dapat menangkap maksud lain di sebalik kata-kata Iffat. Nampak gayanya macam bukan binatang je yang serang Iffat di KLIA tu.
"Binatang ke? Atau yang sebenarnya kau pergi kacau awek orang? Iffat oii, agak-agak la. Aku pernah pesan dulu, jangan kacau yang dah berpunya, kalau silap langkah, bengkak badan kau kena belasah dek pakwe orang. Tengok sekarang apa dah jadi? Padan muka kau." Taufiq melabuhkan punggungnya di sofa yang terdapat dalam bilik itu.
"Apa nak jadi dengan kau ni Iffat? Nakal bukan kepalang. Jangan sampai media hebohkan pasal benda ni, kalau tak, jatuh reputasi papa. Silap hari bulan, client papa dari luar negara pun lari tau." Pesan Dato' Adzhar tegas.
"Tak adalah papa. Mama dengan papa tak payah la risau sangat. Taufiq ni pandai-pandai je. Dia tu yang ada problems dengan perempuan kata orang."
"Aku okay je. Hey Iffat, aku gurau je. Tu pun kau nak ambil serius." Taufiq menampar bahu adiknya. Mereka tersenyum bersama.
"Ala babah... Arie tak nak la kerja dengan Uncle Rashid. Babah tau je la anak lelaki dia si Faris tu, gatal nak mampus. Dia suka sangat kacau Arie. Time Arie kat Mesir dulu pun dia selalu sangat hantar e-mel pada Arie. Rimas Arie dibuatnya. Please babah, Arie tak nak kerja kat situ." Arifa menolak cadangan babahnya yang ingin dia bekerja dengan Tan Sri Rashid, sepupu babahnya.
Menyampah dia dengan anak lelaki tunggal keluarga itu. Tidak habis-habis mengajaknya kahwin. Meluat Arifa dengan tingkah Faris. Kalau sesekali bertemu pun dia sudah meluat tak terkata, inikan pula ingin bekerja di tempat bapa lelaki itu, tiap-tiap hari jumpa la jawabnya. Aduh, hal ini tidak akan terjadi!
"Yelah, babah tak paksa Arie pun. Suka hati Arie la." Balas Encik Farid. Mukanya selamba sahaja. Baginya, dia tidak mahu memaksa Arifa kecuali pada waktu-waktu yang sepatutnya.
Puan Faridah muncul dari dapur dengan sedulang air teh. Tidak lama kemudian, Puan Khalidah, satu-satunya adik Farid, menyusul dengan sepinggan pisang goreng yang masih panas.
"Cakap pasal kahwin, bila kamu nak berumah tangga, Arie oii? Kamu dah besar panjang, cantik pulak tu, takkan tak ada mana-mana laki yang sangkut?" Sampuk Mak cik Khalidah dalam nada mengusik.
"Apa yang tak adanya Lida, kelmarin masa buka luggage dia, bertimbum surat cinta dalam tu." Cerita Puan Faridah. Mereka semua sudah senyum-senyum kambing dengan khabaran Puan Faridah sebentar tadi.
"Apanya ummi ni? Mana ada, la. Lagipun Arie muda lagi la. Benda lain lebih penting untuk difikirkan. Betul tak babah?" Arifa mengangkat keningnya sambil memandang Encik Farid yang berada di sebelah Puan Faridah.
"No comment. Actually Arie, 3 bulan lepas Tan Sri Malek ada berkunjung ke rumah kita. Dia kawan lama babah. Dia ada terlihat gambar kamu yang tergantung kat dinding tu, berkenan pulak dia nak jadikan kamu menantu. Kalau ikutkan hati babah, memang babah nak setuju. Tapi masalahnya, babah ingatkan kamu dah ada orang lain kat Mesir sana tu. Itu sebab babah reject. Kalau babah tahu kamu single lagi, babah terima je Tan Sri Malek tu jadi besan babah." Sangkaan Arifa meleset sama sekali apabila babahnya menuturkan sedemikian.
"Alaa.. Arie muda lagi. Tak nak kahwin muda sangat. Babah, ummi dengan Mak cik Lida ni sama je. Tak habis-habis cakap pasal kahwin." Ngomel Arifa manja.
"Assalamualaikum." Suara seorang lelaki di perkarangan rumah mematikan perbualan mereka. Arifa, Puan Faridah dan Puan Khalidah bergerak ke bilik untuk mengenakan tudung di kepala sementara Encik Farid pula ke luar rumah untuk menyambut tetamu yang hadir.
"Apa tujuan encik berdua datang ke sini? Mencari siapa?" Tanya Encik Farid kepada dua orang tetamunya. Dua orang lelaki berpakaian segak lengkap berkot dan kaca mata hitam dihadapannya dijemput masuk ke ruang tamu.
Puan Faridah datang dari arah dapur dengan membawa sedulang air di tangannya. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah Puan Khalidah untuk menyertai perbualan bersama tetamunya.
"Sebenarnya, encik..."
"Farid" Sambut Encik Farid, memperkenal diri.
"Oh ya Encik Farid. Sebenarnya kami datang ke rumah ni mencari seorang gadis bernama Nur Arifa Safiyyah. Rasanya kami tak salah rumah, kan? Alamat rumah ni bos kami yang bagi." Kata salah seorang daripada lelaki itu.
"Ya, ini memang rumah Arifa. Sekejap, ya. Saya panggilkan anak saya." Encik Farid mengatur langkah menuju ke bilik Arifa. Tidak sampai seminit kemudian, dia kembali ke ruang tamu dengan disusuli oleh Arifa di belakangnya.
"Ya encik. Saya Nur Arifa Safiyyah. Ada apa hal encik berdua nak jumpa saya?" Soal Arifa.
"Sebenarnya kami disuruh oleh bos kami untuk menjemput cik Arifa ke rumah agam milik ahli korporat terkenal, Dato' Adzhar Khairuddin." Kata lelaki yang seorang lagi.
"Pelik, saya rasa saya tak ada urusan dengan dato' tu. Kenapa saya dijemput datang ke rumahnya pula? Tak apalah kalau macam tu, saya tak payah pergi sajalah." Putus Arifa. Tutur katanya sangat sopan. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya yang mungil
"Tapi cik Arifa, ini atas urusan yang sangat penting. Mahu ke tak mahu ke, cik mesti ikut kami pergi. Macam inilah, kalau cik tak percayakan kami, cik boleh bawa ahli keluarga cik sekali."
"Babah rasa macam percayakan diorang ni. Tapi, babah tak lari juga daripada rasa ragu.Apa kata Arie ikut je. Phone kita semua kan ada GPS, kalau diorang ada niat jahat pada kita, senang polis nak detect diorang." Cadangan Farid disetujui oleh Arifa. Tidak lama kemudian Arifa mengangguk, bersetuju untuk mengikuti lelaki tu ditemani ahli keluarganya.
Penat Dato' Adzhar memikirkan tetamu wajib yang akan menghadiri majlis pembacaan wasiat bapanya.
Siapa dia? Anak ayah yang lain ke? Setahu aku, aku je lah anak tunggal ayah. Entah-entah ayah ada anak dengan isteri lain dia, tak? Tapi tak mungkin. Fikir Dato' Adzhar.
Sementara menunggu 'tetamu terhormat' untuk majis pembacaan wasiat datuknya, Iffat berbalas mesej dengan Aslah.
Kau per cite kat US 2?
Cam besa je. Kau kat Msia okay ke?
Okey je.
Kau tau x, Shery pns gile kau blk Msia x gitau dye. Maria plax bru je mninggl bunuh diri.
Apsal dgn Maria 2? Ya ALAH... ape sbb dye bunuh diri?
Sbbnya Sally serang dye kat hostel. Sally mngaku kau 2 bf dye. Dye warning Maria spya x kacau ko lg. Maria frust la. dye kan gilo mampus mnat kau. Dye bunuh diri cuz x dpt trima knyataan yg Sally ngan kau couple.
Smpai cam 2 skali ke?bpeluh aq dgr news ni
bpeluh cuz bangge ke tkjut byk sgt admire?
2 skali, kot. haha
Ye la kau 2.
Eh Aslah, aq rse tetamu 2 da dtg la. I think i should make a move now. See u next month kat ouse kau nnti. blk Msia nnti ati2, yerk. Bye, salam.
"Okay, memandangkan semuanya dah ada, baik kita mulakan sekarang." Kata Encik Hussien, peguam Dato' Sri Azmarul, bapa kepada Dato' Adzhar. Harta Dato' Sri Azmarul dibahagikan seperti yang telah diwasiatkan.
"Pelik, mana harta untuk bahagian Iffat?" Tanya Dato' Adzhar kebingungan. Anaknya dipaksa menghadiri majlis itu, namun sedikit harta pun tidak dia dapat.
"Soalan yang bagus, Dato' Adzhar. In fact, he will get 50% more than those mentioned. " Kata-kata Encik Hussien membuatkan Iffat tersenyum senang. Wajahnya mulai menampakkan riak ceria. Mulai hari ini dia akan menjadi orang kaya. Ini yang best ni. Desis hatinya.
"Except on condition ...."
Muka Iffat bertukar keruh sedikit mendengar syarat yang akan dikemukakan oleh Encik Hussien.
"that he must marry Nur Arifa Safiyyah Mohd Farid."
What?!! Kenapa mesti aku? Apa kena-mengena aku dengan keluarga dia? Rungut hati Arifa tidak puas hati.
"Hei, suka hati je suruh aku kahwin dengan orang yang entah siapa-siapa tu. Mana boleh macam ni!" Iffat memprotes syarat yang dikemukakan oleh arwah datuknya.
Eh, rasa macam pernah dengar suara tu. Ish... kenapalah dia duduk depan sangat? Mana nak nampak muka dia. Arifa bagaikan dapat menangkap tuan empunya suara , lelaki yang sedang berdiri di bahagian hadapan bilik itu.
"Kenapa mesti anak saya?" Puan Faridah bangun. Memang dia tidak mengerti, mengapa anaknya harus menjadi bahan percaturan keluarga ini.
"Good question, puan. Silakan duduk. Sebenarnya anak puan pernah menolong arwah semasa hayatnya. Arifa, ingat tak peristiwa kaki awak dikelar oleh peragut tiga tahun lalu?"
Arifa hanya mengangguk, membenarkan pertanyaan Encik Hussein.
"Awak telah menolong seorang tua sehingga peristiwa tersebut meragut cita-cita awak untuk menjadi seorang atlet, kan?"
Arifa tergamam dengan pernyataan Encik Hussein yang sangat tepat itu.
"Arifa, awak tak perlu bimbang, awak juga dapat ganjaran kalau setuju mengahwini Iffat. Macam mana dengan tawarasan sebagai B.O.D syarikat IZ Holdings? Eloklah tu, sebab Iffat akan jadi CEO syarikat itu. Amacam?" Encik Hussien memandang Arifa. Keningnya diangkat sebelah.
"Saya bukan mata duitan! Saya tak akan jual badan saya demi jawatan B.O.D tu." Pendirian Arifa cukup jelas. Dia tidak rela maruahnya diperkotak-katikkan demi jawatan besar itu.
"Saya rasa keputusan ini boleh encik,..." Dato' Adzhar mengarahkan ibu jarinyan tepat ke arah Encik Farid.
"Farid." Sambung Farid, langsung memperkenal dirinya.
"Encik Farid pun tak salah untuk membuat keputusan. Cik Arifa masih lagi di bawah tanggungan Encik Farid, kan?" Tambah Dato' Adzhar. Dato' Adzhar sudah berkenan menjadikan Arifa sebagai menantu.
Walaupun gadis itu berkeras tidak mahu dikahwinkan dengan Iffat, namun dia bersikap sedemikian kerana mempertahankan maruahnya. Sebentar tadi pun Datin Sarah menunjukkan tanda bersetuju untuk mengambil Arifa sebagai menantu pertama mereka. Baginya, Iffat perlu dimatangkan dengan sikap Arifa yang amat mementingkan maruah itu. Dia pasti Iffat akan terdidik dengan sikap itu apabila berkahwin dengan Arifa kelak walaupun kelihatannya Arifa lebih muda daripada Iffat.
"Abang, Lida rasa okey juga Arie tu kahwin dengan anak keluarga kaya ni. Lagi pun, sekarang ni susah nak dapat kerja." Puan Khalidah sedikit berbisik kepada abangnya.
"Saya setuju, bang. Abang ingat tak mimpi kita beberapa hari sebelum Arie balik Malaysia? Kita berdua mimpi benda yang sama, kan? Sekarang mimpi tu dah direalitikan oleh ALLAH. Abang tak rasa ke itu macam satu petanda? Keluarga ini pun nampak macam baik-baik je. Saya yakin, Arie akan terima jugak nanti dengan cadangan kita." Puan Faridah pun tidak ketinggalan untuk menyumbang sokongan kepada cadangan untuk mengahwinkan puteri tunggalnya.
"Saya harap encik Farid bersetuju. Plus, ini kan wasiat, kalau tak dilaksanakan, tak tenang arwah ayah mertua saya di kubur tu." Pujuk Datin Sarah.
"Babah buat semua ni bukan untuk kepentingan babah, tapi untuk kepentingan Arie jugak suatu hari nanti." Bisik Farid di telinga anak satu-satunya anak dara yang dia punya.
"Saya setuju." Farid menyatakan dengan wajah yang tiada langsung tersirat perasaanya kala ini.
"Babah! Apa babah buat ni?" Terkejut Arifa dengan keputusan yang dibuat oleh bapanya. Terkedu
tidak terkata.
"Tunjuk sikit perempuan yang aku kena kahwin untuk dapatkan harta arwah atuk. Mana dia?" Iffat berpaling ke arah belakang untuk melihat bakal isterinya.
"What??!!!" Arifa dan Iffat terjerit serentak. Mengapa mereka harus bertemu lagi? Panas hati keduanya apabila mengenangkan peristiwa beberapa hari lepas di KLIA.
"Kenapa kau..." Sekali lagi mereka berkata serentak. Jari telunjuk ditundung ke arah satu sama lain. Semua yang berada di bilik itu terpinga-pinga. Adakah Iffat dan Arifa pernah berkenalan sebelum ini? Mereka juga buntu.
"Arifa kenal dia, ke?" Puan Faridah menyentuh lembut bahu anak perempuannya.
"Tak! Arie langsung tak kenal dia. Encik Hussein, kalau awak letak syarat saya berkahwin dengan orang lain, saya boleh terima lagi. Tapi kalau dengan lelaki ni, just forget it. Sampai bila-bila pun saya tak nak kahwin dengan dia." Tegas Arifa. Matanya langsung tidak memandang Iffat. Buat apa? sakit hati saja.
"Kau ingat aku kebulur sangat ke nak kahwin dengan kau? Tolonglah faham! Jangan perasan aku tergila-gilakan kau Arifa Safiyyah. Kau ingat kau bagus sangat la tu?" Balas Iffat. Botol mineral kosong ditangannya dicampak ke arah Arifa.
"Awak ni kenapa? " Amarah Arifa memuncak apabila Iffat membalingkan botol kosong ke arahnya. Tetapi nada suaranya masih lagi terkawal.
Taufiq yang dari tadi asyik diam mendengar perbalahan adiknya terkejut. Tidak pernah Iffat membenci perempuan sehingga tahap ini. Perempuan cantik pulak tu. Iffat, kalau aku tak ada Marissa, dah lama aku minta ganti tempat kau, kahwin dengan awek cun ni. Desis hati Taufiq.
"Iffat, behave youself.! Tak payahlah sampai nak baling-baling botol pada perempuan. Kamu memang nak kena ajar betul la. Encik Hussein, saya bersetuju bagi pihak Iffat. Tak kira apa pun, the marriage must be conducted immediately. Full stop!" Datin Sarah sudah tidak menghiraukan perubahan pada wajah Iffat. Iffat ni bukan boleh selalu bagi muka.
"Tapi datin,.." Arifa ingin mencelah.
"No, honey. Nanti kita bincang balik lepas Arifa kahwin dengan Iffat , ya. Auntie pasti, ini memang cadangan yang tepat." Senyuman manis dihadiahkan kepada bakal menantunya.
Cemburu Iffat melihat layanan baik mamanya kepada perempuan yang telah menjatuhkan maruah kelakiannya di tempat awam.
Okey, nak sangat aku kahwin dengan perempuan ni, ya. Nanti la, kau tengok balasan aku lepas kahwin nanti. Siap kau perempuan. Tanggunglah perbuatan kau hari tu. Monolog Iffat sendiri.
"Kalau semua dah setuju, selesailah urusan ini. Tapi dalam wasiat Dato' Sri Azmarul, arwah nak mereka berdua kahwin dua minggu daripada hari pembacaan wasiat ini dijalankan." Sambung encik Hussein lagi.
Semua orang terkejut dengan berita itu. Lemah Arifa mendengar kata-kata encik Hussein. Kalau diikutkan, dia telah rebah ke bumi, memandangkan dia berada di tempat orang, dia harus menggagahkan dirinya.