Yang Cantik Itu Gadis, Yang Manis Itu Mukminah Solehah

BAB 8

 Seminggu telah berlalu. Arifa telah memegang gelaran sebagai isteri Iffat dengan sangat sabar sepanjang seminggu. Di hadapan mertuanya, dia dilayan baik oleh Iffat. Nampak macam loving couple.Tapi bila di belakang, dingin mulai menyapa hubungan mereka.Tetapi Arifa masih kuat. Kuat melayan kerenah suaminya agar tidak mengundang kemurkaan Ilahi. Dia tidak mahu didakwa sebagai isteri yang nusyuz di akhirat kelak.
  "Mengelamun! Lepas mandi, aku nak tengok baju kerja aku dah siap iron kat atas katil ni." Iffat mengejutkan Arifa yang sedang hanyut dengan dunianya sendiri sambil memandang ke arah luar rumah agam mewah mertuanya.
  Arifa mengangguk, faham perintah Iffat. "Awak nak saya start kerja hari ni jugak ke?"
  "Buat apa kau tanya aku?"
  "Awak kan bos." Jawab Arifa mudah.
  "Suka hati kau la. Tapi better kau duduk rumah lagi seminggu. Temankan mama kat rumah." Iffat melangkahkan kakinya ke bilik air dan meninggalkan Arifa di situ.

  "Arie, Iffat dah bangun ke belum? Lambat dia turun breakfast hari ni." Datin Sarah mencapai jem blueberry lalu disapukan ke atas roti bakar di tangannya.
  "Dah, mama. Dia mandi tadi. Sekejap lagi turun la dia tu." Arifa mencedokkan mee goreng ke dalam pinggan bapa mertuanya.
  "Dah dapat bini ni, cepat sikit dia bangun. Kalau tak, dari lepas subuh sampai pukul 3 petang nanti baru bangun tidur balik. Ringan sikit kerja mama kamu lepas ni. Tak adalah nak merembat Iffat guna penyapu lidi je kerjanya." Seloroh Dato' Adzhar. Datin Sarah tergelak mendengar kata-kata suaminya sementara Arifa pula hanya menguntum senyuman.
  "Haah... betul tu. Biar Taufiq tambah, lepas ni tak ada la dia nak melayan kawan perempuan je. Kalau berani, hmm memang Taufiq tabik la pada Iffat. Memang tak takut kena halau dek bini tidur kat luar la dia tu." Taufiq galak mengutuk adiknya.
   Dato' Adzhar dan Datin Sarah tidak kering gusi mendengar perlian Taufiq untuk Iffat. Arifa bagai tiada perasaan mendengar kata-kata Taufiq. Lantak kau la Mr.Mafia oii. Sikit pun aku tak jealous. Arifa bermonolog.
  "Aii.. Kutuk aku pulak kau, ya Taufiq." Iffat muncul dari arah tangga atas. Mukanya terpamer wajah ceria pada pagi itu.
  "Mana ada aku kutuk kau. Main-main je. Smart kau hari ni. Dah ready nampak, jadi bos baru kat IZ Holdings." Taufiq mengalihkan topik perbualan mereka.
  "Of course! Tak sabar aku nak duduk mengarahkan orang. Duduk kat bilik CEO yang best tu... Pergh. Kau tu, bila nak pindah Melaka? Tak kan hari-hari nak berulang dari sini ke Melaka?"
  "Aku cadang dalam dua tiga minggu lagi aku nak pindah. Aku plan nak duduk kat rumah papa kat sana. Kalau tak silap Taufiq, papa memang ada rumah kat Melaka, kan?" Taufiq memandang Dato' Adzhar, meminta kepastian.
  "Haah.. Rumah tu dekat sangat dengan TH Holdings. Elok sangat la kiranya kalau Taufiq pindah situ. Perabot pun semua okey je." Dato' Adzhar sempat memandang anak lelaki sulungnya itu sebelum menyuapkan sesudu mee goreng ke dalam mulutnya.
  "Iffat, kenapa cepat sangat nak balik bekerja? Tak rancang pergi honeymoon ke?" Soalan Datin Sarah menyetak Iffat dan Arifa. Honeymoon? Tak mungkin! Tegas mereka.
  "Iffat sebuk la kat office, mama. Nanti kalau ada masa, Iffat bawa Arifa honeymoon. Plus, kitorang kan baru je balik dari overseas, so, nak relax sekejap." Iffat mencari alasan.
  "Hish... alasan tak relevan langsung. Kesian menantu mama."
  "Amboi mama, beralih kasih nampak. Sekarang ni mama macam lebih sayang Arie berbanding Iffat."
 "Mestilah sayang. Dia kan satu-satunya menantu mama setakat ni. Kalau nak tunggu Taufiq kahwin, tahun depan pun entah ada perubahan entah tidak." Perlian datin Sarah disambut dengan ketawa besar oleh Datuk Adzhar.  Iffat dan Arifa hanya tersenyum mendengar abang mereka terkena dengan mama.
  "Apa senyum-senyum? Eleh Iffat, kau tahu tak kenapa aku tak kahwin lagi sekarang? Sebenarnya Allah nak bagi aku bonus. Tengok kau, boleh kau foya-foya lagi sekarang? Haha.. Jangan jealous dengan aku, ye Iffat." Taufiq mengangkat kening memandang ke arah Iffat.
  "Eleh, menyampah aku. Aku tak payah berfoya-foya lagi. Bini kat rumah ada, lebih bagus." Celah Iffat.
  "Mama, kalau mama sayang Arie sebab dia satu-satunya menantu mama, apa kata kalau Iffat penuhkan lagi tiga kouta yang ada pada Iffat? Amacam?"
  "Jangan nak mengada-ngada, Iffat Zaquan. Hish korang ni... Cepat makan. Kalau sembang je, alamatnya tak pergi kerja la nanti." Datin Sarah menggelengkan kepalanya.


    “Hoi, ambilkan briefcase aku  dalam bilik, atas meja kerja aku.” Iffat yang baru teringat akan briefcasenya meminta Arifa untuk mengambilkannya. Arifa hanya mengangguk tanpa sepatah kata. Dia kemudiannya menuju ke bilik untuk mengambil briefcase yang diminta oleh Iffat.
   “Iffat... Iffat... Baru aku tahu kenyataannya.” Taufiq tiba-tiba muncul dari arah ruang tamu menghampiri  Iffat.
   Iffat terpinga-pinga memikirkan ayat Taufiq. Adakah rahsia tentang hubungannya dengan Arifa telah diketahui oleh Taufiq? Kalau Taufiq tahu, alamatnya ke kuburlah dia kalau Taufiq mengadukan hal ini kepada mama dan papa.
  “Tahu apanya?” Iffat pura-pura tidak mengerti. Keningnya dikerut dan matanya memandang wajah
Taufiq meminta Taufiq memberikan penjelasan.

    “Berlakon kau, ya? Telinga aku dengar la cara kau suruh Arifa tadi. Mata aku pun nampak kemesraaan korang tak macam couple lain. Kau masih tak dapat terima dia lagi, kan?” Serkap
jarang yang dibuat oleh Taufiq memang mengena. Iffat hanya tersenyum hambar. Matanya masih lagi memandang Taufiq

   “Nanti aku cerita. Kau senyap-senyap  je la. Jangan bagi tahu mama dengan papa lagi.” Pinta Iffat.  
  “Iffat Zaquan.... Ni mesti kes ada perempuan lain, ni... Bila la kau nak insaf, Iffat? Haihh... Okey, aku tunggu kau cerita malam nanti. Aku pergi kerja dulu. Assalamualaikum. Kirim salam sekali pada bini kau tu.” Taufiq meminta diri. Sempat dihadiahkan kenyitan penuh makna kepada adik lelakinya.              
   Iffat lega. Taufiq tidak memarahi tindakannya melayan Arifa sedemikian rupa. Lepas ni habislah Arifa kerana Taufiq telah menjadi gengnya untuk menghancurkan hidup perempuan itu.


  Lagu Ae Sang mengejutkan Arifa dari lamunannya. Nombor Sofira tertera di skrin telefon bimbitnya. Bibir Arifa mengukir senyuman. Punat hijau di skin telefon bimbitnya ditekan.
  "Assalamualaikum. Boleh saya bantu awak?"
  "Waalaikumussalam. Hei Arie, jangan nak berbahasa-basi dengan aku. Aku kenal suara kau. Main-main pulak."
  Meletus tawa Arifa mendengar tekaan Sofira. "Ya, Fira. Kenapa kau call aku? Urgent case ke?" Arifa melabuhkan punggungnya ke atas katil miliknya yang 'dihadiahkan' oleh Iffat untuknya sempena hari perkahwinan mereka.
  "Tak la urgent mana... Saja nak tahu khabar pengantin lama... hehe.. Kau macam mana sekarang dengan Mr. Mafia tu? Eceh, lepas kahwin, kau jarang calling aku. Best la... jadi macam menantu raja kat rumah besar tu."
  "Menantu raja apa bendanya? Lantak la diorang hidup macam raja sekali pun, aku tetap aku. Eh, Rina mana?"
  "Ohh.. Rina ada dalam bilik dia. Demam dia tu. Mana taknya, kawan dia kahwin dengan anak raja... Shock tak habis-habis lagi." Usik Sofira. Memang Sofrina demam pun. Tapi bukan itu alasannya.
  "Weh, apa anak-anak raja pulak ni? Ni apa yang ungkit-ungkit pasal kahwin ni?" Arifa mencebik bibir. Terasa seperti rakannya mulai meminggirkan dirinya setalah sah bergelar isteri Iffat.
  " Perasan. Mana ada aku ungkit pasal kau. Aku tak habis cakap lagi. Rina demam sebab terkejut Anahithia kahwin dengan anak Rajagopal tu, Rajj. Diorang kan musuh ketat gila. Tup.. tup dapat cerita diorang kahwin. Atas dasar suka sama suka pulak tu. Mana tak sakit jantung kawan tu dengar berita ni." Sofira menyambung ceritanya. Terimbau kenangan semasa di sekolah menengah dulu. Lucu.
  "Apa?!! Anahithia kahwin dengan Rajj? Wow... dahsyat! Aku ingat lagi, Anahithia tu pernah ambil kaca pecah dan lepas tu lempar pada Rajj. Rajj pulak bengang sampai baling kerusi pada Anahithia. Gila la time tu. Aku cabut dulu, takut tengok diorang gaduh." Arifa turut sama terkejut mendengar berita itu. Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya ke atas tilam empuk itu.
  "Aku pun tak percaya bila pertama kali dengar cerita ni. Arie, amacam kalau kita jumpa kat Mid Valley esok? Aku dah lama tak borak dengan kau la. Rindu." Sofira mengadu manja.
  Arifa ketawa dengan perangai Sofira. " Okey... Esok kita jumpa. Kalau demam Rina dah kebah, bawa la dia join kita sekali."
  "Hmm... Okey la Arie. Tu je yang aku nak cakap. Kirimkan salam aku pada laki kau tu. Assalamualaikum."
  "Walaikumussalam."


  " Nak cakap dengan Arifa kejap, boleh?" Satu suara menyapanya dari arah pintu.
  Alamak... yang aku tak tutup pintu tadi kenapa? Segan pulak aku pada abang Iffat. Aduh....
  "Ya, boleh. Abang Taufiq tunggu kat buaian dulu, nanti saya datang." Arifa membalas. Taufiq berlalu ke buayan di taman.
  "Aduh... Apa hal pulak ni? Aku ada buat silap pada Iffat ke atau dia dah nampak semuanya sendiri? Haih... Matilah aku." Ngomel Arifa sendirian sambil melangkah ke buaian di taman rumah agam mewah itu.
  "Aku dah tahu semuanya. Iffat dah bagi tahu aku cerita yang sebenar. Relax, jangan risau sangat. Aku tak akan bagi tahu mama dengan papa." Taufiq memulakan cerita. Wajah  Arifa dipandang. Comel. Detik hatinya.
  Alahai, itu sahaja ke yang dia nak cakap? Beria la nak jumpa macam nak ugut aku pulak. Arifa mengutuk Taufiq. Huh, lega. Dia fikir akan di'sound' oleh Taufiq, tapi rupanya tidak.
  "Except in one condition." Tambah Taufiq. Senyuman nakal menampakkan kedua-dua lesung pipitnya. Macam Iffat. Arifa berpendapat.
  "Apa dia? Itu pun kalau saya mampu. Saya pun tak larat nak berlakon depan mama dan papa."
  "Ajar aku buat cup cake Sabtu ni. Sabtu ni birthday Nia, bff aku. Amacam, senang? Mampu?" Taufiq mengakat keningnya. Menyampah Arifa melihatnya.
  Apa angkat-angkat kening ni? Perli aku la tu. Kurang asam. Ingatkan apalah sangat. Haih.... pelik aku, orang gaji melambak kat rumah ni tak kan la sorang pun tak boleh tolong ajarkan dia buat cup cake? Mengada-ngada. Arifa geram dengan Taufiq. Kalau boleh, nak je dia pijak kaki abang iparnya sekuat hati.
  "Tak sudi, ke? Okey la macam tu, aku on je nak bukak rahsia kamu berdua pada mama dengan papa." Sekali lagi senyuman Taufiq merobek-robek hati Arifa. Gigi tarinya yang berlapis jelas kelihatan. Tampan juga Taufiq ni, tapi perangai tak ubah secibik macam Iffat.
  Arifa terpaksa mengangguk senyuman diberikan kepada Taufiq. Sengaja disembunyikan perasan ketidaksudiannya.
  "Okey, bagus." Taufiq mulai mengatur langkah meninggalkan kawasan taman itu dengan hati berbunga. Dia bukannya apa, sengaja mahu mendekati Arifa tapi tak tahu cara yang sesuai. Dia bukannya Iffat, lelaki kasanova terkenal di mata dunia tu. Fuh, jauh sekali.
  "Okey, bagus. Bagus sangat la tu. Haihhh, ikutkan hati, nak je aku siat-siat bibir dia." Ujar Arifa, geram. Matanya masih lagi memandang Taufiq yang membelakanginya.
  "Ha, lagi satu. Aku sebenarnya tak la tahu sangat pasal korang. Tahu yang basic-basic je pasal hubungan korang. Iffat yang bagi tahu. So, jangan la takut sangat kalau aku nak ugut kau lepas ni." Taufiq berpaling. Senyumannya masih terlukis di bibirnya.
  Kurang asam gelugur buat laksa!!! Tipu orang nombor satu. Bengangnya. Ummi, Arie dah tak tahan dengan diorang. Babah, nak balik.....

 
 "Cik Cumit mati? Rina.... kenapa?" Arifa terkejut. Hamster yang dibela bersama-sama Sofira dan Sofrina telah mati siang tadi.
  "Haah... Sorry la Arie. Mana aku tahu dia nak mati. Tadi, lepas habis kelas, aku balik rumah. Sampai kat depan rumah, ibu aku cakap Cik Cumit dah tenat. Aku pun bawak la dia pergi veterinar. Doktor tu cakap dia sakit. Tak lama lepas tu, dia mati kat tapak tangan doktor tu. Sorry, Arie. Jangan sedih sangat. Nanti aku belikan yang baru." Sofrina cuba memujuk . Cuak juga dia kalau Arifa meraung tak henti-henti meratapi kematian Cik Cumit.
  "Tak apa la, Rina. Rina, cakap kat Fira yang esok aku free. Ajak la dia keluar. Semalam tak best la. Sekejap sangat. Mafia tu punya pasal la. Suruh aku balik tiba-tiba sebab nak ajak aku pergi jamuan syarikat dia. Geram aku!"
  "Yela... Esok kat tempat selalu. Nanti aku bagi tahu Fira. Kau best la, Arie. Ada laki, boleh dia protect kau. Ada tempat kau mengadu. Hmmm, tercapai jugak impian kau nak kahwin denagn laki hensem, baik dan memahami macam dia, kan. Okey la Arie. Aku nak solat Isya' ni." Sofrina memuji Iffat. Hakikatnya dia tidak mengetahui kesengsaraan yang ditanggung mutlak oleh Arifa.
  "Yela. Jumpa kau esok. Kirim salam pada ibu kau dengan Fira sekali, tau. Assalamualaikum." Talian diputuskan.
  "Kau tak tahu betapa sakitnya aku kat sini, Rina. Kau tak rasa. Kau tak tahu dia macam mana." Arifa memejamkan matanya. Badannya masih lagi bersandar di tiang jati di rumah agam mewah itu. Matanya mengalirkan air matanya yang bertakung sejak mendengar bait-bait ungkapan Sofrina sebentar tadi.
  "Cewah, ada pulak yang berjiwang sorang-sorang kat sini. Apsal ni sayang? Hanif tinggalkan awak ke? Alahai siannya dia...." Iffat  tiba-tiba muncul dari balik tiang tersebut. Wajahnya menunjukkan rasa simpati. Tak ikhlas.
  "Tu la, aku dah teka dah. Hanif tu memang spesis yang tak boleh harap jugak. Tak boleh dipercayai. Aku ni, dah cukup masak la dengan ayat-ayat cinta lelaki macam dia untuk tackle perempuan time message dengan dia guna phone kau hari tu. Yang kau pun satu, cepat sangat cair pada anak tan sri tu kenapa? Sekarang ni mula la nak menangis sedut-sedut hingus sebab break dengan dia. Tapi, aku kisah apa? Lagi seronok pun tengok kau menangis. Rasa macam rahmat turun dari langit." Setiap butir kata-kata Iffat seperti menghiris hatinya. 
  "Semua ni kau punya pasal. Disebabkan kau, aku dipaksa oleh ummi dan babah untuk kahwin awal. Disebabkan kau, aku terpaksa ubah cara hidup aku. Disebabkan kau jugaklah, kawan-kawan aku mulai renggang dengan aku. Aku benci kau. Benci. Iffat Zaquan, aku benci kau!!!" Arifa menjerit sekuat hati. Air matanya kini lebih pantas turun. Cepat-cepat  Arifa berpaling, tidak mahu melihat wajah Iffat. Geram. Sakit hati.
  Iffat serba-salah. Alamak, aku buat dia ke? Hatinya tertanya-tanya. "Ye la, aku sorry. Minta maaf, nak gurau-gurau pun tak boleh. Tak payah la terasa dengan apa yang aku cakap kat kau selama ni. Kadang-kadang aku melalut je." Pujukan Iffat tidak memberi apa-apa makna pada Arifa. Bertambah menyampah ada la.
  Iffat mengangkat wajah Arifa memandang wajahnya. Mata mereka bertautan.
  Adoiyai... Comel! Cantik! Cun! Muka dia jadi pink bila nangis. Alamak.... hai hati, jangan cakap kau dah mula cair dengan dia. Detik hati Iffat. Naluri kelakiannya terusik.
  Dengan lembut, ibu jarinya mengelap air mata yang bersisa di pipi putih kemerah-merahan itu. Senyuman dihadiahkan kepada Arifa yang bermuka blur. Jantungnya berlari laju.
  Tap!!! Arifa bertindak pantas. Kaki Iffat dipijak kuat. Iffat mengerang kesakitan.
  "Hoi, apsal pulak ni?" Terlompat-lompat Iffat akibat pijakan 1001 rasa itu.
  "Balasan untuk perbuatan awak pada saya selama ni. Dan ini...." Satu tumbukan pula hinggap ke perut Iffat. Terjerit Iffat dibuatnya.
  "Balasan sebab curi first kiss saya hari tu." Entah dari mana Arifa mendapat kekuatan untuk melawan Iffat, dia sendiri tidak tahu. Arifa terus beredar meninggalkan Iffat seorang diri di anjung rumah itu.
   "Hah! Macam mana la aku boleh tertunduk pada dia tadi? Aku tak akan jatuh sayang kat kau, perempuan perasan terhormat. Never! Siap kau nanti." Sebelah tangannya memegang perut. Senak. Anak matanya memandang Arifa yang menuju ke dalam rumah.