Iffat menghempaskan sebuah fail hitam ke atas mejanya. Keegoannya tercabar apabila melihat Arifa dan Luqman Zarith asyik bersembang di ruang kerja milik wanita itu. Menggelegak darahnya apabila melihat Luqman Zarith ketawa sambil memandang Arifa dengan pandangan yang sangat menggoda.
"Apa sebenarnya yang kau nak, perempuan perasan terhormat?!! Kenapa gatal sangat melayan Luqman tu? Kau tak nampak ke cara Luqman tu pandang kau? Jelas-jelas dia tunjuk dia suka kau! Haih... tak guna punya perempuan! Luqman pun satu, perempuan tu dah kahwin, yang kau gatal mengurat tu buat apa? Damn you, Luqman!" Iffat menendang kerusinya, jatuh bergolek ke lantai.
"Suria, suruh Arifa masuk pejabat saya sekarang jugak. Lebih dua minit daripada sekarang dia tak terpacak depan mata saya, awak kena sakali!" Talian diputuskan. Tegas dan lancar Iffat menuturkan arahannya. Bara kemarahannya tadi semakin surut.
"Ya, ada apa nak jumpa saya?" Arifa sedaya-upaya menyorokkan rasa cuaknya. Mana tidak cuak, Suria kata Iffat sedang merampus marah sekarang.
"Hoii, tak ada cara terhormat lagi ke? Masuk bilik aku, ketuk la pintu dulu. Itu pun nak kena ajar ke? Belajar sampai ke overseas, takkan benda remeh-temeh pun nak kena bagi tahu?" Suara Iffat sudah mulai mengendur. Tetapi masih lagi menggerunkan hati Arifa. Arifa hanya tertunduk, tiada keberanian untuk menatap wajah suaminya.
Kemarahan Iffat mulai surut apabila melihat muka Arifa yang sudah merah apabila ditegur kasar sedemikian.
"Comel." Perkataan itu terpacul dari bibir Iffat. Iffat tiba-tiba terasa baru terjaga dari tidur. Apa? Comel? Apa yang aku merepek ni? Ishk, memalukan betul la!
Dia cakap apa? Apa yang dia tengok comel tu? Aku? Jauh sekali la! Arifa mulai memikirkan perkataan yang lahir dari bibir Iffat. Matanya merayau di atas meja Iffat, Kot-kot la ternampak benda yang comel kat situ.
"Ehem..." Iffat berdehem sedikit. "Project kat Batu Ferringhi tu macam mana?" Iffat menyambung ayatnya.
"Ohh, Batu Ferringhi... Belum beres lagi. Manager MH221 Holdings yang sama-sama uruskan project ni suruh saya tambah lagi plan dekat Rasa Sayang Resort." Kini perbincangan mereka cuma tertumpu kepada urusan kerja.
"Kenapa lambat sangat? Siapa partner kau dalam project ni?"
"Luqman Zarith. Tadi dia dah bincang dengan saya, katanya pasal plan dekat Rasa Sayang Resort tu biar dia yang handle." Arifa kini lebih berkeyakinan untuk bercakap dengan Iffat.
Ohh, macam tu ke? So, tadi tu diorang bincang pasal project, la? Ishk aku ni... yang aku jealous sangat macam tadi tu apa kes? Bukannya perempuan perasan terhormat ni ada kena-mengena dengan aku pun. Eh, tapi dia isteri aku, memang la ada kena-mengena. Iffat cuma bermonolog dalaman. Wajah Arifa dipandang tanpa lepas walau sesaat.
"Ehemm.." Arifa berdehem kecil. Rimas dipandang begitu oleh Iffat.
Iffat membetulkan duduknya. Kepalanya dipalingkan ke arah lain. Malu menyerbu diri. Arifa tahu bahawa dia sedang merenung wanita itu.
"Kalau dah tak ada apa-apa, saya nak keluar dulu." Arifa sekadar tertunduk. Takut Iffat merenungnya seperti tadi, persis harimau yang nak terkam mangsa.
"Yes, you may leave." Iffat cuma bersahaja. Kini dia menumpukan perhatian kepada skrin laptopnya.
Arifa dihantar keluar dengan pandangan mata sahaja.
"Iffat, kau sibuk ke?" Kini Aslah pula yang muncul di muka pintu. Kakinya mulai mengorak langkah menuju ke meja Iffat.
"Ha, ni lagi satu. Masuk bukannya nak ketuk pintu dulu. Main redah je tahunya," omel Iffat. Matanya memandang Aslah yang cuma tersengih-sengih daripada tadi.
"Sorry, bos. Eh, aku nampak Arifa keluar dari ofis kau, tadi. Apa kes ni? Kenapa muka dia merah semacam? Kau sakitkan hati dia lagi, ke?"
Tiba-tiba tawa Iffat meletus. Aslah hanya memandang gelagat sahabatnya dengan kebingungan. Kena sampuk ke apa budak ni? Desis hati Aslah.
"Kau pun nampak la, muka dia merah?" Kini giliran Iffat pula bertanya.
"Nampak la... Kalau tak, takkan aku tanya kau!" Aslah geram. Dia bertanya Iffat, lelaki itu pula mempersoalkan kembali soalannya.
"Cerita la...." Aslah sudah tidak sabar untuk mendengar cerita Iffat.
"Tadi... aku terpandang dia lama-lama. Lepas tu, dia ternampak pulak apa yang aku buat. Malu la dia, bila nampak aku pandang macam nak terkam dia je." Iffat masih lagi dalm sisa tawanya. Lucu mengenangkan sifat Arifa yang sangat pemalu.
Hehe... petanda baik, ni. Bila si mafia dah mulai sedap nak tenung si perasan terhormat, maknanya... memang ada makna!
"Aha,.. aku dah tahu!" Aslah tiba-tiba bersuara. Iffat yang baru hendak mula menaip di laptopnya segera membatalkan niat tersebut.
"I don't understand your point." Iffat jujur. Sahabatnya dipandang dengan soalan yang menggunung di dalam hati.
"Maksud aku, aku tahu kau dah mulai jatuh cinta pada Arifa!" Aslah berbicara gembira.
"Kenapa bos panggil, tadi? Saya dengar dia tengah mengamuk sakan dalam ofis dia." Wani mendekati Arifa. Arifa yang sedang membetulkan duduknya dipandang oleh Wani.
"Entah la dia tu. Bila aku masuk tadi, tak ada la nampak sangat yang dia tu tengah marah. Dia suruh saya masuk just nak tanya pasal project kat Batu Ferringhi." Arifa sekadar bersahaja. Wani yang masuk ke dalam ofisnya dipandang sekilas.
"Entah-entah bos tu sukakan awak, tak?" Serkap jarang yang dicipta oleh Wani membuatkan Arifa tertawa kecil.
"Pandai-pandai je la awak ni, Wani. Dia tu orang besar. Mana layak dia dengan saya." Arifa menafikan sangkaan Wani itu. Dia juga menyembunyikan tentang perkahwinannya dengan Iffat daripada pengetahuan Wani. Bukan sahaja Wani, malah semua pekerja syarikat IZ Holdings juga tidak mengetahui bahawa dia dan Iffat adalah suami isteri.
"Cik Arifa,apa tak layaknya, cik Arifa cantik dia pula hensem. Kira okey la tu. Sama cantik sama padan. " Wani galak mengusik Arifa. Pipi Arifa sudah mulai blushing, malu.
"Merepek!" Iffat tetap menafikan. Tuduhan Aslah yang mengatakan bahawa dia sudah jatuh sayang pada Arifa ditolak keras-keras.
"Kenapa pulak? Yang tadi tu buktinya, Iffat. Tak payah nak sangkal-sangkal lagi."
"Aku cakap tak, maknanya tak, la... Plus, aku benci perempuan perasan terhormat tu. Benci tahap gaban, Lah." Iffat sedaya upaya menunjukkan bahawa hanya benci dan geram sahaja perasaan yang lahir untuk Arifa daripada lubuk hatinya.
"The proof?" Aslah seolah-olah mencabarnya. Senyuman Aslah amat menyakitkan pada Iffat.
"Kau tak tahu cerita sebenar, Lah. Sebenarnya, aku kenal dia sebelum hari pembacaan wasiat tu lagi." Iffat memulakan cerita.
"Great...," sampuk Aslah.
Iffat membesarkan biji matanya memandang Aslah. Pandangannya tajam sekali. Aslah mengangkat kedua-dua belah tangannya seperti perompak yang menyerah diri kepada polis.
"Kami jumpa di airport, masa hari first aku balik Malaysia. Dia terlanggar aku. Kami bergaduh kecil. Lepas tu, dia nak blah, nak tamatkan pergaduhan kami. Tiba-tiba dia terpijak sunglasses aku. Aku marah dan minta dia melutut kat depan aku. Dia bantah. Pergi macam tu je lepas tendang kaki aku." Cerita Iffat, panjang lebar.
Aslah mengangguk sendirian. Faham sangat mengapa Iffat terlalu bencikan Arifa. Cerita Iffat cukup menggambarkan peribadi lelaki itu.
"Kau sebenarnya tercabar, kan? Ego kau meninggi sebab dia tak nak minta maaf, kan? Kau tak benci. Tapi kau sebenarnya sayang pada dia, Iffat." Aslah berpendapat. Sahabatnya cuba diyakinkan.
Iffat hanya menggeleng. Tidak berdaya untuk melawan kata-kata Aslah lagi.
"Lagi pun, apa yang kurangnya, budak Arifa tu? Serius aku cakap, pada aku sebagai seorang lelaki, memang cair aku tengok dia. Kalau dia bukan isteri kau, aku dah datang masuk meminang." Ujar Aslah, serius.
Dalam diam, Iffat sedikit terkilan dengan pengakuan Aslah. Namun tidak pula dia membidas, takut Aslah salah faham mengatakan dia cemburu.
"Amboi Aslah, tinggi sangat darjat perempuan perasan terhormat tu pada kau. Interesting?" Iffat mengangkat keningnya. Riak nakal terlukis di wajah tampannya.
"Tak la interesting sampai tahap love. Just admire." Senyuman menghiasi wajah Aslah.
Dalam diam, Iffat berasa tidak puas hati. Tetapi dia juga tidak dapat mentafsirkan rasa itu.
"Aslah, kau tak pergi ofis ke, hari ni? Aku tengok kau pakai T-shirt je. Apa kes ni? Takkan baru masuk kerja dah kena pecat, kot?"
"Aku bukannya apa, aku boring la kat syarikat tu. Gaji sebulan RM 10K je. Mana boleh... Aku arkitek keluaran Harvard. Takkan sikit sangat income aku." Rungut Aslah.
Ya, Aslah telah meletak jawatan daripada sebuah syarikat perniagaan besar. Baginya, gaji yang diperolehi tidak setaraf dengan kepakaran yang dimiliki bagi disumbangkan kepada syarikat berkenaan.
"Materialistik! Okey, aku nak offer kau jadi arkitek kat IZ Holdings, nak tak? Aku bagi RM 25K sebulan, amacam?" Tawaran yang dikemukakan oleh Iffat bagai pucuk dicita ulam mendatang pada Aslah.
"Deal!" Pantas Aslah menjawab.
"Chop, gaji B.O.D tu berapa?" Sekali lagi soalan Aslah menerpa gegendang Iffat.
"Oh, maksud kau perempuan perasan terhomat tu ke?"
Aslah mengguk, membenarkan telahan Iffat.
"RM 5K," Iffat dengan bangganya menjawab.
Hampir tesedak Aslah mendengar kata-kata yang keluar daripada bibir Iffat. Selamba sahaja Iffat menuturkan jawapannya. Malahan, dengan senyuman pulak tu.
"Are you crazy, Iffat Zaquan? Lima ribu je? Hey, B.O.D tu sikit lagi je nak sama taraf dengan kau la. Kau gila ke apa? Arifa tak protes ke, gaji dia sikit sangat?"
Iffat menggeleng. "Berani ke dia nak protes dengan aku? In fact, her salary is RM 35K per month. Tapi dia kan nak jadi isteri solehah, so, mesti dia tak kisah kalau aku potong tiga puluh ribu tu." Iffat masih lagi tersenyum simpul, penuh sinis.
"Jahatnya kau, Iffat...," keluh Aslah, kesal dengan sikap Iffat.
"Biar la... Aku nak dia rasa neraka dunia." Balas Iffat.
Kejap suka, kejap tidak. Semenjak Arifa masuk dalam hidup kau, kau ada berpuluh-puluh watak, Iffat. Sebenarnya apa yang ada di dalam benakmu, wahai sahabat? Aslah hanya meluahkan rasa di dalam hati sahaja sambil memandang ke arah Iffat.