Yang Cantik Itu Gadis, Yang Manis Itu Mukminah Solehah

CeRiTa daKu Ini...


   "SEDIA... mula...." jerit seorang pengadil.
 Aku mesti mengatasi korang! Maju Arifa! Maju!!!! Arifa bermonolog sendiri sambil memecut laju ke garisan penamat. Olahraga... perkataan itu amat sebati dengan hidup gadis bernama Nur Arifa Safiyyah.
      Preet... wisel ditiup menandakan pemenang telah sampai ke garisan penamat. "Arie.... Bagus la kau....Setakat ni tak dek sapa lagi yang dapat atasi kau dalam lumba lari ni..." Puji Sofrina
  "Bak ... bagi aku sebotol air... daripada kau tak habis-habis nak memuji aku, baik kau tolong urut kaki aku ni... Berfaedah sikit.." Kata Arifa dalam keadaan termengah-mengah.
     "Beruntungnya aku dapat satu rumah sukan dengan kau, Arie...walaupun aku tak langsung membantu menaikkan markah rumah sukan, tapi tetap dapat makan hamper tiap-tiap tahun.Yela, kucing hutan macam kau ni tolong rumah sukan dapat markah lebih".
    "Tu bukan tahap kucing hutan lagi tu, tapi dah tahap leopard. Tiap-tiap tahun break record sendiri..." Ujar Sofira, kembar Sofrina yang tiba-tiba muncul sambil menghulurkan sebotol mineral water kepada Arifa.
"Ha?!! Kau pecah record tahun lepas ke? Kau biar betul, Arie... Kau ni cahaya ke manusia?" Terjegil mata Sofrina mendengar khabaran daripada kembarnya. "Woi.. agak-agak la kalau nak umpamakan aku sekalipun. Kalau aku cahaya, sekelip mata je kau dah nampak aku kat garisan penamat tu..." Sampuk Arifa yang tadinya hanya berdiam diri mendengar celoteh dua orang kawannya.
   Hanif menghampiri mereka. "Arifa, tahniah! Awak hebat sangat." puji Hanif, tidak lepas anak matanya memandang Arifa. Gadis itu amat dicintai dalam senyap.
   Arifa lemas dengan pandangan Cikgu Hanif itu lantas bersuara.."Cikgu, minta maaf ya. saya nak ke toilet. Minta diri" Arifa meninggalkan Hanif dan dua rakannya yaang terpinga-pinga dengan tindakannya itu.
     Sofrina mengerut dahi. Pelik." Apsal pulak la minah sekor ni? Tiap kali Cikgu Hensem ni nak cakap something, semedangnya ada hal. Bodoh betul la kau ni Arifa..." Sofrina bermonolog sendiri.
  "Kami pun nak ikut Arifa tu pergi tandas. Kang tak pasal-pasal sesat pulak. Dia tu memang, pelik sikit, kadang-kandang penyakit Alzhemier dia tu menyerang. Payah pulak kang. Minta diri, ya cikgu. Assalamualikum." Sofira pun menarik tangan Sofrina lalu beredar ke tandas untuk mencari kawannya.
  "Weh, apasal pulak Arifa tu ada Alzhemier? Merepek la kau ni, kot ye pon, bagi la alasan yang munasabah sikit." 
  "Kau ni, kalau aku tak merepek, tak adanya alasan aku nak bagi pada orang tua sedar diri tu. Eiiii.....menyampahnya! Tak habis-habis nak kejar Arifa. Aku pulak yang rimas. Kalau aku jadi Arifa la, aku toreh je muka dia kat depan umum." Sofira melepaskan amarahnya terhadap Hanif kepada Sofrina.
  "Woi,.. mulut kau tu jaga sikit. Dia baru 23, ok..Kau tu baru 17. Beza berapa kerat je..Lagipun dia tu hensem. Biar la dia nak suka sapa pun. Si Arifa ni lagi satu bendul. Kenapalah dia tak layan je si Cikgu Hanif tu? Ingat senang ke nak cari lelaki hensem, berpelajaran tinggi, baik hati, tinggi lampai macam Cikgu Hanif tu?Haih... tolak tuah betul la si Arifa ni." Keluh Sofrina.
   
       "Arie, mana kau pergi?Setengah jam kitorang cari kau... tak jugak jumpa.Ni mesti masalah buasir kau tu kan? Tu la... aku dah kata, jangan pernah miss makan ubat, sekarang apa dah jadi?" Sofrina menyergah Arifa dari belakang.
     "Apa ke jadahnya kau merepek ni? Masa bila pulak aku ada buasir?Kau ni Rina, cuba jangan cakap nonsense. Buang kudrat mulut kau jela." Geram Arifa dengan rakan karibnya yang sorang ni.
  "Apsal ni Arie?" Tanya Sofira. " Tak ada apa-apa lah... Saje merelax kat taman sekolah ni daripada tengok muka Cikgu Hanif kesayangan semua orang tu. Rasa lebih berfaedah aku tengok ikan-ikan kat sini daripada tengok muka dia." Jawab Arifa .
          "Weh, kadang-kadang aku kesian jugak tengok si Cikgu Hanif tu. Aku pelik la Arie, apa hal kau reject dia? Nak kata dia tak package, jauh sekali tu. Rupa ada, hensem lagi tu, background dia berada, tengok la kereta yang dia pakai, BMW tu weh..., pelajaran, not bad.. Graduation from International Tokyo University."
         Soalan yang diajukan oleh Sofira membuatkannya terdiam sebentar.Sofrina pula tidak lepas-lepas memandang ke arahnya.
  "Aku admitted yang dia memang package.Tapi aku tak berminat terlibat dengan perasaan yang pelik-pelik la sekarang ni. Aku pun tak tau la apsal aku anti sangat dengar perkataan 'cinta'. Eh, daripada membincangkan pasal cikgu practical tu,lebih baik aku balik dulu. Aku tak solat lagi ni, Dah nak pukul 6 dah ni. Tup-tup kang dah pukul 6.30. Aku pergi dulu tau.Daaaaaaa......." Arifa melambaikan tangan ke arah rakan-rakannya itu.

3 comments:

  1. byk slh tang tanda baca, la... apa2 pun, keep it up, okey....

    ReplyDelete
  2. Are-koo fanatik komik daa....11 November 2011 at 10:30

    eleh, ingtkan Hanif yang hero, padahalnye Iffat. Hey, ko ni sbenanye islamik ke hape? Sebelah kiri ader bcaan ayt2 quran. belah knn plk ader lagu2 korea... siapa nme, ek? nk knl, bley dak?

    ReplyDelete
  3. i'm forever yours dear3 December 2011 at 19:38

    anonymous- sorry psl tanda baca. sbelum ni mmg aq tak chek. Tapi lps ni, insya allah aq sentiasa chek. tima kasih sbb baca.

    Are-koo fanatik komik daa... adoii, panjangnya nama... aq tak de la islamik mana pun. sikit2 ader la. nme aku? tak pe la. tak masuk pereksa pun. knl melalui sini je bley la. nak lebih2 tu,tak apa la. Aq nk privasi je...
    apa2 pun, thanks a lot sbb bace, ek...

    ReplyDelete