Arifa terlambat ke pejabat hari ini. Semalam dia terpaksa tidur lambat untuk menyiapkan proposal yang perlu dibentangkan hari ini. Dah la tidak siap sepenuhnya, hilang pula tu. Macam 'mak lampir' dia mencari proposalnya pagi tadi. Akibatnya, dia terlambat ke pejabat hari ini
"Macam mana aku nak jawab dengan Iffat, ni? Aduh... Iffat tu bukannya boleh bertimbang rasa sangat. Kalau buat silap sikit, tak pasal-pasal kena tengking sampai bangunan sebelah dengar. Tu baru orang biasa, kalau aku? Mahu kena fired aku. Macam mana ni? Lagi sejam kena masuk bilik mesyuarat. Biasanya Iffat suruh aku masuk office dia dan bentang dulu pada dia. Tapi kalau proposal tu pun hilang entah ke mana, apa yang aku nak bentang pada dia? Haih Mr. Mafia ni... cakap sikit, apa yang perlu aku buat?" Arifa sudah mengeluh panjang lebar. Tangan kanannya meramas-ramas tangan kiri. Runsing dia memikirkan soal kertas cadangannya. Badannya disandarkan ke meja pantri.
"Ha, ngumpat aku ke?" Satu suara dari pintu pantri amat mengejutkan Arifa. Hampir melatah, tapi sempat cover. Arifa berpaling dan melihat manusia yang sergah orang tanpa salam itu. Matanya disepetkan memandang Iffat yang sedang mengangkat kening melihatnya.
"Iffat tu bukannya boleh bertimbang rasa, ya? Tengking sampai dengar ke bangunan sebelah? Telitinya kau perhati aku. Sampai ke bangunan sebelah kau boleh cam suara aku," Iffat bejalan menghampiri Arifa. Matanya dibesarkan sedikit sambil tangannya dimasukkan ke poket seluar.
Alamak, mati aku. Tu la, mengata orang tak tengok kiri kanan dulu. Kan bala dah datang. Memang melayang la kerja aku lepas ni. IZ Holdings, selamat tinggal. Tak lama lagi mesti bos kau tendang aku sampai rumah, tak boleh datang kerja dah. Ujar Arifa dalam hati. Mukanya mulai gelisah, takut melihat Iffat yang semakin hampir dengannya.
"Kenapa kau takut? Tadi ngutuk aku tak pulak takut, sekarang ni macam kucing tercekik tulang je aku tengok." Iffat bernada biasa tetapi cukup untuk membuat hati Arifa berhenti berdegup. Feel like dying pun ada.
"Saya ermm... saya.. huh.. sebenarnya macam ni... ermm.." Arifa gugup. Tidak ada kekuatan untuk membela diri. Matanya terkebil-kebil mencari ayat yang sesuai untuk dituturkan.
"Saya erm.. saya ermmm. Dah, lepas ni masuk ofis aku kalau tak nak kena fired." Iffat menghentikan langkahnya. Arifa dipandang sekilas lalu beredar dari pantri.
"Huh, nyaris aku... Bila masa pulak dia tercegat kat pintu tu tadi? Tahu-tahu je aku nak mengata dia. Sixsense ke apa?" Arifa menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali. Kakinya mengatur langkah ke bilik ofis Iffat.
"Papa dah belikan tiket ke Paris untuk honeymoon," riak wajah Iffat hanya bersahaja, selamba derk.
Arifa sudah terlopong mendengar berita itu. Honeymoon? Paris? What's going on? Seperti mimpi saja dia mendengar berita yang disampaikan Ioleh ffat. Matanya memandang Iffat, menanti kata-kata yang bakal diperkatakan oleh Iffat.
"Aku dah tolak. Aku bagi tahu papa yang aku sibuk dan kau sibuk dengan project dengan syarikat luar negara. Lepas tu, papa tawarkan dia nak handle syarikat selama aku dan kau tak ada kat sini."
"Maknanya?" Arifa masih lagi tidak faham perkara yang ingin disampaikan oleh Iffat. Mukanya berkerut, meminta jawapan tepat.
"Lembap! Maknanya wajib aku dan kau pergi honeymoon yang ditanggung bersih oleh Dato' Adzhar Khairuddin tu. Mama penyokong kuat cadangan tu." Jelas Iffat lagi. Tangannya yang kasar mengurut lembut dahinya. Otaknya serabut, selerak dengan cadangan 'baek punya' yang dirancang oleh mama dan papanya.
Arifa masih kaku. Matanya tidak berkelip langsung. Kepalanya mengangguk lemah. Fikirannya sibuk mencari helah untuk menggagalkan rancangan mertuanya.
"Saya tahu!" Arifa mengangkat tangannya paras bahu. Senyuman nakal menghiasi wajahnya.
Iffat mengangkat muka. Matanya bersinar-sinar memandang Arifa. Tak sangka, geliga jugak otak perempuan perasan terhormat yang karat ni.
"Ha, lagi satu... nah proposal kau." Iffat mencampakkan sebuah fail proposal ke atas mejanya. Mukanya tidak menunjukkan reaksi teruja lagi. Kembali serius.
Haikk, kat dia? Curi, ya...? Nakal kau ya... Arifa terus membelek proposalnya. Pelik binti ajaib. Semuanya dah siap. Bernas pulak tu cadangan akhirnya. Bersesuaian dengan kehendaknya.
"Aku tolong siapkan proposal kau. Nak ucap selamat tinggal pada IZ Holdings ke?" Perlian yang diberikan oleh Iffat membuatkan Arifa malu. Semua yang diluahkan di pantri tadi didengar bersih licin oleh Iffat. Arifa menundukkan muka dan mengambil proposal di atas meja Iffat.
Handsfree di tangannya disuakan ke telinga. Butang 'play' pada iPod Nanonya ditekan. Lagu A Letter To You nyanyian MC Mong dihayati dengan penuh feeling. Tanpa sedar, Arifa melelapkan matanya sambil melayan lagu kegemarannya itu.
Iffat yang baru balik dari tandas mencekak pinggang melihat Arifa. Geram pun ada pada perempuan itu. Terkenang peristiwa di airport, sebelum mereka berlepas ke Paris tadi.
"Cepat pergi ke tangga tu. Rasanya masa dah suntuk ni." Iffat sedikit berbisik di telinga Arifa. Dato' Adzhar dan Datin Sarah sibuk bersembang dengan besan mereka, Encik Farid dan Puan Faridah yang turut datang ke airport untuk menghantar anak dan menantunya ke Paris. Taufiq pula ralit dengan iPadnya.
Arifa mengangguk. " Ma, pa, ummi, babah, Arie minta diri ke toilet kejap."
Eskalator dihampiri. Takut juga dia untuk melakukan perkara gila ini. Perlahan-lahan kaki kanannya menapak mendekati eskalator yang sedang bergerak itu. Matanya dipejam rapat.
"Tak apa, Arifa. Demi diri kau jugak. Demi menggagalkan rancangan honeymoon gila ni. Bismillah..." Arifa cuba menjatuhkan diri ke eskalator di hadapannya. Rancangnya, kalau dia jatuh dari eskalator, pasti tripnya bersama Iffat ke Paris akan dibatalkan oleh bapa mertuanya. Kaki kanan Arifa menendang kaki kirinya sendiri untuk membuang keseimbangan badannya.
"Arrgghh..." Jeritan Arifa yang bergema di KLIA itu menarik perhatian semua manusia yang berada di situ. Arifa tidak sanggup membayangkan betapa azab kesakitan yang bakal menimpanya. Matanya dipejam kuat-kuat. Badannya mulai rebah menyembam eskalator.
Tanpa dijangka, bajunya pantas ditarik oleh seseorang dari arah belakang. Arifa terdorong ke belakang sebelum sempat tubuhnya menghempap bumi, mukanya mencium eskalator. Beberapa saat kemudian, terasa badannya didakap pula.
Pantas matanya dibuka dan mukanya didongakkan sedikit. Taufiq? Apa yang dia buat ni? Gagal rancangan aku! Haih... bertuah punya abang ipar. Arifa berbicara dalam hati.
Iffat tercengang. Drama apa pulak yang tengah bersiaran langsung di hadapannya kini? Taufiq peluk Arifa? Apa yang Taufiq buat tu? Alamak, rosak rancangan aku! Desis Iffat dalam hati. Kepalanya digelengkan beberapa kali.
Dato' Adzhar, Datin Sarah, Puan Faridah serta Encik Farid juga tersentak. Pantas memandang Arifa yang sedang kaku dalam dakapan Taufiq.
"Lain kali jangan buat kerja gila. Jangan sakitkan badan sebab tak nak pergi honeymoon. Cari la idea yang boleh pakai sikit. Nasib baik tak jatuh. Kalau jatuh, patah sana, patah sini, masalah lain pulak yang timbul." Taufiq sudah melepaskan pelukannya. Matanya tunak memandang Arifa. Kemarahannya sedang memuncak saat ini.
Arifa tidak berganjak mahu pun mengeluarkan kata-kata. Taufiq masih dipandang. Perlahan-lahan kepalanya tetunduk, menahan malu.
Iffat segera berlari ke arah Arifa dan Taufiq. Babak seterusnya bakal dilakonkan sebentar lagi. Mukanya jelas menunjukkan kerisauan yang teramat sangat. Namun di hati, siapa yang tahu.
"Arie, kau tak apa-apa ke? Macam mana boleh nak terjatuh tadi? Tu la, berangan tak sudah-sudah. Lain kali mata tu tengok depan. Kalau jatuh tadi, menyusahkan orang lain je!" Iffat masih meneruskan lakonan. Dia langsung tidak tahu bahawa temelangnya dengan Arifa telah pun diketahui oleh Taufiq.
"Haah, ye la sangat tu. Iffat, rancangan kau dengan perempuan perasan terhormat ni nak batalkan honeymoon korang ke Paris tu tak jadi, ya. Lain kali buat la rancangan tu rapi sikit, baru tak terhidu dek orang." Taufiq memandang Iffat dengan senyuman sinis yang tidak lekang dari bibirnya. Kini dia berjalan semula ke arah keluarganyanya yang kelihatan bimbang dengan insiden yang hampir berlaku kepada Arifa sebentar tadi.
Mata Arifa sudah mencerlung memandang Taufiq yang berlalu meninggalkan mereka. Apa kutuk-kutuk orang pulak ni? Mulut sama je macam Iffat, tak ada insuran! Tangannya digenggam kuat. Geramnya pada Taufiq sedang meluap-luap.
Iffat sudah tercengang. Taufiq dah tahu? Arifa ke yang bagi tahu? Dia memandang Arifa, meminta jawapan. Arifa hanya menjungkit bahu, tidak tahu apa-apa.
"Arie tak apa-apa ke? Macam mana boleh jatuh?" Datin Sarah mulai risau. Kepala menantunya diusap lembut beberapa kali.
"Err... dia tak sihat, ma. Kami rancang nak batalkan homeymoon ni sebab dia macam sakit sikit sejak pagi tadi. Tapi, kesian pulak pada papa. Penat-penat belikan tiket kami, tiba-tiba tak jadi pulak."
"Kalau tak sihat, tak apa la. Apa sangat la honeymoon kalau nak dibandingkan dengan kesihatan. Tak payah la pergi." Dato' Adzhar menambah. Baginya, kalau tidak pergi pun tidak menjadi masalah pun.
Taufiq tiba-tiba menghampiri Arifa.Tangan adik iparnya ditadah. Dua biji Panadol diletakkan di telapak tangan Arifa dan sebotol air mineral dihulurkan ke tangan kiri Arifa.
"Kalau pening-pening sikit tu rasanya tak ada apa-apa, kot. Lepas makan Panadol ni mungkin dah okey sikit, rasanya. Tak ada halangan untuk pergi lagi, kan?" Taufiq mengangkat kening memandang Iffat. Senyuman sinis diberikan kepada adik bongsunya itu.
Iffat mengetap bibirnya. Memang dia sedang tidak berpuas hati Taufiq. Arifa memandang Panadol dan botol air mineral di tangannya. Kalau diikutkan hati yang geram, boleh pecah kepala Taufiq dikerjakan. Panas hati je mengenangkan Taufiq.
"Semua ni kau punya pasal. Kalau kau berlakon elok sikit, tak adanya Taufiq tahu rancangan tadi." Iffat duduk di sebelah Arifa. Tangannya menepuk kuat peha Arifa.
Adoii!! Gila ke lelaki sebelah ni? Sakitnya peha aku... Haih, nasib baik aku tak berani lawan dia,kalu tak memang dah kena ganyang habis la ni. Arifa menggosok lembut pehanya yang dipukul kuat oleh Iffat. Mukanya berkerut menahan sakit.
"Salah saya sorang la ni? Siapa yang over sangat berlakon sampai boleh Taufiq perasan? Awak, kan? Buat muka over sangat kat depan eskalator tadi. Lepas tu cakap saya sakit dari pagi tadi. Kalau awak cakap saya sakit dari semalam ke, kelmarin ke, mesti papa dan mama suruh batal. Kalau dari pagi, nampak sangat tak serius punya sakit." Arifa memulangkan paku buah keras. Matanya memandang tajam ke arah Iffat.
Dalam diam, Iffat mengakui kesalahannya. Cepat-cepat dia menarik penutup mata dan terus tidur, tidak mahu memikirkan kejadian di airport tadi.
Arifa mendengus perlahan. Badannya dipalingkan ke arah tingkap. Sikit pun dia tak hingin nak tengok Iffat.
Paris... Wah, cantiknya! Ini kali pertama Arifa menjejakkan kaikinya ke 'City of Light' ini. Matanya tidak lepas-lepas memandang keindahan kota ini melalui tingkap kereta.
Iffat di tepinya sedang memandu dengan tenang. Sikit pun dia tak heran dengan percutian ke Paris ini. Masa dia belajar di Harvard dulu, selalu je dia bercuti di sini semasa cuti semester. Paris... eleh, dah biasa sangat. Gerutu Iffat dalam hati.
"Kita check in hotel dulu,lepas tu baru pergi makan." Iffat berkata sambil tangan masih di stereng kereta yang telah ditempah sebelum mereka bertolak ke Paris lagi oleh Dato' Adzhar.
"Hmm.." Arifa sekadar memberi respons. Matanya masih leka memerhati pandangan di luar tingkap.
Sampai sahaja di hotel, dua orang lelaki menawarkan diri untuk mengangkat bagasi mereka tetapi ditolak oleh Iffat. Arifa mengerutkan dahi. Habis tu, siapa pulak yang nak angkut beg-beg yang dah macam anak gajah ni? Soalan menerpa di hatinya.
"Mrs Iffat Zaquan, dipersilakan bawa bagasi-bagasi ni, ya. Jangan ingat ni honeymoon sebenar, perasan nak jadi ma'am besar pulak," dengan selamba, Iffat menolak bagasi-bagasi di hadapannya ke arah Arifa.
Arifa sedaya upaya mengelakkan kakinya daripada terhempap bagasi-bagasi yang ditolak oleh Iffat. Nafasnya sudah turun naik beberapa kali. Luggage yang sudah jatuh tertirap di hadapan kakinya dipandang dengan tajam. Kalau dia punya kuasa, mahu saja dibaling bagasi-bagasi itu tepat ke muka Iffat.
"Buat apa berdiri tegak macam nak nyanyi Negaraku tu? Angkat, la. Takkan nak kena ajar, pulak?" Berbisa sungguh sindiran yang Iffat berikan buatnya. Dengan hati yang terpaksa rela, Arifa mengangkat bagasi-bagasi itu dengan tenaga perempuannya yang masih berbaki.
Iffat tersenyum senang. Sukanya tengok Arifa susah seperti itu. Tengok, Aslah. Ini bukti aku tak cinta pada dia. Jelas tak? Iffat bermonolog seperti Aslah di hadapannya ketika itu. Dengan hati yang berbunga, dia memintas Arifa yang sedang bertungkus-lumus mengangkat bagasi yang sememangnya berat kepunyaan mereka berdua.
"Sorry, sir. Only a room is available right now.Our hotel is full according to the convocation ceremony which will be held tomorrow at the university near the area," jelas seorang wanita warga Perancis kepada Iffat. Mukanya yang manis tidak lekang dengan senyuman.
"What?! Oh,.. what the hell? Please check again carefully." Iffat bagaikan tidak percaya. Bagaimana boleh hotel grand bertaraf antarabangsa ini penuh? Takkan nak tidur sebilik dengan si perasan terhormat tu pula? Baru je nak bebas sikit. Cepat-cepat kepalanya menggeleng kecil.
"Sorry, sir. We only have a room," ujar wanita Perancis itu setelah memeriksa data di komputer di hadapannya.
Iffat mengeluh panjang. Aiseh.., tak ada chance la dia nak campak Arifa ke bilik lain malam ini. Tangannya menyelak rambut ke belakang. Nak tak nak, suka tak suka, benci tak benci, kena jugak!
Haih, ingatkan bila tak ada mama dan papa boleh la duduk bilik sorang-sorang. Kenapa la mesti perempuan perasan terhormat ni kena sebilik dengan aku? Kacau je! Iffat sudah membentak-bentak seorang diri dalam hati. Arifa di belakangnya dipandang sekilas. Kesian pun ada bila tengok dia mengangkat bagasi-bagasi mereka seorang diri. Tapi, cepat-cepat Iffat membuang perasaan itu. Perasaan kesian pada Arifa memang tidak boleh dipupuk selalu. Takut timbul perasaan lain pula.
Pintu lif terbuka. Beberapa orang warga asing keluar dari perut lif sebelum Arifa dan Iffat memasuki lif berkenaan dan munuju ke tingkat lima bangunan hotel itu.
Setibanya di bilik hotel, mata Iffat memandang segenap inci bilik tersebut. Sesekali kaningnya yang tebal itu berkerut. Tangan pula mengusap dagunya yang bersih tanpa bulu.
"Tak boleh jadi ni. Memang tak boleh jadi..." Iffat menggelengkan kepalanya beberapa kali. Matanya memandang katil bersaiz king di hadapannya.
"Ha? Apa yang tak boleh jadi?" Arifa menyampuk. Tangannya yang sibuk menaip mesej untuk Sofira terhenti seketika.
Iffat bagaikan baru tersedar. Arifa dengar apa yang dia cakap? Fuh... nasib baik tak tercakap apa yang sedang berada di benaknya sekarang ini. Kalau tak, pasti Arifa ingat dia berfikiran kotor.
"Sibuk la kau ni. Aku tak cakap dengan kau pun," Iffat terus merebahkan badannya ke atas katil tanpa mempedulikan Arifa yang masih ragu-ragu dengan jawapannya.
"Kau tidur kat sofa, ya. Badan aku mana boleh tidur kat tempat yang macam tu. Tak pasal-pasal sengal pulak esok pagi," kata-kata Iffat disertai senyuman memujuk. Seketika kemudian, matanya dipejamkan.
Arifa hanya menghelakan nafas berat. Nak buat macam mana lagi? Iffat kan suami. Kalau bantah, tak pasal-pasal kena penampar free seperti baru-baru kahwin dulu. Penampar free? Arifa baru perasan, dah lama Iffat tidak 'menghadiahkan' dia pukulan. Mungkin dah insaf.
"Ingat, landing boleh tapi kalau nak tidur dipersilakan ke sofa, ya. Aku nak mandi, kejap." Iffat bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air.
Setelah kedengaran pintu bilik air ditutup, Arifa terus melompat ke atas katil bercadar putih dan berselimut merah hati itu.
"Wah... patut la dia suruh aku tidur kat sofa, katil ni best rupanya. Empuknya tilam. Kan best kalau aku dapat tidur kat katil ni. Eh, kalau dia nak tidur kat katil ni, aku pun nak tidur sini jugak, maknanya kena tidur sekatil la. Hish... merepek! Sementara menunggu si Mafia tu mandi, baik aku tidur dulu," kepalanya direbahkan ke bantal. Perlahan-lahan matanya ditutup dengan penuh nikmat.
Arifa terjaga dari tidur. Matanya digosok beberapa kali sebelum membuka matanya. Jam di meja tepi katil dikerling, tiga pagi. Aku tidur atas katil? Iffat mana? Kini matanya melillau mencari kelibat Iffat. Arifa turun dari katil dan berjalan menuju ke bahagian depan. Sekujur tubuh di atas sofa menarik perhatiannya. Dengan langkah berhati-hati, kakinya melangkah menghampiri sofa panjang itu. Iffat sedang lena dengan dua biji bantal di kepala dan tangannya.
Arifa tersenyum senang. Tak sangka Iffat mengalah untuk tidur di sofa. Kini dia kembali ke katil dan sambung tidur.
Hari ini, pagi-pagi lagi Iffat dah menghempas-hempas pintu. Arifa juga tidak tahu mengapa Iffat bersikap sedemikan. Tidak ada angin, ribut apatah lagi, tiba-tiba sahaja Iffat dingin dengannya. Kalau pasal tidur di sofa tu, kenapa tidak Iffat mengejutkannya saja? Tidak perlulah melepaskan geramnya pada pagi ini.
Arifa sudah malas memikirkan soal Iffat. Selepas mandi, dia terus bersiap-siap dan turun ke bawah untuk bersarapan.
Arifa mencapai pengepit dan mengambil beberapa hidangan yang disediakan. Tiba-tiba tangannya dipegang oleh seseorang. Kepala didongakkan sedikit untuk melihat siapa yang berada di tepinya kini.
"Makanan kat sini kita tak tahu halal ke tidak. Jom, kita pergi restoran luar je." Iffat menarik tangan Arifa dengan lembut. Segaris senyuman diberikan kepada isterinya itu.
Arifa tergamam. Iffat menarik tangannya? Siap ada senyuman lagi. Lelaki ni mengigau ke? Mata Arifa masih lagi tidak berkelip memandang Iffat. Langkahnya menuruti sahaja Iffat.
"Aku nak pergi tandas sekejap. Kalau waiter tu datang, kau order dulu." Iffat terus berlalu. Arifa sempat mengangguk kecil sebelum menumpukan semula perhatiannya terhadap novel di tangannya.
"Good morning, madam. This is the menu for today," seorang pelayan lelaki menghampiri Arifa dan menyerahkan buku menu kepadanya. Senyuman sentiasa menghiasi wajahnya.
Arifa membalas senyuman pelayan lelaki itu. Buku menu disambut dan diselak sesekali. Beberapa minit berlalu, akhirnya Arifa membuat keputusan. "Give me Marsala Mushroom soup, Quasadella, Black Crunch Latte and vanilla ice cream for dessert."
Pelayan lelaki itu mengangguk dan mencatat pesanan Arifa lalu beredar selepas mengambil semula buku menu di atas meja makan. Tidak sempat melangkah, kedengaran seorang lelaki menganggilnya. Pelayan itu berpaling semula.
"Get my order, please." Iffat mengangkat tangannya sambil membetulkan duduk di hadapan Arifa.
"Quasadella, Black Crunch Latte and chocolate ice cream. Ermm, Marsala Mushroom soup also." Iffat mengembalikan buku menu kepada pelayan lelaki itu. Tidak semena-mena, pelayan itu tersenyum memandang Iffat.
Apa senyum-senyum ni? Aku silap sebut ke tadi? Gila! Iffat hairan. Pelayan lelaki itu dipandang sehingga dia melangkah meninggalkan meja mereka.
Oh, tidak! Kenapa dia order makanan yang sama dengan aku? Ishk, malu je aku kalau dia tahu. Arifa hanya menundukkan mukanya.
"Kau ni kenapa main tunduk-tunduk pulak? Aku ada buat salah ke tadi?" Ini lagi satu Iffat pelik. Muka Arifa cuak semacam je. Seperti ada yang tidak kena padanya.
"Tak ada apa-apa." Arifa kembali mengangkat muka. Novel ditangannya diselak lalu meneruskan pembacaan.
Kurang daripada lima belas minit, makanan yang dipesan sampai. Iffat membulatkan mata memandang hidangan yang dibawa oleh seorang pelayan lelaki ke mejanya. Ada dua set makanan yang sama. Hmmm... patut la Arifa dan pelayan tadi berperangai pelik.
Selesai makan, Iffat memandu kereta ke lapangan terbang. Dalam kereta, dia sudah tersengih-sengih, mananti reaksi Arifa. Padan muka kau!
Arifa cuma tertanya-tanya dalam hati, kemana Iffat mahu membawanya. Hendak tanya, takut kena tengking pulak nanti. Baik dia duduk diam-diam sambil baca novel. Sesekali dia melihat sign board. Rasa macam nak munuju ke airport je. Sesekali matanya melihat Iffat yang tersenyum-senyum seorang diri sambil bernyanyi kecil mengikut lagu di radio.
"Apa kau tengok-tengok aku? Tahu la aku hensem. Tergoda ke?" Wajah Iffat sudah seperti biasa, muka tiada perasaan. Fokusnya kini pada jalan raya di hadapan.
Alamak, dia perasan ke? Aiseh... buat malu je! Arifa terus memandang novel ditangannya kembali. Malu kot kena tegur macam tu!
"Tak tahu la pulak aku kau ni lembap sangat membaca. Dah setengah jam dalam kereta, satu muka surat pun tak habis lagi. Tahu nak curi-curi tengok aku je kerjanya." Iffat menyembunyikan senyuman nakalnya. Sekilas dia memandang muka Arifa yang sudah memerah menahan malu. Ambik kau! Bertalu-talu aku serang kau. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah!
Arifa rasa nak menjerit mendengar teguran Iffat. Kenapa dia selalu je perasan apa yang aku buat. Mafia dah bertukar jadi spy ke ni? Tengok je la depan, tak payah nak tegur-tegur aku. Kata-kata Arifa hanya terluah dalam hati.
Kurang dari empat puluh lima minit perjalanan, akhirnya mereka sampai di Charles de Gualle International Airport. Setelah memarkir kereta, Iffat dan Arifa keluar dari perut kereta dan masuk ke dalam lapangan terbang itu.
"Aish... lambat sangat ni. Kata dalam pukul 10 dah sampai. Mana pulak la dia ni?" Jam tangan berjenama Breitling di pergelangan tangannya dipandang. Iffat sudah tidak sabar lagi mununggu ketibaan 'pelakon tambahan' dalam dramanya sebentar nanti.
Selang beberapa minit kemudian, seorang perempuan berjalan munuju ke arah Iffat sambil melambai tangan ke arah lelaki itu. Perempuan itu tersenyum gembira melihat Iffat yang sedang mununggu ketibaannya.
"Sayang!!!" Jerit perempuan itu dari jauh. Iffat mendepakan tangan untuk menyambut perempuan seksi tinggi lampai itu ke dalam dakapannya.
"Tania, lama tak jumpa you. You pun bertambah cantik sekarang. Buat I geram je." Iffat berpelukan dengan Tania. Sebuah ciuman dihadiahkan ke pipi Tania.
Amboi, kalau ya pun, agak-agak la... Kau tu muslim, yang kau cium perempuan ni kat tengah-tengah alam ni kenapa? Buat sakit mata je aku tengok! Arifa bengang. Matanya menjeling Iffat dengan sangat tajam. Dia cukup pantang kalau yang bukan mahram bertepuk tampar di hadapannya, apatah lagi berpeluk cium segala.
"You pun apa kurang, sayang. Makin hensem. Mana you tahu I ada show kat sini?"
"Ish, mana boleh tak tahu. Model yang famous macam you ni hanya orang kolot je yang tak tahu perkembangan you. You sorang je ke datang sini? Kawan-kawan you tak ada show sekali?" Sesekali Iffat mencuri pandang Arifa di sebelahnya. Iffat sudah melonjak gembira melihat wajah Arifa yang sudah berubah agak cemberut. Jealous la tu... Aku memang dah teka, mesti kau dah tersuka pada aku sebenarnya.
"I tak datang sorang. Adik I ikut sekali. Tadi dia pergi ambil luggage. Sekejap lagi dia datang la." Suara yang sengaja Tania lembutkan hanya menjemput rasa meluat di hati Iffat. Namun, sedaya upaya ditahan daripada diluah agar misinya hari ini berjalan seperti yang dirancang.
"Tu siapa?" Jari telunjuk Tania menghala ke arah Arifa. Mukanya sedikit masam apabila ternampak Arifa yang yang berdiri agak rapat di sebelah Iffat.
"Ni? Errmm... dia adik I, Arifa. Tania, you tak perasan ke muka kitorang dekat nak sama? Ramai yang kata macam tu tau," bibir Iffat sudah tersenyum sinis memandang Arifa yang terkejut apabila diperkenalkan sebagai adiknya.
Adik?!! Hey Mafia kasanova, muka kau dengan aku sikit pun tak sama la. Muka tembok macam kau ni nak ada iras dengan aku, jangan simpan angan-angan la... Mata Arifa sudah membuntang memandang Iffat. Sakit hati ditambah dengan terkejut semuanya sebab Iffat Zaquan.
"Oh, ya ke? I tak nampak pun sama. Anyway, nice to meet you, future sister-in-law." Tania menghulurkan tangan kepada Arifa. Arifa menyambut huluran itu dengan teragak-agak. Banyak la kau punya future sister-in-law. Arifa memaksa mulutnya untuk menguntum senyuman.
Iffat yang dari tadi memerhati Arifa daripada anak matanya sudah tersenyum meraikan kemenangannya. Sudah tentu Arifa meraung dalam hati tatkala menyambut salaman Tania. Sakit hati tak, 'sayang abang?'
"Tania, you bawa dua luggage je, kan?" Seorang lelaki berkaca mata hitam menepuk bahu Tania dari arah belakang. Lelaki itu sedang sibuk memeriksa beg-beg yang ada di atas troli.
"Haah. Danny, kenalkan ini my sweetheart, Iffat Zaquan and his sister, Arifa." Tania memperkenalkan Iffat dan Arifa kepada adik lelakinya. Lelaki yang dipanggil 'Danny' itu berkalih memandang Iffat dan Arifa. Senyuman dilemparkan kepada teman lelaki kakaknya dan adik perempuan lelaki itu.
Uiks,.. macam kenal je mamat ni. Pernah jumpa ke? Arifa cuba mengingati lelaki di sebelah Tania itu. Pada pengamatannya, lelaki itu pernah ditemui tidak lama dahulu.
"Eh, Arifa Safiyyah, right?" Danny menanggalkan kaca mata hitamnya dan cuba mengecam wajah Arifa.
"Hmm.. ya. Kita pernah jumpa ke, sebelum ni?"
"Of course la... You yang tolong I masa I sesat kat Egypt tahun lepas. Bukan saja sesat, masa you jumpa I tu I baru lepas kena rompak. Can't you remember me?" Danny sudah tersenyum melihat Arifa yang masih berkerut kening mengingati peristiwa pertemuan mereka.
"I ada temankan you buat pasport ke, kat Egypt tu?" Detik-detik perkenalannya dengan Danny semakin diingati. Arifa tidak sangka akan bertemu lelaki kacukan Malayu-Itali itu lagi setelah dia pulang ke Malaysia.
"Yes, that's right. Oh, my God... Arifa, I memang tak sangka dapat jumpa you kat sini. You look so beutiful now!" Pujian Danny membuatkan wajah Arifa memerah. Ada-ada pulak la si Danny ni.
Iffat tercengang menonton 'drama' lakonan Arifa dan Danny di hadapannya. Seakan tidak percaya. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Mulanya dia ingin buat Arifa sakit hati dengan adanya Tania tapi sekarang, dia pula yang sentap dengan pertemuan di luar jangkaan antara Arifa dan Danny.
"Iffat, boleh tak temankan I pergi shopping? I nak beli jam baru, kasut baru, handbag baru, baju baru, contact lens baru, barang make-up baru, earing ba....," Tania sudah berkira-kira dengan jari barang yang ingin dibeli di pusat beli belah. Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, cepat-cepat Iffat memintas.
"Ya...ya... okey, kita pergi mall beli barang you. You nak borong satu mall pun tak apa nanti. Jom bertolak, sayang?" Sengaja Iffat menekankan perkataan sayang itu kuat-kuat supaya Arifa dengar dan cemburu dengan layanannya yang diberikan kepada Tania. Tangannya pula melingkari pinggang wanita itu, sengaja buat lakonan bertambah mantap. Matanya tajam memandang Arifa yang kelihatan blur.
Ingat aku nak terasa la tu? Eleh, sejuta kali sorry, ya. Ciput pun tak ada. Pooodahhh! Arifa buat muka sinis sebelum kembali kepada ekspresi seperti asal.
"Danny, Arifa, jom la join kami shopping," senyuman bangga Tania melebar kerana berjaya memenangi hati Iffat, jejaka idaman wanita sedunia!
"Sure..." Jawab Danny. Arifa dan Danny membuntuti Iffat dan Tania yang berjalan mendahului mereka. Sesekali terdengar gelak tawa Tania apabila diusik oleh Iffat. Meremang bulu roma Arifa melihat dan mendengar aksi manja itu.
Sampai di kereta, Iffat terus membuka pintu untuk Tania di bahagian sebelah pemandu. Arifa sidikit pun tidak terkejut. Dia sudah menjangkakan perkara ini. Perlahan-lahan Arifa membuka pintu kereta di tempat duduk belakang.
Danny tersenyum senang. Arifa telah banyak berjasa kepadanya. Dia masih ingat, ketika itu baki wang simpanan Arifa di dalam bank hanya tinggal sedikit. Perempuan itu menyerahkan sebahagian besar wangnya untuk menguruskan pembelian tiket untuknya agar dapat pulang ke tanah air. Bukan itu sahaja, Arifa juga telah membayar kos penginapannya di hotel untuk beberapa hari dan bayaran kos membuat passport ketika dia sesat di Egypt dulu.
Danny terpaksa menyusahkan Arifa ketika itu. Bukannya dia tidak mahu berurusan dengan pejabat kedutaan, tetapi ketika itu dia amat terdesak. Bapanya tirinya seorang pengedar dadah terbesar di Malaysia. Dia tidak mahu diheret sama dengan masalah keluarganya dengan pendedahan identitinya di pejabat kedutaan Malaysia.
Kereta yang dipandu oleh Iffat telah pun diparkir di tempat letak kereta di Galeries Lafayette. Kemudian, mereka masuk ke dalam pusat beli belah yang terkemuka di kota Paris itu.
Arifa sedikit pun tidak menghiraukan Iffat dan Tania yang sedang membeli belah bersama. Tumpuannya kini hanya pada Danny. Lelaki tampan tinggi lampai itu tidak habis-habis bercerita tentang kisah hidupnya. Sesekali Arifa bertanya dengan lebih lanjut tentang cerita lelaki itu.
"You tahu tak, lepas je I balik Malaysia setelah tragedi kat Egypt tu, I terus cerita pasal you pada mummy I."
"You kata apa je pasal I? Kutuk I, ya?"
"Tak la. I cakap semua yang I tahu pasal you pada mummy I. Mummy teruja sangat nak jumpa you. Tapi nak buat macam mana, masa kami sekeluarga pergi Egypt tiga bulan lepas, pihak universiti kata you dah habis belajar. Hampa harapan mummy I nak jumpa you," Danny dan Arifa berbual di tepi benteng tingkat tiga pusat beli belah itu sementara menunggu Tania memilih baju.
Teringat ketika mummynya mencadangkan dia untuk berkahwin dengan Arifa untuk membalas budi perempuan itu. Namun cadangan mummynya ditolak sekeras-kerasnya. Hubungan berdasarkan balas jasa tanpa perasaan cinta hanya akan menyakiti antara satu sama lain. Lagi pula, Danny telah pun mempunyai teman istimewa dan dia juga pasti, perempuan secantik Arifa juga pasti sudah berpunya.
Iffat sudah buat muka meluat melihat kemesraan Arifa dan Danny. Dia tidak menemani Tania memilih baju dengan alasan pening kepala.
"Arifa, tak tahu la pulak I yang abang you ni spy. Kenapa dia pandang kita berdua macam tu?" Danny tersenyum sinis memandang Iffat. Baginya, kelakuan Iffat sangat pelik sejak dari tadi lagi.
Arifa terus memandang Iffat. Haah... yang kau berdiri kat situ macam nak hendap aku tu apa pasal? Jangan risau la, aku takkan mengadu pada mama dan papa pasal kau. Pergi la temankan buah hati kau tu shopping.
"Iffat darling, I beli baju ni. Cantik tak?"
"Cantik sangat. You tu, kalau dah memang cantik, pakai apa pun nampak cantik. Buat I bertambah sayang, tau!" Iffat masih lagi mengayat Tania. Dia perlu menonjolkan lagi wataknya. Dia tidak mahu jadi pelakon sampingan dalam drama Arifa dan Danny.
Eleh, menyampah aku dengar kau puji awek mix kau ni. Ayat biasa, tak romentik langsung. Giat Arifa mengkritik Iffat dalam hati.
"You ni, sengaja buat I malu. Ling, you tak lapar ke? I ni lapar sangat tau. Sebelum flight tadi I tak makan. Jom la pergi makan," tangan Iffat yang sedang bersilang itu dipaut kuat-kuat. Kalau boleh, Tania nak satu dunia tahu, lelaki hensem di sebelahnya kini adalah kekasih hatinya.
"Hmm... bagus juga cadangan Tania tu. Memang sebelum flight tadi kami tak makan lagi. Kat dalam flight pun asyik tidur je. Perut memang dah lapar sangat ni. Arifa, jom makan?" Danny menyampuk.
Arifa hanya mengangguk, menurut sahaja cadangan Tania dan Danny. Iffat tidak punya pilihan lain. Mahu tak mahu, ikut saja.
Arifa menyeluk handbagnya untuk mecari handphone. Handphone sudah berada di tangannya tetapi tanpa disengajakan, handphone berjenama HTC itu terjatuh dari pegangannya.
Arifa menunduk untuk mengambil handphone itu. Danny juga turut membantu tetapi...
Dushh...
"Aduhh..."
"Aww, sakitnya... you tak apa-apa ke, Arifa?" Danny mengusap dahinya yang berlaga dengan dahi Arifa sebentar tadi.
"Tak sikit je."
Iffat semakin panas. Cepat-cepat dia berkalih, tidak sanggup untuk melihat kemesraan Arifa dan Danny.
"Je veux avoir spaghetti bolognaise et des cappuccino. (saya mahu spaghetti bolognese dan kappuccino)" Danny membuat pesanan kepada seorang wanita di sisi meja mereka. Iffat dan Tania sudah selesai membuat pesanan. Kini hanya Arifa sahaja yang belum selesai membuat keputusan.
"Vanilla Blanded Mocha and chicken steak au poivre." Arifa membaca buku menu sambil memesan makanan.
Wanita itu menulis sesuatu di atas sehelai kertas kemudian berlalu meninggalkan meja itu.
"You boleh cakap France? Hebat la..." Danny sudah kembang dada dipuji oleh Arifa.
"Boleh la sikit-sikit. Masa I lima belas tahun, mummy buka butik di Prancis. So, kami sekeluarga tinggal di Prancis selama enam tahun."
Makanan dan minuman yang dipesan sampai kurang daripada dua puluh minit kemudian.
Belum sempat Arifa memotong steak yang dipesan, Danny terlebih dahulu mengambil pinggannya dan memotong steak itu untuk Arifa.
"Thanks, Danny," ucap Arifa. Danny hanya mengangkat kening sambil memberikan senyuman kepada Arifa.
"Ling, I rasa ada cinta yang baru berputik la..." Tania sudah tersenyum gembira melihat perubahan positif pada hubungan Arifa dan adiknya.
Danny dan Arifa hanya tersenyum. Bagi Danny, itu perkara biasa. Baginya, tiada apa yang istimewa memotongkan steak untuk kawan lama. Perkara biasa.
Arifa pula sudah membuntangkan mata memandang Tania. Apa pulak minah mix ni merepek? Mabuk flight tak hilang lagi ke? Setakat layanan yang Danny berikan, dia tahu itu tidak lebih daripada seorang rakan baik.
Iffat sudah tidak tahan lagi. Kesabarannya sudah berada di tahap maksimum. Tangannya tiba-tiba menghentak meja. Mukanya masam dan matanya tunak dan tajam memandang Arifa. Semua orang terkejut dengan perlakuan itu. Arifa yang baru menyuapkan steak ke mulutnya tersedak akibat terkejut.
"Aku dah penat berlakon dah ni! Arifa bukan adik aku tapi isteri aku." Iffat sudah berdiri, berkira-kira untuk meninggalkan restoran itu.
"Sayang, jom balik!" tangan sasa Iffat merentap ganas tangan Arifa dan membawanya keluar dari restoran itu. Tania dan Danny terpaku dengan pengakuan Iffat. Memang sukar untuk depercayai.
"Apa main call-call ni??!! Kalau tak nak cakap baik jangan call! Buang masa je layan budak-budak macam kau ni!!!" Sofira sudah hilang sabar. Pemanggil yang dari tadi asyik menelefon telefon bimbitnya tidak mengeluarkan sepatah kata pun sejak tadi.
Diam. Apa yang patut aku cakap pada dia ni? Cakap lembut-lembut ke kasar-kasar jugak? Sabar... jangan terburu-buru, baik aku cakap pasal Iffat dulu.
"Hoii, bisu ke? kalau tak nak cakap, aku... "
"Nak buat apa kalau aku tak nak cakap?"
Suara lelaki? Lelaki mana yang telefon dia tengah-tengah malam ni? Wrong number ke? Sofira sudah berkira-kira untuk mematikan talian. Takut juga dia kalau-kalau lelaki di hujung talian itu berniat jahat. Suara pun garang semacam je.
"Ni siapa?" ada getaran halus pada suara Sofira.
"Aku Aslah. Best friend kepada suami best friend kau." Aslah juga gementar mahu bercakap dengan Sofira. Sejak daripada pertama kali melihat Sofira di majlis perkahwinan Iffat, hatinya telah terpaut. Tetapi, dia tidak tahu bagaimana hendak berterus terang dengan gadis itu.
Best friend suami best friend aku? Siapa tu? Banyak sangat la pulak sangkut kaitnya. Arifa! Baru teringat, best friend aku hanya Arifa sorang je yang dah kahwin.
"Best friend Iffat rupanya. Nak apa call malam-malam buta macam ni?" Sofira pun turut menggarang. Pantang betul dia kalau orang mengganas dengan dia.
Amboi, dia balas balik. Ni yang buat aku ketar ni. "Actually, aku bukan la nak cakap banyak sangat. Cuma nak minta kerjasama je. Boleh tak?"
"Cakap pun tak lagi, mana orang nak setuju." Sofira mengembalikan paku buah keras kepada Aslah.
Aslah sudah mengetap gigi menahan geram. Haih, nasib baik sayang... kalau tak, dah lama hilang gigi depan dia ni. "Macam ni, aku plan nak tolong Iffat dengan Arifa carry on their relationship seperti suami isteri yang sebenar. Tujuan aku cuma satu, nak best friend aku jatuh cinta, tahu makna makna cinta. So, dengan bantuan kau, aku percaya yang Arifa mesti boleh buka hati dia untuk terima Iffat. Macam mana?"
"Oh, nak bagi Iffat jatuh cinta dan tahu makna cinta. So, yang jadi mangsanya best friend aku pulak? Kalau nak sangat ajar Iffat tu pasal cinta, pergi la cari perempuan lain. Kenapa mesti Arifa jugak sasaran korang?"
Aslah menepuk dahi. Kenapa la lampi (lambat pick up) sangat perempuan ni? "Cuba kau fikir, kalau Iffat dah jatuh cinta pada Arifa, maknanya dia tak akan buli dia lagi. Diorang mesti fall in love sama-sama dan hidup happy ever after. Itu pun nak kena jelaskan macam fairytale story ke?"
"Hey mulut... tak ada insuran betul kau, ya. Kejap, biar aku fikir..."
selang beberapa minit kemudian, Sofira memberi kata putus kepada Aslah. "Deal!"