Yang Cantik Itu Gadis, Yang Manis Itu Mukminah Solehah

Tuesday, 29 November 2011

Baru balik daaaaaaa

  Huh, hari ahad lepas aku bertolak ke KL dengan siblings aku. Buat ap? Melancong la... Semalam baru sampai. Best jugak trip tiga hari ni. Ye la, selalunya datang KL bukannya nak jalan2 sangat. Asyik datnag melawat sedare je, kali ni jalan lebih sikit.
  What  da news??? Aku beli novel Awak Suka Saya tak. Best giler la citer tu. Sampai buat aku mimpi2. Actually, aku nak beli novel lagi kat RNR Sungai buluh, semalam. Entah macam mana, purse aku hilang. Puas cari, tak jumpa jugak. Akhirnya aku buat andaian yang purse tu tertinggal. Nangis jugak la tapi tak la sampai berbunyi. hehe... Tapi bila dah sampai perak, rumah kak ti semalam, terjumpa pulak purse tu kat bawah seat kereta. Haih, hampir meloncat la aku... Alhamdulillah.
  Hari ni pulak, mulanya aku kehilangan buku kesayanganku, Aku dan Sejuta Mimpi. Buku yang aku creat sendiri. Tu la, letak merata-rata. Bila dah hilang, baru nak meraung. Tapi, last2 jumpa jugak. Alhamdulillah. Lepas tu, lagi satu masalah, bila bukak blog, orang tu tulis service unavailable. Aku dah risau da. Banyak kali test, tu jugak yang keluar. Aku memang dah kecewa gila la tadi. Tapi akhirnya, boleh jugak. Alhamdulillah. Moralnya kat sini, Allah menguji hambanya sama ada hambanya itu sabar atau sebaliknya. Dan lagi satu, kalau kita terus berusaha mencari jalan keluar, pasti akan jumpa juga. Insya Allah...
  Pastu, hari ni rasa macam boring sangat2. Tak taau la kenapa... Hurhhh... rasa macam nak sambung baca je novel satu-satunya cinta tu tapi aku tak suka dah nak baca. Ceritanya melampau sangat. Boleh pulak isteri dah sarat mengandung tapi still tak ada perasaan lagi. Memang pelik. Habis tu, macam mana boleh dapat baby dalam perut tu? Dah tu, heroinnya bukan isteri dia. Orang lain. Si heroin pulak dah kena rape sampai mengandung. Tu yang malas nak baca tu. Aku paling tak suka kalau cerita tu si heroin dah hilang dara sebelum kahwih. Rasa menyampah je nak terus baca. Hurhh...

Monday, 14 November 2011

Mim Alif Lam Sin...

  Aku dah start cuti hari Jumaat hari tu. Kenapa? Sebab aku dah tak larat duduk asrama ler... Dah ler merempat jer time skolah. Kelas dah tak boleh masuk. Buku teks form 4 tak dapat lagi, nak ulang kaji amende? Terpaksa berkeliaran cari port yang sesuai untuk habiskan waktu sekolah. Aktiviti lepas PMR tu cuma sekerat jalan je... Hampeh!
  Sekarang aku tengah tengok cerita jepun, Mei-chan No Shitsuji... Best la, Nanba-sempai belakon! Dia jadi butler. Cerita ni, semua orang kat sekolah aade butler. Terpamuk la principlenya sekali. Ehek, bukan sebarangan butlernye, semua hensem, der!!! Tapi, apsal second hero tak hensem? Hurghhh, tak suka, menyampah tengok second heronya. Selekeh!!!
  Aku tak tau la bila nak sambung lagi cerita novel aku tu. Ye la, aku memang tengah banyak idea ni, tapi malas nak menaip! Aku pun tengah interesting tengok drama and movie.
  Esok aku nak tolong abah kutip sawit. Lepas tu, nak ikut menebas kebun dia. Bukan apa, kalau aku kerja, tak ada la rasa bersalah sangat kalau nak minta beli apa2. Plus, tadi abah kata, kalau aku tolong dia, sehari 10 ringgit. k la tu! dua hari satu novel, empat hari, 2 novel. kalau 20 hari, 10 novel! Perghh!!! tak sabar aku nak beli nove!!!! Yahoooo...............

Saturday, 5 November 2011

6 November 2011

  Tadi dah nak apply, tapi internet connector pulak probs.... Huuurrrgghhh, tadi dah banyak idea dah tulis.
  Hari ni hari raya Aidil Adha. Kepada yang bernama Aidil dan Adha, boleh la beraya bersama. Lembu empat ekor kat depan rumah ni nak disembelih sekejap lagi. Baik pulak lembu-lembu ni... senyap je dari semalam. Seronok sangat gamaknya, nak kena sembelih buat qurban. Tapi lembumya kurus semacam je... Hmmmp...
  Kelmarin, sebelum mata aku lelap, aku ternampak arwah mak yut (arwah  moyang aku). Aku nampak dia kat padang pasir yang cantik. Cantik sangat. Susah aku nak terangkan. Reaksi muka dia macam biasa je. Dia langsung tak cakap. Just tengok je, aku yakin itu memang dia, bukan syaitan. Mungkin dia nak anak cucu dia ingat pada dia, kot. ye la, sekarang, manaada sangat orang ingat pasal arwah. Mungkin dia suruh aku bagi tahu yang lain agar sedekahkan dia al-fatihah ke, doa ke.... Al-Fatihah buat arwah mak yut....
  Aku terbangun cepat hari ni sebab terhidu bau housing netbook. Perrgghh, busuk gila! Bayu kedai tu... tau? Tu la zaman sekarang, buat barang semua guna bahan kimia. Nak bagi mati cepat ke apa? Boleh bawak maut tau tak, bau ni... Hurrggh....
  Novel buatan tangan aku dah sampai chapter.... ermmm, tak ingat la chapter berapa. Just nak buat Iffat dan Arifa berjumpa semula. And then, Zulfan undur diri, lepas tu Arifa pregnant. Lepas tu habis.... Yey... yeyhh.... tak sabar nak habis! Rasa puas sangat!!! Nak sambung buat novel la, lepas ni...
   Kak Jah kena rompak. Masa tengah tidur, ada beberapa (may be) orang perompak masuk rumah dia. Habis zamrud, berlian and delima dia kena curi. Cincin2, rantai2 emas pun habis.... Jam2 tangan yang branded dia ada 5. 3 perompak tu ambil, lagi 2 ada...  Nasib baik perompak tu tak ambil handbag dia. Kalau tak, tak tau la aku... Tak apa, setiap kejahatan pasti ada balasannya. Aku doakan agar perompak tu terbuka hati untuk bertaubat.... pulangkan balik barabg yang bukan hakmu, wahai perompak2 sekalian.......
  Nak kejut akak2 aku bangun, sembahyang subuh.... hhehehehe... anak dara kat rumah ni memang lambat bangun sikit.... eleh, sikit je, tak banyak. Jangan takut nak meminang, yerk.... cewah, men2 je...