Beberapa lepas aq ader bwt sesuatu yg aq sendiri x sangka2. Malasla nak cerita penuh2. Yg psti, aq rasa sangat segan bila mintak maaf pada orang yg bwt silap pada aq. Segan sangat nak cakap perkataan 'maaf' tu... Rasa macam ianya sesuatu yang sangat berharga. Tapi, kalau x bemaafan, puasa aq nanti sia2 saje la. Allah x kan terima puasa orang yg bergaduh. Bak kate KB kat sekolah la...
Balik rumah.... macam mana nak study? Kat rumah ni banyak sangat ujian. Tv, komputer, internet, game... huh... 3hb nak percubaan. Cam ne ni? Aq cuma mampu berdoa dan berusaha agar x lalai dengan cubaan semua ni.. Untung sangat aq x ada laman sosial lain... Kalau x, hmmm alamatnya, jadi perhiasan je la buku2 yang aq bawa balik tu.
Kepada semua calon PMR seluruh Malaysia, good luck untuk percubaan PMR yang tinggal beberapa hari lagi ni... Buat elok2. Especially buat sekolah kesayanganku, SMKASAS, batch 96 sekalian... Target 100% straight A mesti diusahakan. Disamping berusaha, jangan lupa pada Yang Esa. Pohon pertolongan-Nya, doa banyak2. Ibadat byk2kan lagi. Cuba buat Qiamulail hari2...
Lastly, kepada semua umat Islam di seluruh dunia, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Puasa seikhlas hati, bersungguh-sungguh dan jangan mensia-siakan puasa. Pesanan ini bukan sahaja untuk yang di luar sana, tapi juga buat diriku yang mudah lupa, leka dan alpa ini...
Assalamualaikum........ eid-mubarak.....
Yang Cantik Itu Gadis, Yang Manis Itu Mukminah Solehah
Saturday, 30 July 2011
Sunday, 10 July 2011
Tika Dahi Menyentuh Tikar Sejadah
Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghrifah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Esa
Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan
Kutahu, Sang Pencipta penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan-Nya
Berilah kesempatan ini untuk berubah
Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina ini
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah kutepati
Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu...
Mengharap maghrifah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Esa
Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan

Walaupun kusering tinggalkan suruhan-Nya
Berilah kesempatan ini untuk berubah
Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina ini
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah kutepati
Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu...
Kerana dia....
Penat badan hari ni... Sepanjang cuti 3 hari kat rumah, terasa diri ini terlalu jauh dengan Tuhan. Kenapa? Entah la. Semua yang dirancang semasa di sekolah hari tu langsung tidak terjadi. Oh Tuhan, lemahnya imanku. Mengapa terlalu mudah aku tersungkur kepada nafsu? Perkataan malas sentiasa menemani diri. Entah mengapa, setiap kali solat, aku akan teringat akan-Nya. Tetapi, usai aku menanggalkan persalinan kain solatku, terlalu sikit ingatanku kepada Dia. Ohh Tuhanku, aku memang tidak sanggup untuk jauh dari-Mu, tetapi semakin lama, aku semakin leka. Cintaku kepada-Mu masih lagi terumbang-ambing pabila bayu keras menyapa. Mengapa? Ya ALLAH, sungguh kuakui bahawa cintaku pada-Mu tidak sekuat yang selalu aku impikan. Bantuilah aku untuk mencari nur-Mu, ya Rabb..Jika hati ini lupa akn-Mu, maka kau ingatkanlah. Jika hati ini alpa dengan duniawi, maka tolonglah aku untuk sedar dari kencah tersebut, wahai Tuhanku...
Ku mohan pada-Mu, agar Kau selalu membimbingku ke arah jalan menuju redha-Mu. Aku tahu, sungguh, aku memang tidak layak untuk mengimpikan syurga-Mu, akan tetapi, aku tidak akan tertahan dengan neraka-Mu kerana seksanya yang sangat pedih lagi mengazabkan. Oleh itu, Kau ampunilah dosaku, berikanlah pengajaran buatku agar an-nar jauh dariku... Hanya kepada-Mu aku memohon keampunan dosa-dosaku... Ikhlaskanlah hatiku dalam mengerjakan perintah-Mu, Ya ALLAH...
Ku mohan pada-Mu, agar Kau selalu membimbingku ke arah jalan menuju redha-Mu. Aku tahu, sungguh, aku memang tidak layak untuk mengimpikan syurga-Mu, akan tetapi, aku tidak akan tertahan dengan neraka-Mu kerana seksanya yang sangat pedih lagi mengazabkan. Oleh itu, Kau ampunilah dosaku, berikanlah pengajaran buatku agar an-nar jauh dariku... Hanya kepada-Mu aku memohon keampunan dosa-dosaku... Ikhlaskanlah hatiku dalam mengerjakan perintah-Mu, Ya ALLAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)