Penat badan hari ni... Sepanjang cuti 3 hari kat rumah, terasa diri ini terlalu jauh dengan Tuhan. Kenapa? Entah la. Semua yang dirancang semasa di sekolah hari tu langsung tidak terjadi. Oh Tuhan, lemahnya imanku. Mengapa terlalu mudah aku tersungkur kepada nafsu? Perkataan malas sentiasa menemani diri. Entah mengapa, setiap kali solat, aku akan teringat akan-Nya. Tetapi, usai aku menanggalkan persalinan kain solatku, terlalu sikit ingatanku kepada Dia. Ohh Tuhanku, aku memang tidak sanggup untuk jauh dari-Mu, tetapi semakin lama, aku semakin leka. Cintaku kepada-Mu masih lagi terumbang-ambing pabila bayu keras menyapa. Mengapa? Ya ALLAH, sungguh kuakui bahawa cintaku pada-Mu tidak sekuat yang selalu aku impikan. Bantuilah aku untuk mencari nur-Mu, ya Rabb..Jika hati ini lupa akn-Mu, maka kau ingatkanlah. Jika hati ini alpa dengan duniawi, maka tolonglah aku untuk sedar dari kencah tersebut, wahai Tuhanku...
Ku mohan pada-Mu, agar Kau selalu membimbingku ke arah jalan menuju redha-Mu. Aku tahu, sungguh, aku memang tidak layak untuk mengimpikan syurga-Mu, akan tetapi, aku tidak akan tertahan dengan neraka-Mu kerana seksanya yang sangat pedih lagi mengazabkan. Oleh itu, Kau ampunilah dosaku, berikanlah pengajaran buatku agar an-nar jauh dariku... Hanya kepada-Mu aku memohon keampunan dosa-dosaku... Ikhlaskanlah hatiku dalam mengerjakan perintah-Mu, Ya ALLAH...
No comments:
Post a Comment