Alhamdulillah, Thank You Allah.... Penantian aku untuk result PMR berakhir hari ni. Aku gembira sangat. Allah memakbulkan doa aku untuk capai straight A untuk PMR. Aku dapat 9A... Rasa macam tak percaya pun ada. Gembira, terharu dan bersyukur sangat2.
Mulanya cikgu Fazzuan umumkan yang dapat 8A dulu. Mulanya aku cuak jugak sebab tak ada nama aku. Rupa2nya nama aku ada kat dalam senarai 9A. Memang tak jangka. Usaha aku tak banyak mana tapi, alhamdulillah... Allah berikan kejayaan ni pada aku.
Syafiqah YA dapat 8A. Alhamdulillah.... Saiyidah yang aku target 9 dapat 8. Tapi, syukur... banyak jugak tu. Farah and Syahmah, my bff dapat 9A. First2 Farah cuak jugak sebab tak ada nama dia. Tapi dalam hati aku dah yakin yang dia mesti dapat 9A. Afiqah Kamarolzaman pun dapat 9A. Tu memang hak dia sebab dia dah berusaha sungguh2 walaupun tak sudah2 dengan novel dia tu. Fathin Sakinah dapat 9A jugak. Rupa2nya, buku yang aku tulis tu (bab 18-27), ada kat dia. Lupa nak pulangkan. Huh... nasib baik betul...
Kengkawan SKP yang aku tahu, Tiqah dapat straight, 8A. Ain pun. Kacang aku tak tahu. Aku rasa straight la, kot. H_ _ _ f dapat 8A1D. Arab dia D. Tapi okey la tu... Shafiqah kalau tak silap, Ain cakap dia dapat 1A. Mimi pulak tak ada A. Tak apa, usaha lagi, kawan. Aku pun kena usaha jugak. Perjuangan belum habis lagi. Ni baru pertengahan, belum penamat. Tak boleh selesa sangat.
Lepas ni nak pergi rumah Jannah, nak sembang2 dengan dia. Almaklum la... dah lama aku tak pergi sana.
Aku tak kan lupa hari bersejarah ni, 22 Disember 2011...
Takbir... Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment