YooYoo Hoooo!!!b Waaa... Dah lama sangat x update kemende blog nih! Kenapa? Ada la satu penyakit malas yang melekat, sampai x nak jenguk langsung blog nih.... sobs3, kesian diri ini, terkena penyakit baek punyer tu. Okay, actually I just wanna share something that I think too IMPORTANT for us, Muslimin, Muslimat. Tidak lupa juga buat orang2 yang sedang mendekati agama Allah yang benar ini...
Start with Bismillahirrahmanirrahim...........
Saya tinggal di sebuah asrama di sekolah yang agak terkemuka jugak la kat Perak. Sebuah sekolah agama. Kawan seasrama saya ada masalah dalaman maybe, dan menyebabkan fizikalnya lemah, mudah diganggu oleh syaitan. Na'uzubillah.... Mintak dijauhkan daripada kita semua masalah ini. Amiin...
Then, satu malam, kawan tu terkena la gangguan dimana dia dirasuk. Setelah dirawat oleh seorang ustaz yang mahir, kawan saya tersedar.
Berlarutan sehingga pagi besok. Masa rehat, kawan saya sekali lagi dirasuk. Tetapi kali ini kami lambat perasan sebab benda tu macam senyap je. Tak meracau-racau macam malam tadi, mahupun sebelumnya. Dan2 la pulak, lepas rehat masa Pendidikan Agama Islam.Kebetulan, Ustazah Hannan suruh budak kelas
kawan saya tu hafal surah. Tiba2 kawan saya tu gelak, tak ingat akhirat. "Ahahaha... baca salah.." Dalam hati, hurmmm dah agak dah... datang balik. Tiba2, dia cakap "nak mummy... Mummy mummy..." Fuiiyooo... mende tu panggil mak dia mummy kut! Okey, siap2 panggil beberapa orang ustaz yang pakar dan mahir.....
Ustaz tanya mak dia berapa tahun? Dia kata 100... Yang malam tadi tu, sebenarnya mak dia yang rasuk.... Seriously, terkejut beruk tau waktu malam dia kena rasuk tu sebab mende tu speaking dengan ustaz.... Berbalik pada topik, ustaz tanya dia berapa tahun, dia kata 7... Ok2, bebudak lagi.....
Lepas berdailog sekian lama dengan si mende tu, ustaz tanya satu soalan pada dia.
"Hey, di mana dajjal sekarang?"
"Aku tak nak dengar... Takut! Aku takut." Sambil menutup muka... Memang nampak jelas mende tu takut bila ditanya tentang makhluk Allah yang satu itu.
"Jawab!"
"Aku takut! Tak nak!!!"
"Jawab atau kamu nak saya bakar kamu?!" ustaz gertak dia.
Tangan dia macam tengah berenang... Mula la orang2 yang ada sekeliling dia teka...
"Amerika?" "Tak"
"Latin?" "Tak"
tiba2...."Bermuda?" mende tu mengangguk.... Muka dia still takut....
"Bila dia akan keluar? Kamu tahu?" Tanya ustaz Rusydi lagi.
"Dah nak keluar dah... Dia dah dekat...." Dengan takut2 mende tu menjawab... Saat tu, semua orang berdebar. Takut! Sangat takut!
Tiba2, salah seorang kawan yang ada di tempat kejadian bertanya "Imam Mahadi dah lahir?"
"Sudah! Lamaaaaa dah.. Kooorang je yang tak tahu.. .." Dia jawab....
Sebelum mende tu keluar, ustaz ada pujuk dia masuk Islam... dan akhirnya.., mende tu memang masuk islam...
Okey, kat sini saya cuma nak highlight kan tiga soalan penting di atas sahaja. Banyak lagi perbualan antara mende tu dengan ustaz2 saya. Ini sebagai pengajaran. Ingatlah wahai Muslimin dan muslimat! Fitnah besar semakin menghampiri kita. Ikatlah diri dengan ALLAH seketat-ketatnya...Semoga kita tidak tergelumang mahupun terkena sedikitpun dengan fitnah Dajjal laknatullah.... Amiiiin
No comments:
Post a Comment