Yang Cantik Itu Gadis, Yang Manis Itu Mukminah Solehah

Sunday, 25 December 2011

Yeyy..yeyyhh...!!!

 semalam krismas@ beday palain! Aku n family pergi rumah acik umi kat BTR sebab kak manja bertunang... Kat sana ada la jumpa Nadia, Palain, n Farahani. Farah Aida pun sama. Tu cerita semalam. Aku ni baru je balik dari pekan senin.  Aku jumpa munirah, ain, atiqah, syafiqah, aisyah . mimi. Eceh, best gila!!! Kitorang saja jumpa2, lepak2, sembang2,blanja makan.... Semua dah berubah la perangai. semakin cantik pulak tu.... Munirah la, nampak matured sangat. Tiqah tetap dengan perangai gila2 dia tu. Ain pun okey, Aishah datang lambat sikit. Kitorang makan tadi baru dia join. Ada la belanja diorang makan laksa n minum sikit kat kedai Maydeen tadi. Syafiqah pulak, tak habis2 taip mesej je tuk pak we dia. Paak we dia? Rupa2 nya pak we dia tu Beego, ex-nana. Hahahaha..... Tadi sempat lagi dating dengan beego tu. Kitorang pun tunggu je la. Alah, aku rasa, untuk budak sekolah biasa, dating tu biasa, kot... Mana la aku tahu, aku bukannya dapat merasa duk sekolah luar.... Beego tu pun bukannya hensem sangat pun. Biasa je aku tengok. Yang kengkawan aku tu admire dia tu kenapa? Ermmm, kitorang tak beli apa sangat pun tadi, jalan n sembang je banyak. Maklum la, dah lama tak jumpa....
  Lepas jumpa diorang, teman mak n abah makan kat kedai babu. Aku tengok je la, tak kan nak makan pulak... Tadi baru je makan laksa dengan kengkawan... nanti gemuk banyak pulak anak bongsu Pak cik Bin Yamin ni...
  Sementara tunggu abah gunting rambut tadi, aku ada beli cincin. Eceh, murah je.... saja la nak hias sikit jari ni. Lagi pun, hujung minggu ni ada kenduri kat rumah paman Jais. So, nanti aku pakai la,.....
;-)

Wednesday, 21 December 2011

Hari ni Dapat Result PMR

Alhamdulillah, Thank You Allah.... Penantian aku untuk result PMR berakhir hari ni. Aku gembira sangat. Allah memakbulkan doa aku untuk capai straight A untuk PMR. Aku dapat 9A... Rasa macam tak percaya pun ada. Gembira, terharu dan bersyukur sangat2.
  Mulanya cikgu Fazzuan umumkan yang dapat 8A dulu. Mulanya aku cuak jugak sebab tak ada nama aku. Rupa2nya nama aku ada kat dalam senarai 9A. Memang tak jangka. Usaha aku tak banyak mana tapi, alhamdulillah... Allah berikan kejayaan ni pada aku.
  Syafiqah YA dapat 8A. Alhamdulillah.... Saiyidah yang aku target 9 dapat 8. Tapi, syukur... banyak jugak tu. Farah and Syahmah, my bff dapat 9A. First2 Farah cuak jugak sebab tak ada nama dia. Tapi dalam hati aku dah yakin yang dia mesti dapat 9A. Afiqah Kamarolzaman pun dapat 9A. Tu memang hak dia sebab dia dah berusaha sungguh2 walaupun tak sudah2 dengan novel dia tu. Fathin Sakinah dapat 9A jugak. Rupa2nya, buku yang aku tulis tu (bab 18-27), ada kat dia. Lupa nak pulangkan. Huh... nasib baik betul...
  Kengkawan SKP yang aku tahu, Tiqah dapat straight, 8A. Ain pun. Kacang aku tak tahu. Aku rasa straight la, kot. H_ _ _ f dapat 8A1D. Arab dia D. Tapi okey la tu... Shafiqah kalau tak silap, Ain cakap dia dapat 1A. Mimi pulak tak ada A. Tak apa, usaha lagi, kawan. Aku pun kena usaha jugak. Perjuangan belum habis lagi. Ni baru pertengahan, belum penamat. Tak boleh selesa sangat.
  Lepas ni nak pergi rumah Jannah, nak sembang2 dengan dia. Almaklum la... dah lama aku tak pergi sana.
  Aku tak kan lupa hari bersejarah ni,  22 Disember 2011...
Takbir... Allahuakbar!

Wednesday, 7 December 2011

geram sikit hari ni...

okey la, takmau cerita sebab apa aku geram.
Hari ni aku just nak kongsi satu lyrics, from m2m.

Pretty pretty Boy

I lie awake at night
see things in blake and white
I've only got upu inside my mine
you know you have made me blind

I lie awake and pray
that you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

Oh my pretty pretty boy
I love you like I
never ever loved no one before yu
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too

Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside, make me stay
Right beside you

I used to right you name
And put it in a frame
And sometimes I think I hear you call
Right from my bedroom wall

You stay a little while
And touch  me with you smile
And what can I say to make you mine?
To reach out for you in time

Oh my pretty pretty boy
I love you like I
never ever loved no one before yu
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too

Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside, make me stay
Right beside you

Say you love me too...
(repeat chorus)

Tuesday, 29 November 2011

Baru balik daaaaaaa

  Huh, hari ahad lepas aku bertolak ke KL dengan siblings aku. Buat ap? Melancong la... Semalam baru sampai. Best jugak trip tiga hari ni. Ye la, selalunya datang KL bukannya nak jalan2 sangat. Asyik datnag melawat sedare je, kali ni jalan lebih sikit.
  What  da news??? Aku beli novel Awak Suka Saya tak. Best giler la citer tu. Sampai buat aku mimpi2. Actually, aku nak beli novel lagi kat RNR Sungai buluh, semalam. Entah macam mana, purse aku hilang. Puas cari, tak jumpa jugak. Akhirnya aku buat andaian yang purse tu tertinggal. Nangis jugak la tapi tak la sampai berbunyi. hehe... Tapi bila dah sampai perak, rumah kak ti semalam, terjumpa pulak purse tu kat bawah seat kereta. Haih, hampir meloncat la aku... Alhamdulillah.
  Hari ni pulak, mulanya aku kehilangan buku kesayanganku, Aku dan Sejuta Mimpi. Buku yang aku creat sendiri. Tu la, letak merata-rata. Bila dah hilang, baru nak meraung. Tapi, last2 jumpa jugak. Alhamdulillah. Lepas tu, lagi satu masalah, bila bukak blog, orang tu tulis service unavailable. Aku dah risau da. Banyak kali test, tu jugak yang keluar. Aku memang dah kecewa gila la tadi. Tapi akhirnya, boleh jugak. Alhamdulillah. Moralnya kat sini, Allah menguji hambanya sama ada hambanya itu sabar atau sebaliknya. Dan lagi satu, kalau kita terus berusaha mencari jalan keluar, pasti akan jumpa juga. Insya Allah...
  Pastu, hari ni rasa macam boring sangat2. Tak taau la kenapa... Hurhhh... rasa macam nak sambung baca je novel satu-satunya cinta tu tapi aku tak suka dah nak baca. Ceritanya melampau sangat. Boleh pulak isteri dah sarat mengandung tapi still tak ada perasaan lagi. Memang pelik. Habis tu, macam mana boleh dapat baby dalam perut tu? Dah tu, heroinnya bukan isteri dia. Orang lain. Si heroin pulak dah kena rape sampai mengandung. Tu yang malas nak baca tu. Aku paling tak suka kalau cerita tu si heroin dah hilang dara sebelum kahwih. Rasa menyampah je nak terus baca. Hurhh...

Monday, 14 November 2011

Mim Alif Lam Sin...

  Aku dah start cuti hari Jumaat hari tu. Kenapa? Sebab aku dah tak larat duduk asrama ler... Dah ler merempat jer time skolah. Kelas dah tak boleh masuk. Buku teks form 4 tak dapat lagi, nak ulang kaji amende? Terpaksa berkeliaran cari port yang sesuai untuk habiskan waktu sekolah. Aktiviti lepas PMR tu cuma sekerat jalan je... Hampeh!
  Sekarang aku tengah tengok cerita jepun, Mei-chan No Shitsuji... Best la, Nanba-sempai belakon! Dia jadi butler. Cerita ni, semua orang kat sekolah aade butler. Terpamuk la principlenya sekali. Ehek, bukan sebarangan butlernye, semua hensem, der!!! Tapi, apsal second hero tak hensem? Hurghhh, tak suka, menyampah tengok second heronya. Selekeh!!!
  Aku tak tau la bila nak sambung lagi cerita novel aku tu. Ye la, aku memang tengah banyak idea ni, tapi malas nak menaip! Aku pun tengah interesting tengok drama and movie.
  Esok aku nak tolong abah kutip sawit. Lepas tu, nak ikut menebas kebun dia. Bukan apa, kalau aku kerja, tak ada la rasa bersalah sangat kalau nak minta beli apa2. Plus, tadi abah kata, kalau aku tolong dia, sehari 10 ringgit. k la tu! dua hari satu novel, empat hari, 2 novel. kalau 20 hari, 10 novel! Perghh!!! tak sabar aku nak beli nove!!!! Yahoooo...............

Saturday, 5 November 2011

6 November 2011

  Tadi dah nak apply, tapi internet connector pulak probs.... Huuurrrgghhh, tadi dah banyak idea dah tulis.
  Hari ni hari raya Aidil Adha. Kepada yang bernama Aidil dan Adha, boleh la beraya bersama. Lembu empat ekor kat depan rumah ni nak disembelih sekejap lagi. Baik pulak lembu-lembu ni... senyap je dari semalam. Seronok sangat gamaknya, nak kena sembelih buat qurban. Tapi lembumya kurus semacam je... Hmmmp...
  Kelmarin, sebelum mata aku lelap, aku ternampak arwah mak yut (arwah  moyang aku). Aku nampak dia kat padang pasir yang cantik. Cantik sangat. Susah aku nak terangkan. Reaksi muka dia macam biasa je. Dia langsung tak cakap. Just tengok je, aku yakin itu memang dia, bukan syaitan. Mungkin dia nak anak cucu dia ingat pada dia, kot. ye la, sekarang, manaada sangat orang ingat pasal arwah. Mungkin dia suruh aku bagi tahu yang lain agar sedekahkan dia al-fatihah ke, doa ke.... Al-Fatihah buat arwah mak yut....
  Aku terbangun cepat hari ni sebab terhidu bau housing netbook. Perrgghh, busuk gila! Bayu kedai tu... tau? Tu la zaman sekarang, buat barang semua guna bahan kimia. Nak bagi mati cepat ke apa? Boleh bawak maut tau tak, bau ni... Hurrggh....
  Novel buatan tangan aku dah sampai chapter.... ermmm, tak ingat la chapter berapa. Just nak buat Iffat dan Arifa berjumpa semula. And then, Zulfan undur diri, lepas tu Arifa pregnant. Lepas tu habis.... Yey... yeyhh.... tak sabar nak habis! Rasa puas sangat!!! Nak sambung buat novel la, lepas ni...
   Kak Jah kena rompak. Masa tengah tidur, ada beberapa (may be) orang perompak masuk rumah dia. Habis zamrud, berlian and delima dia kena curi. Cincin2, rantai2 emas pun habis.... Jam2 tangan yang branded dia ada 5. 3 perompak tu ambil, lagi 2 ada...  Nasib baik perompak tu tak ambil handbag dia. Kalau tak, tak tau la aku... Tak apa, setiap kejahatan pasti ada balasannya. Aku doakan agar perompak tu terbuka hati untuk bertaubat.... pulangkan balik barabg yang bukan hakmu, wahai perompak2 sekalian.......
  Nak kejut akak2 aku bangun, sembahyang subuh.... hhehehehe... anak dara kat rumah ni memang lambat bangun sikit.... eleh, sikit je, tak banyak. Jangan takut nak meminang, yerk.... cewah, men2 je...

Monday, 17 October 2011

Ting...Tong.. cik hati, cik hati, apa khabar hari ni?

Harini aq ikut mak ngan abah pergi pekan senin... hehe, aku beli apa? beli apa lagi, barang kebangsaan aq la. First aq tengok buku2 islamik yang kat tempat selalu tu. Alamak aii, cepat sangat kot aq datang sampai tak sempat dia nak susun dulu.  "Kak, cari apa?"  "Cari buku la." Senyum je la. Buat apa lagi....
"Sorry la ye, kak. Hari ni lambat sikit. buku pun tak susun lagi." pak cik berkopiah tu cakap. Geram pun ade. Aku yang terang tang2 lebih muda dari dia ni dia panggil kak? Sedarlah sikit yang dia tu lebih kurang umur kakak aq, asiah. Haih...pastu aq pun blah, pergi cari tudung mak.
nak beli novel lain...
mak cik, rugi saya x ikot cakap mak cik tadi....
  Time tu aku jalan sorang2, pergi kedai buku tu balik. Tup2, jumpa abah tengah belek2 kopiah. aku pun cakap la yang mak tunggu kat kedai makan bumbung tu. Masa abah belek2 kopiah, aku pergi kat tempat buku, hmmm, semua macam x best. Aq pun mengorak langkah le ke kedai selalu. Banyak gila novel baru. Aq ambik baca novel ni, mak cik tu suruh ambik try novel tu. Datang anak dia pulak, syor kan aq novel lain... adoi, senyum katak je la aq kat kedai mak cik tu. Pilih punya pilih, aku beli novel 'Berita dari Hati'. Mak cik tu bagi discount. Meleret senyum aq sampai ke telinga.... Sekarang dah abis baca novel tu. Hoiiiii........,,,,,,,!!!!! Geramnya aq, kalau aq tahu, nak je aq pilih novel 'Akhirnya Aku Kahwin'. Menyesal tak ikut cakap mak cik tu.....

Wednesday, 12 October 2011

Merdeka aq lps pmr.....

Assalamualaikum....

Yes....!!!!!!!!! Alhamdulillah.. Syukur pada Yg Esa sebab aq dah habis pmr... memang rasa freedom abis la... cewah! Tak ada la... nanti orang ingat aq belajar sebab nak periksa.. Ishkkk... minta dijauhkan rasa macam tu. Ulasan tuk paper pmr, aq rasa yang aq agak blur BI n sejarah. Hehehehe... Tapi, insya-Allah, kalau ada rezeki, tercapailah apa yang aq impi dan harapkan. Banyak aktiviti lepas pmr such as sembelih ayam, masak, buat kuih n biskut, malawat rumah orang tua2 n banyakla lagi. Tapi banyak lagi agenda aq kat rumah ni. Al-maklum la, mak n abah berkemungkinan besar bertolak ke tanah suci hari sabtu ni. Kak ya tinggal sorang2 kat rumah dengan kucing2 kesayangan dia tu. Ishhhk, deme tu bukan boleh pisah, macam model emily and the black cat pulak aq tengok... Seb baik Chang Gi tu tak black, kalau tak, memang serupa la... Aq cadang nak mintak cuti panjang dari Ustaz Sidek cuz nak temankan akak aq kat ouse ni. Yee la, dia kan pompuan, nanti kalau jadi apa2, sapa nak tolong fight? Lebih baik aq ikot sama duk ouse...
 
Kengkawan aq ramai jugak la yang bertahan duk penjara terhormat tu. Aq tak... tu la yang balik cepat ni... Diorang dare mengikuti aktiviti sekolah yang melambak tu... Biar la diorang. Syafiqah YA pinjam novel coke n sundae dengan cinta kau dan aq... Tiqa pulak aq bagi pinjam cite rindu jadi saksi while Cha'u pinjam jodoh atau cinta.... Aq pulak gatal pinjam novel sayangku merajuk daripada Syafiqah YA. Hehehehehe......, yela, budak baik kan kena banyak baca buku...n ihik3...
Novel aq yang aq tulis tangan dah sampai bab 31. Banyak la tu... Masalahnya aq malas nak menaip... tu la yang lambat up date kan cerita kat blog nih...

Saturday, 13 August 2011

Balik Yang Pertama untuk Puasa Tahun 1432

Balik kali ni best cuma diganggu dengan satu mood yang menyedihkan sahaja ketika nak balik. Aq dah dapat result trial. Memang teruk..Astaghfirullah... Sepatutnya aq bersyukur.. Apalah aq ni. sebenarnya tak la teruk mana, tapi terukla jugak. 5A4B..Sebenarnya baru dapat 8 subjek, tapi aq sure, KH aq B. InsyaAllah la... Tapi aq berdoa sangat agar tak dapat C. Amin...
  Kat rumah,.... best la jugak. Aq sengaja tak bawak kerja sekolah sebab aq tau, kenal sangat dengan diri aq ni. Aq tak mampu buatnya kerja2 tu kat rumah. Lebih baik aq ikut cakap Ustazah Radziah. Balik, luangkan masa untuk mak abah n adik beradik je. Kasi relax otak. Nama pun cuti, memang padanla.
  Aq baru je habiskan novel aq chapter yang ke 7. Pergh,... ssampai tertidur aq menyiapkannya. Actually, yang aq tulis tangan dah samapai chapter 30... Dah klimax lakalau diikutkan. Rasanya ada lagi 12-18 chapter lagi kot... Entahlah... Malas sangat rasanya aq nak copy karya aq tu kat blog ni. Nak kena tukar2 ayatla ape la... Adoyai... Tapi aq sedar aq tak boleh active sangat mengarang la sekarang ni... Nanti kemana pulak perginya study aq...
  Aq dah suruh Najwa tolonh daftarkan aq jadi fesi pusat At-Taqwa. Untuk lepas PMR nanti, aq rancang nak kerja jadi fesi pusat tu. Mak ngan abah pun bagi...Kiranya ok la... Aaq tak kisa pasal bayaran. Kalau diorang tak bagi bayaran pun tak apa. Asalkan aq tak buang masa kat rumah. Alih2, boleh tambah ilmu. Haih, trial pun rasa macam nak pecah otak aq dibuatnya, inikan pulak PMR nanti... Haih... Berserah pada-Nya sajelah lepas usaha dan ikhtiar nanti. Aq cuma boleh usaha dan buat, tapi Allah menentukan segalanya.
  Aq dah tutup account2 social iweb aq yang mendatangkan lagha dan masalah dalam hidup aq. CNG, FB, Twitter, Skype, Hi5 ke hape ke, semua dah buang. Aq just ada blog dgn email. Yela, buat ape la banyak2? Bertambah sosial nanti, parah pulak jadinya hidup aq ni. Lebih baik jangan cari pasal. Elok2 dapat bezakan hak dengan batil, nanti jadi biol pulak disebabkan social web yang tak bepaedah tu...
  Tadi aq jumpa Munirah kat Tesco. Dia ada adik baru. Makin cantik kawan aq sorang tu. Cuma aku tengok style dia dah lain. Tapi tak la banyak sangat. Bila dia pegang pipi aq tadi, tiba2 je terinagt masa aq, ain,dia ngan tiqa best friend dulu. Aq pun tertanya-tanya, kenapa hubungan kitorang putus macam tu je lepas masuk sekolah menengah? Aq tiba2 rindu pulak nak balik ke sekolah rendah di mana aq ada kawan2 yang rapat, baik dan paham diri aq. Kat sekolah menengah ni semuanya lain. Tak ada langsung yang boleh diiktiraf sebagai kawan rapat mahupun baik, inikan pula sahabat. Kalau kawan yang berkongsi-kongsi cerita tu memang banyak, tapi, tetap tak boleh rapat. Kadang2 aq rasa sunyi semacam je. Haisy,,, kalau cakap pasal kawan ni, 3 hari tiga malam pun tak habis.....
  Seterusnya,.... selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di atas muka bumi Allah ni. Maafkan saya, perkataan muslimin dan muslimat tu rasanya tak berapa sesuai la...Selamat berpuasa dan beribadah kepada semua mukminin dan mukminat di atas muka bumi Allah ni... Sebab apa akq tukar? yela, cuba tengok sekarang, umat islam ramai. Memang berjuta-juta manusia yang berstatus Islam kat dunia ni, tapi, yang tunduh dan patuh pada-Nya cuma sedikit sahaja bilangannya. Tadi aq tengok berita kat tv, memang hot sangat bila tengok ada MUSLIMAH... saya ulangi, MUSLIMAHatau dengan kata nama lainnya perempuan yang berstatuskan Islam sebagai agamanya, menjalankan aktiviti melacur diri pada syahru mubarak ni.... Tengok, betapa kurang ajarnya mereka pada agama Allah yang suci ni. Dah la padda bulan yang suci... Haih,.. semoga Allah bukakan hati mereka untuk bertaubat seperti mana Allah buka pintu hati Syam Kamikaze... Kenapa aq sebut pasal Syam Kamikaze pulak ni? Sebenarnya tadi Kak Ya ada beli satu majalah ni. Cover pagenya Syam. Pastu dia ceritalah macam mana dia dapat hidayah dari Allah. Terharu sangat dengar cerita dia. Semoga aq pun mendapat hiddayah macam dia. Tapi, kalau tak usaha, pasti takkan dapat, kan? Bak pepatah Arab, man zaro'a, hasoda.
  Ya Allah, kuatkanlah hati umat2 Islam di atas dunia ni Ya Allah. Bimbinglah kami agar tidak terleka dan hanyut dalam mengharungi ujian di pentas sementara ini. Kuatkanlah semangat dan keimanan kami untuk terus menjalankan tugas sebagai 'abiid-Mu, Ya Allah... Peliharalah kami daripada kemaksiatan, daripada azab di dunia, di kubur kelak serta di akhirat dan neraka, Ya Ar-Rahman Rahimin.

Saturday, 30 July 2011

Apa yg Aq da bwt???!!!

Beberapa lepas aq ader bwt sesuatu yg aq sendiri x sangka2. Malasla nak cerita penuh2. Yg psti, aq rasa sangat segan bila mintak maaf pada orang yg bwt silap pada aq. Segan sangat nak cakap perkataan 'maaf' tu... Rasa macam ianya sesuatu yang sangat berharga. Tapi, kalau x bemaafan, puasa aq nanti sia2 saje la. Allah x kan terima puasa orang yg bergaduh. Bak kate KB kat sekolah la...
  Balik rumah.... macam mana nak study? Kat rumah ni banyak sangat ujian. Tv, komputer, internet, game... huh... 3hb nak percubaan. Cam ne ni? Aq cuma mampu berdoa dan berusaha agar x lalai dengan cubaan semua ni.. Untung sangat aq x ada laman sosial lain... Kalau x, hmmm alamatnya, jadi perhiasan je la buku2 yang aq bawa balik tu.
  Kepada semua calon PMR seluruh Malaysia, good luck untuk percubaan PMR yang tinggal beberapa hari lagi ni... Buat elok2. Especially buat sekolah kesayanganku, SMKASAS, batch 96 sekalian... Target 100% straight A mesti diusahakan. Disamping berusaha, jangan lupa pada Yang Esa. Pohon pertolongan-Nya, doa banyak2. Ibadat byk2kan lagi. Cuba buat Qiamulail hari2...
  Lastly, kepada semua umat Islam di seluruh dunia, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Puasa seikhlas hati, bersungguh-sungguh dan jangan mensia-siakan puasa. Pesanan ini bukan sahaja untuk yang di luar sana, tapi juga buat diriku yang mudah lupa, leka dan alpa ini...
                      Assalamualaikum........ eid-mubarak.....

Sunday, 10 July 2011

Tika Dahi Menyentuh Tikar Sejadah

 Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghrifah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Esa
         Kucemari hidup dengan kesesatan
         Membutakan hati yang sering terleka
         Terasa jauh diriku dari Tuhan
         Dengan godaan syaitan
Kutahu, Sang Pencipta penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan-Nya
Berilah kesempatan ini untuk berubah
         Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
         Terimalah permintaan dariku hamba yang hina ini
         Kusering berjanji namun sering kumungkiri
         Janji yang tak pernah kutepati
Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu...

Kerana dia....

  Penat badan hari ni... Sepanjang cuti 3 hari kat rumah, terasa diri ini terlalu jauh dengan Tuhan. Kenapa? Entah la. Semua yang dirancang semasa di sekolah hari tu langsung tidak terjadi. Oh Tuhan, lemahnya imanku. Mengapa terlalu mudah aku tersungkur kepada nafsu? Perkataan malas sentiasa menemani diri. Entah mengapa, setiap kali solat, aku akan teringat akan-Nya. Tetapi, usai aku menanggalkan persalinan kain solatku, terlalu sikit ingatanku kepada Dia. Ohh Tuhanku, aku memang tidak sanggup untuk jauh dari-Mu, tetapi semakin lama, aku semakin leka. Cintaku kepada-Mu masih lagi terumbang-ambing pabila bayu keras menyapa. Mengapa? Ya ALLAH, sungguh kuakui bahawa cintaku pada-Mu tidak sekuat yang selalu aku impikan. Bantuilah aku untuk mencari nur-Mu, ya Rabb..Jika hati ini lupa akn-Mu, maka kau ingatkanlah. Jika hati ini alpa dengan duniawi, maka tolonglah aku untuk sedar dari kencah tersebut, wahai Tuhanku...

   Ku mohan pada-Mu, agar Kau selalu membimbingku ke arah jalan menuju redha-Mu. Aku tahu, sungguh, aku memang tidak layak untuk mengimpikan syurga-Mu, akan tetapi, aku tidak akan tertahan dengan neraka-Mu kerana seksanya yang sangat pedih lagi mengazabkan. Oleh itu, Kau ampunilah dosaku, berikanlah pengajaran buatku agar an-nar jauh dariku... Hanya kepada-Mu aku memohon keampunan  dosa-dosaku... Ikhlaskanlah hatiku dalam mengerjakan perintah-Mu, Ya ALLAH...

Saturday, 19 March 2011

wElCoMe t0 D0rM AISYAH!!! (2010)



WELCOME TO DORMINATION: AISYAH!!!
           dorm yg dah bg kenangan pd aq!!! dormination nie, first2 mmg ader yg mngeluh dpt 1 dorm ngan bdk2 yg diorang x ske.. tpi lme2, jadi rpt plax.... especially dgn naqibah...
psl naqibah plax, first kitorang punye naqibah name kak Nana. kak Nana plax dpt tawran ke kisas so, dpt naqibah bru nme KAK IKA!... besh!!!!!! sonoknye!!!!